Demikian kata pelakon Uqasha Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berulang kali ketika diajukan soalan tentang kesahihan berita dia dikatakan sudah memfailkan cerai terhadap suaminya, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Buat masa sekarang, pelakon yang terkenal dengan drama Tundukkan Playboy Itu enggan memberikan sebarang komen lanjut berkenaan hal terbabit.
“Saya tidak mengiyakan atau menidakkan perkara terbabit,” katanya ringkas kepada Kosmo! sebelum meletakkan panggilan telefon ketika dihubungi sebentar tadi.
Difahamkan, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, hadir ke mahkamah hari ini bagi menghadiri prosiding sebutan pertama kes perceraiannya.
Terdahulu, sebuah akhbar arus perdana melaporkan Uqasha, 33, sudah memfailkan cerai terhadap Kamal Adli, 39, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Rumah tangga pasangan itu dikatakan sudah bergolak sejak April lalu namun bukan disebabkan oleh pihak orang ketiga.
Bagaimanapun, mereka sudah tidak tinggal sebumbung memandangkan Uqasha kini menetap di rumah ibunya.
Terdahulu, beberapa hantaran berupa luahan hati Uqasha mengundang pelbagai reaksi netizen, malah ada yang mengaitkan hantaran tersebut dengan situasi rumah tangga yang mungkin sedang bergolak.
Walau bagaimanapun, Uqasha memilih mengunci mulut ketika ditemui media di program MeleTOP malam tadi.
Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.
Post time 22-10-2025 11:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Maaf ya...ni pandangan saya....artis2 cantik ni...banyak peluang berjumpa dan berkenalan dengan orang2 kaya...and I am sure ramai peminat yang kaya raya juga...
Sebenarnya Fazura, Fasha dan Uqasha patut kawin orang2 yang kaya raya...macam intan...tak perlu susah2 berlakun dan berniaga di tiktok...
contoh cam Marion dan Intan...hidup senang lenang..tak perlu kejar duit...
some person mmg passionate nk bekerja, cari duit sendiri tanpa bergantung dgn org lain..ada gak yg mmg rezeki dpt husband kaya raya yg boleh tanggung..
mrsLucky: Maaf ya...ni pandangan saya....artis2 cantik ni...banyak peluang berjumpa dan berkenalan dengan orang2 kaya...and I am sure ramai peminat yang kaya ra ...
ye.. setuju..
pastu Uqa nie pula keliling dia semua hidup gah2.. dia pula dok dpt kamal..
yg aprena ngn octovia ke apa namanya.. mgkn belah dia hidup sederhana.. so dorg x berkisah sgt..
Post time 22-10-2025 12:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mrsLucky replied at 22-10-2025 11:21 AM
Maaf ya...ni pandangan saya....artis2 cantik ni...banyak peluang berjumpa dan berkenalan dengan oran ...
Kena yg hodoh je ke hustle dlm hidup.. Apo.
Fazura mmg businesswoman sblm jumpa fatah lg. Dh kalau dia nk kawen dgn org kaya tak perlu nk tunggu lewat 30an pn. Dh begitu jodoh tertulis. I suka perempuan yg kerja kuat utk bisnes dia bukan hidup prabis reta suami je lpas tu duk berlagak. Bukan la contoh ikutan yg baik utk peminat2.
Post time 22-10-2025 12:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
MatDeghem replied at 22-10-2025 11:37 AM
TokTi yg kawin orang kaya, tua lagi...pun kena kerja malam2 lelong produk kat tiktok. sampai marah ...
Pada pandangan i, Datuk K tak kaya raya pun...dato Siti kena kerja keras sampai sekarang...
patut diva tersohor just kerja for fun saja... tentu dah banyak duit...but then anak2 datuk K pon need to ride her popularity..
Fazura kalau kawin anak raja dulu...jadi princess...hidup mewah...just shopping or buat lawatan.....tapi tulah kena rejek pula...terpaksa kerja jual barang kat tiktok berjam jam..
Post time 22-10-2025 12:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bersama pun dia burn out laki tak tolong jaga anak, nanti dah cerai pun kena jaga anak sorang² jugak. Pegi keje kena letak anak dekat mak/nelly jugak. Ntah lah, mesti ada reason kuat nak cerai.