|
View: 1786|Reply: 49
|
[Tempatan]
'Rom belajar buat kapal dari Melayu' - Persatuan akademik mahu UIAM bertindak
[Copy link]
|
|
|
Diterbitkan: Nov 5, 2025
Persatuan Kakitangan Akademik (ASA) menggesa pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan segera dan sewajarnya terhadap seorang ahli akademik yang tindakan dan kenyataan awamnya yang dilihat melanggar piawaian etika, profesionalisme dan integriti akademik.
Dalam kenyataan hari ini, persatuan itu berkata tindakan sedemikian — khususnya apabila ia menjejaskan tanggungjawab sosial atau menimbulkan risiko besar terhadap reputasi serta nama baik universiti — tidak boleh dipandang ringan.
“Kredibiliti institusi kita bergantung pada integriti, akauntabiliti dan profesionalisme kakitangan akademiknya.
“Sebagai sebuah komuniti yang diasaskan atas pencarian kebenaran, keadilan dan keilmuan beretika, semua ahli akademik dijangka menegakkan piawaian tertinggi integriti akademik, kejujuran intelektual, profesionalisme dan kelakuan bermoral — sama ada di dalam mahupun di luar persekitaran kampus.
“Oleh itu, ASA menyeru pihak pengurusan universiti agar mengambil tindakan segera dan sewajarnya mengikut peraturan serta prosedur yang ditetapkan terhadap mana-mana ahli yang mungkin telah melanggar tanggungjawab tersebut,” kata kenyataan itu.
Walaupun tidak menyebut secara langsung nama ahli akademik yang dimaksudkan, kenyataan itu hadir selepas satu lagi kenyataan kontroversi melibatkan Pensyarah UIAM Prof Solehah Yaacob.
Terdahulu tular video rakaman ceramah Solehah yang mendakwa orang Rom belajar membuat kapal daripada orang Melayu.
Dakwaan pensyarah bahasa Arab itu sekali gus menarik perhatian netizen yang mengecam dan mengkritik kredibilitinya.
ASA menegaskan tindakan seperti salah laku, salah tafsir awam, atau kenyataan yang menjejaskan integriti akademik serta bercanggah dengan misi dan nilai-nilai universiti tidak boleh diterima.
Menggesa tindakan diambil, ASA berkata langkah ini penting bukan sahaja bagi menegakkan keadilan dan ketelusan, tetapi juga untuk memelihara kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap universiti sebagai sebuah pusat ilmu, integriti dan kepimpinan moral yang disegani.
“ASA berdiri teguh dalam komitmennya untuk mempertahankan prinsip kebebasan akademik yang disertai tanggungjawab, integriti intelektual, rasa hormat dan kebenaran yang membentuk identiti bersama kita.
“Kami juga komited memastikan agar tindakan segelintir individu tidak menjejaskan integriti dan maruah kolektif seluruh komuniti akademik,” kata kenyataan itu lagi.
Sebagai rekod, tahun lepas Solehah turut mencetuskan kontroversi selepas berkongsi pandangan yang mengaitkan isteri Nabi Muhammad, Siti Khadijah Khuwailid, berkemungkinan berasal dari alam Melayu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suspend je la dia ni. Not the first time dia buat hal. Sebelum ni angkat scammer algeria kata keturunan Rasulullah, pastu org melayu yg ajar china terbang dll. Dia ni prof weng ke. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
oic...this not her first time yer buat hal...prolly ada sakit mental agaknya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala lecturer kat uni tempatan memang suka merapik meraban tak tentu hala. Siap cerita pasal diri sendiri taknak ambik tindakan pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 6-11-2025 01:33 PM
Dia prof ka...
Assc prof bahasa ereb. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 6-11-2025 01:03 PM
Suspend je la dia ni. Not the first time dia buat hal. Sebelum ni angkat scammer algeria kata ketur ...
Tampakny Soleh Ya ob benar dan akurat..bukankah UDA juga belajar membuat nu Lear bomb jug dari empire melaks ..tetapi baru bisa diuji coba di tahun 1945 terhadap Jepang..
Pokokny di dunia ini tak ak D satupun negara atau kerjaan yang mampu mengalahkN kuasa besar dunia empire melakan fan Karajan malydesh dalam hal kuasa teknologi militer hingga hari ini..
malYdesh betul -betul dahsyat dan ditakuti dunia hingga hari ini..tanp sokongan bangs melYu x akan ada agam Islam di Duni ini |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 6-11-2025 01:37 PM
Tampakny Soleh Ya ob benar dan akurat..bukankah UDA juga belajar membuat nu Lear bomb jug dari emp ...
Hang pun sama weng dgn dia. Menaip cam kelmab. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 6-11-2025 05:38 AM
Tahap iq supporter dia:
Ya Allah ya Tuhanku.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 6-11-2025 01:43 PM
Ya Allah ya Tuhanku....
Iols baca pun hanya mampu ber huhu sajork
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 6-11-2025 01:37 PM
Assc prof bahasa ereb.
Kalau assoc prof pun wat statement mcm ni, susah la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana manusia bodoh sebegini boleh wujud & diangkat dalam dunia akademik? Buat malu universiti sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols kadang layan juga podcast atau bideo prof ni terangkan
pasal sejarah itu ini.
Prof ni mmg hafal ya tarikh2 penting..bagaimana..apa
yang berlaku. 
Sbbkan iols minat sejarah..boleh layan lg.
Wlpn terlalu complicated untuk dihadami.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sibuk dengan tahyul rom ciplak kapal melayu
baik ko pergi korek piramid melayu tu betul ke tahyul baru dpt kredibiliti |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 6-11-2025 01:37 PM
Tampakny Soleh Ya ob benar dan akurat..bukankah UDA juga belajar membuat nu Lear bomb jug dari emp ...
Mohon pak indon yg bisa nelepon sama Tuhan... bantu dia..pak... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 6-11-2025 01:38 PM
Tahap iq supporter dia:
Ni namanya seronok dalam kelompok sesama sendiri.
Kalau esok lusa prof kata melayu penah bagi user manual book kepada pembesar mesir kuno cara² potong batu tegak patsegi dan susun bongkah piramid pun, percaya jer. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Prof ni kalo dgr penerangan die kemain pnjg lebor. Smpi sesat pastu lupa ape soklan memula2 td.
X straight forward. Malas nk dgr |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
die ni aku masukkan bawah fail 'kuil di atas tanah kerajaan ni dah berusia ratusan tahun sebelum merdeka sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu lagi tapi kitorang takde bukti apa pun'. Tapi dia ni takpe jugak sbb orang Melayu sama2 jugak mengecam, kalau nak dibandingkan dengan puak tu bukti takde tapi suma dok sokong takde pun yang mengecam walaupun benda terang2 ada bukti mmg tak wujud pun |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia pun bercakap psl isu yg bukan dlm bidang kepakaran dia kan ie bahasa arab. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|