Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1571877   
PELUMBA Red Bull KTM Factory Racing, Pedro Acosta cemerlang pada sesi latihan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO





Pedro Acosta laung amaran di Sepang



  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 24 Oktober 2025, 5:36 pm




SEPANG – Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Pedro Acosta melaungkan amaran awal menjelang sesi kelayakan dan perlumbaan pecut esok selepas mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan di Grand Prix (GP) Malaysia, hari ini.

Pelumba dari Sepanyol itu dilihat tenang biarpun perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berlangsung dengan keadaan cuaca berbeza hujan dan kering sekali gus memberi kesukaran kepada semua pelumba untuk mendapatkan pelarasan yang terbaik.

Bagi Acosta, segalanya berjalan dengan lancar selepas berjaya mencatat satu minit 57.559 saat (s) untuk mengungguli sesi latihan dan terus layak ke sesi kelayakan kedua, esok bersama sembilan lagi pelumba lain.

Pelumba veteran dari Perancis, Johann Zarco yang mewakili pasukan Castrol Honda LCR berada di kedudukan kedua menerusi catatan masa 1:57.578s, manakala, tempat ketiga menjadi milik Jack Miller (Prima Pramac Yamaha MotoGP) dari Australia dengan lakaran masa 1:57.840s.

Alex Marquez yang sedang memburu gelaran naib juara dunia menduduki tempat kesembilan dengan catatan 1’58.057s selepas terjatuh pada sesi latihan tersebut.

Antara nama besar yang gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik ialah Marco Bezzecchi, Luca Marini, Francesco Bagnaia, Fermin Aldeguer dan Brad Binder, sekali gus menyaksikan mereka perlu beraksi pada sesi kelayakan pertama, esok.

MotoGP yang telahpun memiliki juara dunia lebih awal iaitu Marc Marquez dari Sepanyol yang mengesahkan gelarannya pada GP Jepun, bulan lalu, tidak beraksi di Sepang gara-gara kecederaan dialaminya di Indonesia, baru-baru ini. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/10/24/pedro-acosta-laung-amaran-di-sepang/



Rate
There are 1 People reward the building owner
156 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch