Edited by YgBenar at 10-11-2025 01:02 PM
Seorang barista kedai kopi terkenal dirakam telah mendapat layanan teruk dari seorang pelanggan yang disyaki pelancong dari China.
Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun @iml3x7, seorang barista wanita telah menghalau pelanggan tersebut selepas memberikan pesanan minuman.
Namun, pelanggan itu seperti tidak berpuas hati langsung sengaja menumpahkan air dan mencurah ke arah barista yang berada di belakang kaunter dan mencampakkan cawan ke arahnya
Barista itu lalu mencampakkan bekas air minuman semula itu kepadanya sebagai tanda protes barang kali.
Berdasarkan kapysen yang dikongsikan, wanita itu berkata “Di kedai kopi Malaysia, pelanggan berkata kopi yang dibuat terlalu perlahan dan wanita itu menunjukkan isyarat lucah dan pelanggan berpaling semula atas alasan itu. Barista itu kemudian menghalau pula,” tulisnya.
Bagaimanapun, reaksi netizen lain pula apabila mereka sedia mengecam tindakan wanita yang berbuat kasar dengan barista berkenaan. Ramai berpendapat pihak barista sudah buat sehabis baik dan mungkin terdapat banyak pesanan dalam masa sama. Maklumlah, kedai kopi ini pun sudah cukup popular dan sering mendapat pesanan yang banyak tidak kira dari kedai fizikal mahupun dalam aplikasi.
Dalam pada itu, sebahagian netizen turut percaya tindakan yang dilakukan individu terbabit sememangnya sudah biasa di dalam kalangan pelancong dari China apatah lagi apabila bunyi loghat percakapan dari sana dan tidak boleh berkomunikasi walaupun dalam bahasa Inggeris.
|