Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1573896   
Sze Fei-Izzuddin kandas, Pei Kee-Mei Xing mara

Helmi Talkah[email protected]





SZE Fei-Nur Izzuddin terus bergelut. FOTO ASWADI ALIAS




Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus bergelut dengan prestasi tidak menentu apabila tersingkir di pusingan kedua Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman, hari ini.

Pasangan ranking keempat dunia yang juga pilihan kedua kejohanan itu terpaksa akur selepas tunduk 9-21, 19-21 kepada gandingan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, yang menghuni ranking ke-26 dunia dalam aksi selama 32 minit di Arena Tertutup Saarlandhalle.

Kekalahan itu sekali gus mengulangi nasib sama ketika mereka tewas kepada pasangan sama dalam Terbuka Malaysia, Januari lalu, menjadikannya kekalahan kedua berturut-turut di tangan lawan berkenaan.

Sebagai rekod, prestasi Sze Fei–Izzuddin musim ini agak tidak konsisten.

Minggu lalu, mereka mara sehingga suku akhir Terbuka Perancis, manakala sebelumnya tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Denmark.

Setakat ini, mereka hanya meraih satu kejuaraan iaitu di Terbuka India, Januari lalu, selain muncul naib juara Terbuka Jepun pada Julai.

Sementara itu, beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit dari kekalahan set pertama untuk mara ke suku akhir selepas menyingkirkan gandingan Taiwan, Teng Chun Hsun-Yang Chu Yun, dalam pertarungan tiga set 9-21, 23-21, 24-22 dalam masa 60 minit.

Selepas dikejutkan pada set pertama, pasangan ranking ke-22 dunia itu kembali memperkemas permainan bagi menundukkan lawan di ranking ke-57 dunia, sekali gus memaksa perlawanan ke set penentuan.

Aksi set ketiga penuh dramatik menyaksikan Pei Kee-Mei Xing di ambang kekalahan selepas ketinggalan 18-20, namun berjaya menyamakan kedudukan sebelum menoktahkan kemenangan 24-22.

Mereka bakal berdepan pemenang antara Catherine Choi-Crystal Lai dari Kanada dengan pasangan Tukiye Bengisu Ercetin-Nazlincan Inci bagi perebutan slot ke separuh akhir, esok.



Disiarkan pada: Oktober 30, 2025 @ 8:34pm

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2025/10/1281874/sze-fei-izzuddin-kandas-pei-kee-mei-xing-mara




Rate
There are 1 People reward the building owner
196 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch