
Gambar hiasan
ISTANBUL: Gempa bumi bermagnitud 6.4 melanda wilayah Hindu Kush di Afghanistan pada lewat Ahad, lapor Anadolu Ajansi memetik Pusat Penyelidikan Geosains Jerman.
Gempa bumi dengan kedalaman kira-kira 10 kilometer itu berlaku pada 2029GMT di barat daya bandar Khulm di wilayah Samangan, utara Afghanistan.
Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), magnitud gempa itu direkodkan pada 6.3.
|