Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1571485   
Tiada wakil negara di final Terbuka Hylo, Wei Chong-Kai Wun kandas di separuh akhir

Saiful Affendy Sapran[email protected]






WEI CHONG-KAI WUN tumpas kepada gandingan Indonesia di suku akhir. -FOTO Arkib




Kuala Lumpur: Impian untuk menyaksikan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melangkah ke pentas final Terbuka Hylo di Jerman, sekali gus berpeluang merangkul gelaran ketiga tahun ini tidak kesampaian.

Ia selepas beregu nombor lima dunia itu tumbang di tangan gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 16-21, 15-21 pada aksi separuh akhir di Arena Tertutup Saarlandhalle, Saarbrucken, hari ini.

Set pertama menyaksikan rentak permainan Sabar-Moh Reza cukup kemas dan mereka tidak berdepan masalah untuk mengatasi Wei Chong-Kai Wun.

Gandingan negara yang kali terakhir muncul juara di Masters Malaysia, Mei lalu terus ketinggalan di set kedua sebelum terpaksa akur tewas kepada lawan yang menduduki ranking ke-11 dunia itu dalam tempoh 34 minit.

Kekalahan itu juga adalah kali ketiga berturut-turut dialami Wei Chong-Kai Wun sepanjang empat pertemuan antara mereka, sekali gus menyaksikan rekod pertemuan terus memihak Sabar-Moh Reza.

Dengan kekalahan Wei Chong-Kai Wun itu, bermakna kempen pemain negara di Terbuka Hylo sudah berakhir.



Disiarkan pada: November 1, 2025 @ 10:50pm

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2025/11/1282684/tiada-wakil-negara-di-final-terbuka-hylo-wei-chong-kai-wun-kandas-di




182 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch