Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1573945   
Zhi Heng-Noraqilah rangkul gelaran sulung di Vietnam

November 2, 2025 @ 10:00pm




Zhi Heng-Noraqilah bergambar bersama barisan jurulatih selepas muncul juara Siri Antarabangsa Vietnam. Foto BAM



KUALA LUMPUR: Beregu campuran muda negara, Loh Zhi Heng-Noraqilah Maisarah Ramdan meraih kejuaraan antarabangsa pertama mereka selepas menjuarai acara beregu campuran Siri Antarabangsa Vietnam di Bac Giang, hari ini.

Pasangan ranking ke-133 dunia itu menunjukkan aksi bertenaga pada final pertama mereka di peringkat senior apabila menewaskan gandingan Thailand yang menghuni ranking ke-159 , Surasit Ariyabaraneekul-Atitaya Povanon 21-13, 14-21, 21-16 dalam pertarungan selama 45 minit.

Kejayaan itu juga sedikit sebanyak mengubat kekecewaan mereka yang terlepas tiket final beregu campuran Kejohanan Remaja Dunia baru-baru ini, selepas tewas di separuh akhir kepada pasangan Taiwan, Hung Bing Fu–Chou Yun An, dan sekadar membawa pulang pingat gangsa.

Bagaimanapun, kejuaraan ini dijangka menjadi satu-satunya gelaran buat mereka sebagai pasangan, apabila ketua jurulatih beregu campuran kebangsaan, Nova Widianto, merancang kombinasi baharu bagi kedua-dua pemain.

Selepas ini, Noraqilah akan bergandingan dengan pemain senior, Loo Bing Kun pada Masters Korea yang bermula di Iksan, Selasa ini manakala Zhi Heng pula bakal membentuk gandingan bersama Nicole Tan, dengan kejohanan pertama mereka dijadual berlangsung di Cabaran Antarabangsa Indonesia dari 11 hingga 15 November.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/11/1466824/zhi-heng-noraqilah-rangkul-gelaran-sulung-di-vietnam





Rate
There are 1 People reward the building owner
186 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch