Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 134018   



Bot bawa hampir 100 Pati karam, mayat wanita ditemui
Sebuah bot dipercayai membawa hampir 100 pendatang tanpa izin (Pati) pelbagai warganegara karam berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand, dengan enam daripadanya ditemukan selamat di perairan Langkawi.

Ketua Polis Kedah Adzli Abu Shah berkata enam yang diselamatkan terdiri daripada tiga lelaki warga Myanmar, dua lelaki etnik Rohingya dan seorang lelaki Bangladesh. Turut ditemui ialah mayat seorang wanita Rohingya yang hanyut di laut.

“Pada jam 9 pagi semalam, polis menerima panggilan daripada orang awam yang menemui tiga lelaki hanyut (Myanmar) berhampiran Teluk Ewa, Langkawi.

“Mereka berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada polis. Pada sebelah petang, tiga lagi lelaki serta satu mayat wanita ditemukan di sekitar lokasi sama.

“Siasatan awal mendapati kira-kira sebulan lalu, mereka menaiki sebuah kapal besar membawa 300 orang untuk masuk ke Malaysia.
“Namun, sebaik menghampiri sempadan, mereka diarahkan menaiki tiga bot lebih kecil, dengan anggaran 100 orang setiap bot,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Adzli berkata pertukaran bot dilakukan bagi mengelak dikesan dan ditahan pihak berkuasa.
“Namun, tiga hari lalu, bot yang mereka naiki karam dan lokasi kejadian dipercayai berada di perairan Thailand sebelum mereka dihanyutkan ke perairan Malaysia.

"Status dua bot lagi masih tidak diketahui sama ada turut karam atau sebaliknya. Polis telah meminta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pasukan polis marin melancarkan operasi mencari dan mengesan mangsa lain serta baki bot yang hilang,” katanya.

Menurut Adzli siasatan lanjut akan dijalankan terhadap enam lelaki berkenaan yang kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi bagi mendapatkan maklumat sebenar, manakala mayat wanita itu ditempatkan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.




Rate
There are 1 People reward the building owner
717 Views
15 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


kakikuDibibirmu Lv.17 2#

Superior | Credits 54630   
terbakar rumah nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu -Karam Singh Walia melaporkan untuk TV3-

terbakar hati hanguslah hati -Din Beramboi-

walaupun pelbagai aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa, tetapi jelas ia seperti menabur bijan ke dalam tasik

kalau berumah di tepi pantai masakan ombak melambung tinggi

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut habis pulut

ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke bawah

berat mata memandang, berat lagi seguni beras:



tiada rotan, pelempang berguna juga:

silance Lv.7 3#

Revolutioner | Credits 1746   
Edited by silance at 9-11-2025 01:29 PM

“Siasatan awal mendapati kira-kira sebulan lalu, mereka menaiki sebuah kapal besar membawa 300 orang untuk masuk ke Malaysia.
-Sapa yang bodoh percaya mereka bersesak atas kapal selama sebulan? 2 hari saja boleh sampai sini.

“Namun, tiga hari lalu, bot yang mereka naiki karam dan lokasi kejadian dipercayai berada di perairan Thailand sebelum mereka dihanyutkan ke perairan Malaysia.
-Sungguh hairan karam di telen tetaplah hanyut ke Langkawi. Apasal tak hanyut ke Lauran hindi?

"Status dua bot lagi masih tidak diketahui sama ada turut karam atau sebaliknya.
-Nanti dah nak sampai 5 meter dari selat Melaka mereka buka lubang bocorkan bot sambil berlakun nangis lap hingus minta tolong. Bodoh.

sharlenetexas Lv.19 4#

Emperor | Credits 90439   
Boleh tak forward peegi thailand je.


Follow Us

kelapaparut Lv.12 5#

Defender | Credits 10009   
Kalu betul  300 mati ntahla nak suke ke nak kesian, kalu tragedi2 lain mmg aku kesian dan simpati, tp yg rohingya ni aku 50 - 50 je, adakah aku hati kering.. Mmm, ntahla.

Skuau Lv.15 6#

Gladiator | Credits 34130   
ADA AKU KISAH.

dani-rox Lv.18 7#

Master | Credits 75707   


ADVERTISEMENT


prettyuglybabe Lv.18 8#

Master | Credits 65164   
mana yang hidup tu please tolak dorang semula ke tengah laut..
cukup-cukup la melayan auta dorang tu..

Samerosie Lv.14 9#

Fighter | Credits 20489   
Quote: silance replied at 9-11-2025 01:26 PM
“Siasatan awal mendapati kira-kira sebulan lalu, mereka menaiki sebuah kapal besar membawa 300 oran ...

Tambang lagi murah kut kalau banyak layover, start dr bangladesh transit kat myanmar sampai kat bkk tukar vessel.. Indon ada termasuk tak?

pejol Lv.7 10#

Revolutioner | Credits 1076   
adakah mereka ini akan dianggap perwira a.k.a hero negara mereka

addulah Lv.2 11#

Junior | Credits 50   
Just sent mereka ke Thailand

BungaKencana Lv.11 12#

Highlander | Credits 8659   
yg hidup + mayat tu hanyutkan balik ke tengah laut.. aku tak kesian pun

missbigrockstar Lv.12 13#

Defender | Credits 10623   
Ya paham atas dasar kemanusiaan, tapi dah satu kerja authorities kita nak kena search and rescue. Datang pun tak diundang, ada pun tak dialu-alukan. Dah dok Msia perangai pula tak sedar diuntung, besar kepala dah mcm dia pula rakyat Msia

Rogue98 Lv.14 14#

Fighter | Credits 22388   
Target memang nak masuk Langkawi ke sebab ada perkampungan Rohingya kat situ.
Menyusahkan lah...nak kesian pun tak boleh sbb yg masuk sini pun buat hal jugak.

FOTHER-MUCKER Author 15#

Legenderer | Credits 134018   
Berharap Malaysia tak jadi seperti ini.






ADVERTISEMENT


Tinot7 Lv.22 16#

Moderator | Credits 133734   
Takziah kpd keluarga

All contents are displayed