|
View: 359|Reply: 7
|
Indonesia mahu hapus 3 sifar pada Rupiah: 1,000 akan jadi 1
[Copy link]
|
|
|
JAKARTA: Kerajaan Indonesia mula merangka rang undang-undang (RUU) mengenai denominasi semula rupiah, yang dijangka siap pada 2027, lapor ANTARA.
RUU itu disenaraikan antara program strategik Kementerian Kewangan untuk tempoh 2025–2029 di bawah Peraturan Menteri Kewangan No 70 tahun 2025.
RUU mengenai Perubahan Kadar Rupiah (redenominasi) adalah RUU yang dirancang untuk siap pada 2027.
Ia mencadangkan penghapusan tiga sifar daripada denominasi rupiah tanpa mengubah kuasa beli, bertujuan meningkatkan kecekapan dan memudahkan transaksi kewangan.
Contohnya, 1,000 Rupiah akan menjadi 1 Rupiah selepas denominasi semula, tetapi nilai barangan atau kuasa beli akan kekal tidak berubah.
Peraturan itu menyatakan, denominasi semula bertujuan meningkatkan kecekapan ekonomi dengan memperkukuh daya saing dan mengekalkan momentum pertumbuhan.
"Ia juga dijangka dapat membantu menstabilkan nilai rupiah, mengekalkan kuasa beli dan meningkatkan kredibiliti mata wang di peringkat nasional dan global," menurut peraturan berkenaan.
Menghapuskan angka sifar daripada rupiah lama menjadi sebahagian daripada agenda kerajaan, dengan beberapa pentadbiran menyediakan rancangan untuk denominasi semula.
Pada 2023, Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo dilaporkan berkata, bank pusat bersedia untuk menyokong dasar berkenaan walaupun pelaksanaannya mesti berhati-hati dan mempertimbangkan kestabilan ekonomi dan politik.
Terdahulu pada 2017, Timbalan Gabenor ketika itu, Mirza Adityaswara dipetik berkata, proses denominasi semula boleh mengambil masa sehingga 10 tahun dan mesti merangkumi pendidikan awam untuk mengelakkan kekeliruan mengenai kuasa beli.
Sumber : BH |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TAK SEMUDAH YANG DIIMPIKAN.
NAK MENGGANTI WANG YANG NAK DILUPUSKAN TU SATU HAL JUGA, TETAPI INI BUKAN CERITA BARU DAH BERTAHUN DULU DISEBUT, JADI NYA NTAH BILA TAK TAU |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tak adik beradik dengan rupee la lepas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
so nanti pegi sana tak jadi miliyunair la yerrr
aisehhh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hr ni rm1 da bersamaan rp4,000, 00.0.00 ehh aku peningla brp 0 daa.. Ehh titik noktah ke koma dia punye tande tu omg, serabut oiii |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiseh.. dah tak jadik bilionair le bila pegi sana.. kohkohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok la. Kalo duit syiling dia lagi ringan kalah duit mainan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|