Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1571856   
Terbuka Perancis: Dua wakil negara mara, beregu wanita tewas aksi tiga set

ZURAIMEE ZAINAL
22 Oktober 2025 11:10pm





Roy King (kiri) -Wan Arif mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis Super 750 pada Rabu. Foto BAM






DUA wakil beregu negara memulakan kempen Kejohanan Badminton Terbuka Perancis Super 750 dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan pada pusingan pertama di Glaz Arena, Cesson-Sévigné pada Rabu.

Beregu lelaki negara, Wan Arif Junaidi–Yap Roy King, yang menghuni ranking ke-19 dunia, menewaskan pasangan tuan rumah Eloi Adam–Leo Rossi 21-19, 21-17 dalam pertarungan sengit selama 48 minit.


Kemenangan itu sekali gus melebarkan rekod kemenangan kepada 2-0 ke atas gandingan Perancis yang berada di ranking ke-36 dunia berkenaan untuk berdepan wakil China, Xie Haonan-Zeng Weihan yang menewaskan rakan senegara Liang Weikeng-Wang Chang, 21-17, 21-17.

Beregu campuran, Goh Soon Huat–Shevon Lai turut melangkah ke pusingan kedua berdepan pasangan Scotland, Alexander Dunn-Julie MacPherson yang menjinakkan wakil Korea Selatan, Lee Jong-min-Chae Yoo-jung, 14-21, 21-12, 21-16.


Soon Huat–Shevon bagaimanapun dipaksa bermain tiga set sebelum dapat melepasi pasangan Indonesia, Amri Syahnawi–Nita Violina Marwah, 15-21, 21-17, 21-17 dalam aksi hampir sejam.

Kemenangan itu menyaksikan pasangan negara tersebut mengekalkan rekod tanpa kalah 2-0 ke atas lawan dari Indonesia itu.

Bagaimanapun tuah tidak berpihak kepada beregu wanita Ong Xin Yee–Carmen Ting, apabila mereka tersingkir selepas tunduk kepada wakil tuan rumah, Margot Lambert–Camille Pognante.

Xin Yee–Carmen bermula garang set pertama gagal mengekang kebangkitan Lambert–Pognante, 21-16, 14-21, 17-21 dalam pertarungan selama sejam enam minit.

https://www.sinarharian.com.my/article/753618/berita/sukan/terbuka-perancis-dua-wakil-negara-mara-beregu-wanita-tewas-aksi-tiga-set


Rate
There are 1 People reward the building owner
173 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch