Edited by YgBenar at 7-11-2025 07:00 PM
Tular di media sosial, sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dilaporkan bakal menerima seramai 25 orang murid Melayu di peringkat pra sekolah, satu angka yang cukup besar hingga boleh membentuk satu kelas penuh. Menariknya, tiada murid India yang mendaftar pada tahun tersebut. Situasi ini bukan lagi perkara luar biasa di banyak SJKC di Malaysia. Malah, trend kemasukan murid Melayu ke sekolah Cina dilihat semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini
Namun, perkara ini menimbulkan persoalan besar dalam kalangan guru dan ibu bapa apabila Bahasa Cina menjadi medium utama pengajaran dan pembelajaran untuk hampir semua subjek termasuk Sains, Matematik dan Sejarah?
“Kata lah satu kelas 30 orang, macam mana cikgu-cikgu nak ajar Bahasa Cina? Apatah lagi subjek lain yang dalam Bahasa Cina seperti Sains, Matematik, Sejarah dan lain-lain? Mesti murid Melayu yang ramai tu tak akan berkomunikasi dalam Bahasa Cina,” jelasnya.
Lebih merisaukan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa murid Melayu perlu dikumpulkan dalam satu kelas. Dengan anggaran kapasiti satu kelas sekitar 30 orang, ini bermakna majoriti pelajar dalam kelas itu tidak akan berkomunikasi dalam Bahasa Cina sebagai bahasa utama. Ia tentu menjadi cabaran besar kepada guru-guru untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan.
Guru-guru di SJKC pastinya akan berdepan dilema antara mengekalkan penggunaan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, atau menyesuaikan pendekatan agar murid bukan Cina dapat mengikuti pelajaran dengan baik
Dalam masa sama, pelajar Melayu yang tidak biasa dengan bahasa Mandarin mungkin akan mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri, terutamanya dalam subjek akademik yang memerlukan kefahaman istilah teknikal dalam Bahasa Cina.
Salah satu punca utama yang sering dibincangkan adalah kadar kelahiran yang semakin menurun dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Statistik menunjukkan, kadar kelahiran bagi kaum Cina menurun secara konsisten sejak lebih sedekad lalu. Faktor ekonomi, gaya hidup moden, dan kecenderungan menunda perkahwinan antara penyumbang utama fenomena ini.
Perubahan demografi ini menunjukkan wajah baharu pendidikan di Malaysia, lebih berbilang bangsa, tetapi juga lebih kompleks. Soalnya kini, adakah sistem pendidikan kita sudah bersedia untuk menampung perubahan itu
|