Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1573005   
Pearly-Thinaah cipta sejarah baharu

Amirul Fazli Zulkafli[email protected]





PEARLY-Thinaah mengumpul 104,860 mata, sekali gus membolehkan mereka berada di kedudukan teratas. FOTO ASWADI ALIAS




Kuala Lumpur: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah terus mencipta sejarah tersendiri apabila kini mereka menakluki ranking nombor satu bagi Jelajah Dunia Akhir BWF.

Setakat ini, Pearly-Thinaah mengumpul 104,860 mata, sekali gus membolehkan mereka berada di kedudukan teratas sementara pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, pula berada di tangga kedua dengan 103,150 mata.

Selain itu, Pearly-Thinaah berpeluang untuk terus menjarakkan kedudukan itu apabila Sheng Shu-Tan Ning tidak menyertai Masters Jepun yang akan berlangsung Selasa ini sementara wakil negara pula bakal turun selaku pilihan utama kejohanan.

Kejayaan itu dilihat satu perkara yang sangat positif dan bakal menjadi motivasi buat gandingan negara itu memburu kejuaraan sulung di Jelajah Dunia Akhir BWF yang akan berlangsung di Hangzhou dari 17 hingga 21 Disember depan, terutama bagi mengatasi 'badi' mereka terhadap Sheng Shu-Tan Ning.

Sebagai rekod, pada edisi tahun lalu, Pearly-Thinaah gagal melepasi peringkat kumpulan apabila tewas dalam ketiga-tiga perlawanan.

Untuk makluman, ranking Jelajah Dunia Akhir BWF berbeza dengan ranking dunia, apabila ia hanya membabitkan kejohanan siri Jelajah Dunia BWF bagi pemain yang memburu lapan kedudukan teratas untuk beraksi dalam kejohanan penutup tahun berkenaan.

Selain itu, ia juga menjadi medan pemain memburu hadiah kemenangan yang lumayan.

Bagi ranking dunia, kedudukan nombor satu masih menjadi milik Sheng Shu-Tan Ning dengan 110,884 mata, sementara Pearly-Thinaah pula berada di ranking kedua dengan 91,316 mata.

Sebagai rekod, naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu berjaya meraih beberapa kejayaan musim ini seperti muncul juara di Terbuka Thailand dan Terbuka Artik, sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai antara beregu wanita terbaik dunia ketika ini.



Disiarkan pada: November 6, 2025 @ 7:02pm

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2025/11/1284520/pearly-thinaah-cipta-sejarah-baharu




Rate
There are 1 People reward the building owner
190 Views
1 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


sfhzuraz Author 2#

Moderator | Credits 1573005   
tq @Vellfire  

All contents are displayed