Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1573868   
Hanya Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir

Oktober 25, 2025 @ 7:24am




Hanya Aaron Chia-Soh Wooi Yik menggalas cabaran negara di separuh akhir Terbuka Perancis.



KUALA LUMPUR: Hanya Aaron Chia-Soh Wooi Yik menggalas cabaran negara di separuh akhir Terbuka Perancis selepas tiga lagi wakil beregu lelaki negara kandas di separuh akhir.

Aaron-Wooi Yik menempah tiket ke pusingan empat terakhir selepas menewaskan gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-19, 16-21, 21-19.

Lawan Aaron-Wooi Yik di separuh akhir ialah satu lagi gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri yang menewaskan beregu negara, Yap Roy King-Arif Junaidi 21-14, 24-22.

Harapan untuk melihat dua lagi beregu lelaki negara mara ke separuh akhir di Glaz Arena, Sesson-Cevigne tidak kesampaian apabila Man Wei Chong-Tee Kai Wun tewas 21-18, 14-21, 10-21 di tangan beregu Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae.

Langkah Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula tersekat di suku akhir apabila tumpas kepada beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 14-21, 21-17, 23-25.

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah turut dikecewakan di suku akhir apabila tewas di tangan beregu China, Jia Yi Fan-Chen Qing Chen 16-21, 16-21.

Dua beregu campuran negara turut kandas di suku akhir.

Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas kepada pasangan nombor dua dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 18-21, 16-21.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula disekat oleh beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 21-9, 21-18.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/10/1462992/hanya-aaron-wooi-yik-ke-separuh-akhir





Rate
There are 1 People reward the building owner
166 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch