Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1571933   
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka Perancis

Oktober 26, 2025 @ 6:22am





Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumpas dua set di tangan beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri pada separuh akhir Terbuka Perancis di Cesson-Cevigne. – Foto fail BERNAMA



KUALA LUMPUR: Harapan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menambah koleksi kejuaraan musim ini tidak kesampaian selepas disingkirkan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri pada separuh akhir Terbuka Perancis 2025, awal pagi tadi.

Pada aksi di Glaz Arena, Cesson-Cevigne, pasangan negara tumpas 14-21, 19-21 dalam masa 40 minit kepada gandingan yang sedang berada di puncak prestasi.

Kekalahan itu menutup peluang mereka mara ke final sekali gus memburu gelaran keempat musim ini.

Kekalahan itu turut mengulangi kisah duka pada final Terbuka China di Changzhou, Julai lalu apabila beregu negara itu kecundang kepada gandingan sama dalam dua set.

Musim ini, Aaron-Wooi Yik sudah merangkul tiga kejuaraan utama - Kejohanan Badminton Asia (April), Terbuka Thailand (Mei) dan Terbuka Singapura (Jun) - selain muncul naib juara Masters Malaysia (Mei), Terbuka China (Julai) dan Terbuka Artik (Oktober).

Mereka kini akan mengalihkan fokus ke saingan seterusnya pada Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman bermula Selasa ini apabila menentang beregu Scotland, Christopher Grimley-Matthew Grimley pada pusingan pertama.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/10/1463375/aaron-wooi-yik-gagal-ke-final-terbuka-perancis





Rate
There are 1 People reward the building owner
184 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch