Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1572112   
Skuad badminton para rangkul lima kejuaraan di Indonesia

November 3, 2025 @ 12:21am




Liek Hou muncul juara perseorangan lelaki SU5 selain menggondol gelaran beregu lelaki. Foto Cheah Liek Hou



KUALA LUMPUR: Skuad badminton para negara mempamerkan prestasi cemerlang di Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Indonesia apabila Cheah Liek Hou meraih dua kejuaraan, manakala Ikhwan Ramli mencuri tumpuan dengan tiga gelaran di Solo, hari ini.

Juara Paralimpik dua kali, Liek Hou, kembali bangkit dalam acara perseorangan selepas kekalahan mengejut di Kejohanan Badminton Para Antarabangsa China bulan lalu apabila menundukkan pemain Perancis, Meril Loquett, 21-17, 21-10 untuk menjulang gelaran perseorangan lelaki SU5.

Di Beijing, Liek Hou tewas di separuh akhir kepada juara, Li Ming Pan dari China, dalam kempen yang turut dihimpit isu kontroversi membabitkan ancaman penggantungan oleh Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) susulan pertikaian berkaitan ganjaran atlet.

Di Solo, Liek Hou turut melengkapkan kemenangan berganda apabila menggondol gelaran beregu lelaki bersama pemain India, Ruthick Ragupathi - gandingan sementara menggantikan rakan tetapnya, Fareez Anuar, yang masih belum pulih daripada kecederaan.

Mereka muncul juara selepas memenangi kesemua empat aksi pusingan liga pada Jumaat.

Turut menyerlah, Ikhwan yang memanfaatkan ketiadaan dua pencabar utama Korea Selatan, Park Hae Seong dan Choi Jung Man, apabila menguasai acara perseorangan berkerusi roda (WH) dengan kemenangan 21-11, 21-9 ke atas wakil Taiwan, Ong Yu Yu.

Ikhwan kemudian meneruskan prestasi memukau dengan menjuarai beregu lelaki bersama Noor Azwan Noorlan, sebelum melengkapkan 'treble' menerusi kejuaraan beregu campuran bersama pemain Peru, Pilar Jauregui, selepas menewaskan gandingan India, S. Kumar–M. Ammu, 21-12, 21-12.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/11/1466842/skuad-badminton-para-rangkul-lima-kejuaraan-di-indonesia





Rate
There are 1 People reward the building owner
188 Views
1 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


sfhzuraz Author 2#

Moderator | Credits 1572112   

All contents are displayed