CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 734|Reply: 12

[Dunia] Impian lihat ART, teksi terbang di Nusantara kini terkubur

[Copy link]
Post time 7-11-2025 05:15 PM | Show all posts |Read mode





Impian IKN untuk memiliki sistem pengangkutan futuristik seperti ART atau trem tanpa landasan dan teksi terbang kini hanya tinggal angan-angan.

NUSANTARA – Impian Ibu Kota Nusantara (IKN) untuk memiliki sistem pengangkutan futuristik seperti Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) atau trem tanpa landasan dan teksi terbang kini hanya tinggal angan-angan.

Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat merangkap Ketua Otorita IKN, Basuki Hadimuljono menegaskan, bahawa projek tersebut tidak lagi menjadi keutamaan buat masa ini.

Menurut Basuki, tumpuan kerajaan ketika ini perlu diberikan kepada perkara yang lebih mendesak, termasuk pembinaan pejabat kerajaan, kawasan perumahan, serta pelaksanaan konsep 'Smart Forest City' yang menjadi tunjang pembangunan bandar itu.

“Kereta api biasa pun belum ada, takkan kita nak naik teksi terbang. Jadi, belum penting sekarang,” katanya sambil menjelaskan bahawa teknologi seperti itu masih dalam peringkat perkembangan dan akan menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Basuki menjangkakan bahawa mod pengangkutan canggih seperti kereta tanpa landasan dan teksi terbang hanya akan menjadi relevan menjelang tahun 2040 atau 2045, apabila infrastruktur asas IKN benar-benar siap.

Buat masa ini, keutamaan kerajaan akan beralih kepada pembangunan kenderaan elektrik (EV) di darat, khususnya bas elektrik awam yang dijangka mula digunakan di IKN pada tahun 2026.

Walaupun belum menjadi keutamaan operasi, kedua-dua teknologi berkenaan telah melalui ujian Proof-of-Concept (PoC) sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan masa depan.-Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2025 05:18 PM | Show all posts
laa awatnyaaa...depa baru nak mendoniaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dijemput @nusaraya @Friska untuk merafak sembah forest city ke dalam thread ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
"kami ada IKN...negara tertangga pasti iri"-Indon
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Trit ni dipandang sepi ummah konoha
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 7-11-2025 05:19 PM
Dijemput @nusaraya @Friska untuk merafak sembah forest city ke dalam thread ini.

Takkan masuk punya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2025 08:37 PM | Show all posts
Tetangga pasti iri kah? @Friska
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 10:11 PM | Show all posts
Putrajaya pun ada buat trial run road tram ni tak lama dulu tapi kosong ja. Sekarang tak tau apa cerita. Iskandar Puteri pun sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2025 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Depa ni kalau betul2 jadi buat projek ikut timeline tu, rasanya setanding dah dengan negara2 luar dari segi kemajuan infra tu. Tapi sayangnya, selalu buat keja sekerat jalan. Dok pongpang nak buat itu ini, gah sana gah sini last2 terenti takat tu ja. Mungkin punca modal, atau pengurusan diorg tu. Kalau sebab rasuah, harap lepas ni stop la makan rasuah tu. Memang negara hangpa kui jahanam kalau dok amal rasuah smpai bila2. Benda ni semua untuk kepentingan rakyat jugak bukan orang lain pun. Dok pending2 projek ikn tu smpai bila, takkan nak tunggu sampai jakarta tu tenggelam terus baru pakat berenang ramai2 mai dok ikn, baru nak rencana nak buat itu ini bagai. Dah terlambat dah. Buat kena gelak dengan jiran tetangga hangpa jah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2025 10:19 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 8-11-2025 03:07 AM
Depa ni kalau betul2 jadi buat projek ikut timeline tu, rasanya setanding dah dengan negara2 luar da ...

Negara besar tapi dipenuhi dengan manusia tolol lagi bangang IQ selevel beruk cam @nusaraya @Friska mangkrak la jadinya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2025 01:23 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-11-2025 10:11 PM
Putrajaya pun ada buat trial run road tram ni tak lama dulu tapi kosong ja. Sekarang tak tau apa cer ...

tak nampak dah meluncur di jln2 putrajaya


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 08:57 AM | Show all posts
Step by step
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 8-11-2025 10:07 AM
Depa ni kalau betul2 jadi buat projek ikut timeline tu, rasanya setanding dah dengan negara2 luar da ...

Ye, betul setuju. Lepas dorg announced nusantara, x salah mas elon terus nak invest kat sane.

Sayang seribu kali sayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.090445 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list