Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1573945   
HAKIM berharap cuaca baik pada hari perlumbaan untuk membolehkannya mengerah jentera ke tahap maksimum. - FB ZK RACING





MotoGP: Hakim Danish tekad berikan terbaik



  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 24 Oktober 2025, 9:30 am




SEPANG – Tiada tekanan yang dirasai, sebaliknya hanya perasaan teruja yang membuak-buak untuk turut berjuang di laman sendiri.

Itulah yang dikongsikan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli yang bakal menggalas cabaran sebagai pelumba wildcard dalam kelas Moto3 Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.

Beraksi di bawah pasukan AEON Credit SIC Racing MSi, pelumba berusia 18 tahun itu optimis kelebihan beraksi di litar sepanjang 5.543 kilometer itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memberi saingan sengit kepada pelumba tetap kejuaraan dunia.

Bagaimanapun, Hakim mengakui ramalan cuaca tidak menentu menjadi antara cabaran utamanya, namun secara peribadi anak jati Terengganu itu berharap keadaan kering (dry) bagi membolehkannya menolak jentera ke tahap maksimum.

“Untuk ramalan cuaca minggu ini, saya tidak pasti sepenuhnya, mungkin hujan atau kering. Apa pun, saya akan cuba menyesuaikan diri dalam kedua-dua keadaan.

“Secara peribadi, saya lebih suka cuaca kering kerana saya boleh ‘push’ jentera ke tahap maksimum di atas litar dan berasa lebih yakin,” katanya.

Mengakui jentera Moto3 yang bakal ditungganginya berbeza berbanding motosikal dalam Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP, Hakim menegaskan sesi latihan bebas pertama (FP1) pada Jumaat ini menjadi peluang terbaik untuk mencari pelarasan sempurna.

“Berdasarkan ujian sebelum ini, kami masih perlu melakukan beberapa penambahbaikan terhadap motosikal. Saya tidak sabar untuk turun ke trek pada FP1 bagi menilai semula prestasi jentera dan memerhati corak tunggangan pelumba Kejuaraan Dunia yang lain,” ujarnya.

Ditanya mengenai tekanan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong tempatan yang bakal membanjiri Sepang bermula hari ini, Hakim menegaskan beliau tenang dan menganggap sokongan padu peminat sebagai pembakar semangat.

https://www.kosmo.com.my/2025/10/24/motogp-hakim-danish-tekad-berikan-terbaik/



Rate
There are 1 People reward the building owner
155 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch