Luar Negara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 908398   


Anggota polis menjalankan siasatan di Stesen Huntingdon, timur England pada Sabtu. - Gambar AFP

LONDON: Dua individu ditahan selepas beberapa orang ditikam dalam sebuah kereta api, menurut Polis Pengangkutan Britain (BTP) pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami sedang bertindak balas terhadap satu insiden dalam sebuah kereta api menuju ke Huntingdon dengan beberapa individu telah ditikam,” menurut BTP dalam hantaran di platform X.

BTP memaklumkan pegawai polis kini berada di lokasi kejadian bersama anggota polis Cambridgeshire.

Dalam kenyataan kepada media, polis Cambridgeshire berkata mereka menerima panggilan pada 7.39 malam waktu GMT berhubung laporan beberapa individu ditikam dalam sebuah kereta api.

“Beberapa mangsa telah dibawa ke hospital,” menurut polis.

Sementara itu, syarikat London North Eastern Railway memaklumkan beberapa perkhidmatan tren mungkin dibatalkan atau mengalami kelewatan sehingga satu jam di beberapa laluan akibat insiden tikaman itu.


Sumber : Utusan Borneo
210 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch