Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287428   





Maestro muzik, Datuk Ramli MS menjelaskan keputusan memberikan lagu berbahasa Kantonis kepada peserta Gegar Vaganza ke-12 (GV12), Datuk Elaine Kang dibuat atas faktor kesesuaian dan keprihatinan terhadap kemampuan penyanyi itu.


Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram, 66, menjelaskan dia menyedari Elaine berdepan kesukaran besar untuk menghafal lirik lagu dalam bahasa Melayu sehingga menjejaskan menjejaskan fokus serta penghayatan persembahannya.


“Saya selaku pengarah muzik, bila nampak dia sengsara menghafal lirik dan habiskan masa hampir 80 peratus pada lirik, jadi dia hilang banyak benda dari segi jiwa serta tempo.


“Kemudian, saya rasa dia bagi lain ‘handicap’. Tempatnya GV, kita mengalu-alukan artis, kita taklah kejam terus buang.


“Bila melihat komitmen dia, dia sangat komited dengan baju dia yang taja sendiri. Jadi saya rasa adil bagi lagu bahasa ibunda dia,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media GV12 selepas program selesai.


Dalam masa sama, Tok Ram maklum mengenai keadaan kesihatan Elaine yang dikatakan mempunyai masalah jantung.


“Yang saya tahu sebelum ini dia ada kata dia ada masalah jantung. mungkin dia stres.


“Tapi kita tak paksalah. Kalau dia cakap esok lusa doktor suruh rehat, kita harus hormati.


“Kesihatan adalah nombor satu,” ujarnya lagi.


Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Roa, Idlan Zahari berkata, pihaknya sentiasa peka dengan keadaan semua peserta GV12 dan menghormati sekiranya Elaine memilih untuk menarik diri.


“Semua latar belakang peserta kita tahu dan pihak produksi dah teliti. Tapi saya rasa waktu kita jumpa setiap peserta, mereka diberi pilihan untuk sertai atau tidak.


Semua peserta buat keputusan sertai dengan masalah kesihatan dan sudah pasti kalau ada keadaan yang memungkinkan untuk tarik diri, kami hormati,” jelasnya.


Semalam, Elaine mengejutkan ramai apabila mahu mengundur diri daripada Gv12 sekali gus memberi bayangan mempunyai masalah kesihatan.


Ketika menyampaikan lagu Angan-Angan nyanyian asal Raja Ema, Elaine kelihatan tidak selesa.


Bagaimanapun, juri tempatan Tok Ram dan Hetty Koes Endang menolak permintaan tersebut dan berjanji mahu memberikan lagu Kantonis buatnya pada minggu hadapan.




Sumber : – KOSMO! ONLINE
2913 Views

ADVERTISEMENT


sukanyanyi Lv.10 53#

Survivor | Credits 5784   
Quote: sphinx replied at 14-11-2025 03:35 PM
iols nk tgk kak Amy Mastura.. tp sheols pun ckp taknak masuk sb sheols tak sanggup nk hadap juri : ...


Oh aah ade tgk part anak sheols jd dancer sbb krisya nyanyi lagu sheols kan.. ahah takyah la kot kak amy masuk, npk mcm kurang versatile, contoh kalu kena nyanyi lagu asli.. bkn ape, takot jatuh air muka or reputasi kalo retis lejen gini tak dpt wat ngn baik.. mcm nek ani, leklok dh pangkat lejen, masuk tu jd npk mcm amateur blk.. bg meols la

sphinx Lv.10 52#

Survivor | Credits 6369   
Quote: sukanyanyi replied at 13-11-2025 04:21 PM
Tula sbnrnya ramai yg tanak masuk. Contoh yg meols naaaak sgt masuk tp penah bg statement tamau ma ...

iols nk tgk kak Amy Mastura.. tp sheols pun ckp taknak masuk sb sheols tak sanggup nk hadap juri
tp hari tu her daughter menari as backup dancer, kira bolehlah, merasa la jugak roh sheols atas pentas GV

sukanyanyi Lv.10 51#

Survivor | Credits 5784   
Quote: fadz84 replied at 14-11-2025 01:59 PM
Bagio tu sore heols padu lagi.. aritu pernah tgk dia nyanyi live kat Putrajaya.. selamba je tarik  ...

Tula tp rasenye heols mcm ade pride kot takot npk kelemahan kalo kena bwk genre lain yg tak biase.. sbb tu kot taknak masuk..
Follow Us

fadz84 Lv.13 50#

Challenger | Credits 17850   
Quote: sukanyanyi replied at 13-11-2025 04:21 PM
Tula sbnrnya ramai yg tanak masuk. Contoh yg meols naaaak sgt masuk tp penah bg statement tamau ma ...

Bagio tu sore heols padu lagi.. aritu pernah tgk dia nyanyi live kat Putrajaya.. selamba je tarik lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi..

goldden Lv.2 49#

Junior | Credits 93   
Quote: sphinx replied at 11-11-2025 03:26 PM
kannn.. dah la berdiri tegak je masing2, mcm bodo je
org tu kan tgh buat persembahan..tgh seron ...

dah la kata ada masalah jantung. terperanjat ahso tu, sib baik x kena heart attack

bluebutter Lv.9 48#

Adventurer | Credits 4126   
Quote: KamikuP replied at 10-11-2025 05:07 PM
Kesian meolls tengok dia... dia nak nyanyi lagu Maaafkan Aku tapi juri tak bagi.. ekekeke.. Nmpk cam ...

Cinapes : Ahso
Mulayuss : Makcik!
Nindiaaa : Achi
Orang Putey : Onty


Haha.
Kamus.

ADVERTISEMENT


fattymah Lv.8 47#

Honour | Credits 2875   
Gv kali ni iols tak tido awal.. yg tahun lepas final pun boring..  at least ada variety karektor tak de le semua gud²

MatDeghem Lv.14 46#

Fighter | Credits 21913   
Buat lah satu show untuk popo elaine. Dia suka buat persembahan/show.
Not fair to the others yg kerja keras... si popo station kasi mudah.

sukanyanyi Lv.10 45#

Survivor | Credits 5784   
Quote: A-Are replied at 14-11-2025 07:37 AM
iols tergelak masa dia cakap mcm tu....teruih teringat hantu kak limah..skali dgr nyanyi..aduhh mc ...

Tula psl.. dahla tak ramai yg tau heols penah menyanyi.. ni tak lain tak bukan nk meneruskan tradisi masukkan pelawok la ni mcm apek+yasin.. eh dah OT plak ckp psl uncleshy ni plak, ni benang auntylaine anyway utk anutylaine, semoga sihat selalu, jgn stress2 sgt..

A-Are Lv.9 44#

Adventurer | Credits 3693   
Quote: sukanyanyi replied at 13-11-2025 08:21 AM
Tula sbnrnya ramai yg tanak masuk. Contoh yg meols naaaak sgt masuk tp penah bg statement tamau ma ...

iols tergelak masa dia cakap mcm tu....teruih teringat hantu kak limah..skali dgr nyanyi..aduhh mcm mana boleh lepas ni..GV pon agak2 la milih org

seibei Lv.7 43#

Revolutioner | Credits 1254   
Quote: alesandra replied at 10-11-2025 05:44 PM
halahh smlm mmg takde penyingkiran.tak payah lah dia tarik diri. ahso tu nak nya nyanyi  lagu carpen ...

yg last tu lepas geram eh? hurup besar terus

sukanyanyi Lv.10 42#

Survivor | Credits 5784   
Quote: A-Are replied at 13-11-2025 08:08 AM
GV dah musim 12...artis2 malaysia banyak da join da..ketandusan artis da...kenalah ambik mana yang a ...

Tula sbnrnya ramai yg tanak masuk. Contoh yg meols naaaak sgt masuk tp penah bg statement tamau masuk is abam bagio damacutra. Psl org mcm bambagio tamau masuk laaaa kite kena hadap uncle shy8 taun ni. Urgh. Not my taste, mahappp

sukanyanyi Lv.10 41#

Survivor | Credits 5784   
Quote: rayna_raynes replied at 13-11-2025 12:29 AM
Kenalah ada peserta level ala kadar, calon tersingkir awal. Tiap tahun itulah formula Asterung

Hihi asterung. Betul gak..kalo sume best2, deyols la rugi nk kena buang yg best awal2 sbb semua best. Mesti la simpan separuh or suku yg best tu utk next season buat jd finalists..

sukanyanyi Lv.10 40#

Survivor | Credits 5784   
Quote: sphinx replied at 11-11-2025 03:26 PM
kannn.. dah la berdiri tegak je masing2, mcm bodo je
org tu kan tgh buat persembahan..tgh seron ...

Hahahahahahahaha ayat last tu kejam. Ahhahahaahahahahha...

ADVERTISEMENT


sukanyanyi Lv.10 39#

Survivor | Credits 5784   
Quote: zafira replied at 10-11-2025 04:04 PM
dolu-dolu makcik ni cukup gah... kalau buat show meletops tau.. orang akan samakan dia dgn anita mui ...

Wuyoo.. sib baik ade kaka yg bleh citekan blk zezaman kegemilangan sheols.  Meols cuma tau lagu maafkan diriku best walopun meols umo2 preschool waktu tu.. tp yela dh zaman skg ade utube leh la dgr blk over n over. Cuma tak penah ler tgk sheols perform mase memuda. Sib baik ade yg bg bayangan sket mlalui trobek.. thanks..

MistrezHermanaz Lv.12 38#

Defender | Credits 11333   
tgk video tok elaine nyanyi lagu maafkan diriku kt yt zaman dia muda mudi dulu..sedap la jugak..agaknya dh lama x nyanyi lagu melayu kot..bila tgk kt GV, dlm hati eh betul ke dia ni penyanyi..nk kata lama x nyanyi ada je dia perform katanya, last bulan 8 ritu kn

A-Are Lv.9 37#

Adventurer | Credits 3693   
GV dah musim 12...artis2 malaysia banyak da join da..ketandusan artis da...kenalah ambik mana yang ada..bak kata shy8 "dah kome xnak masuk, janganlah bising dia lepas masuk"

Kekunci_Hitam Lv.3 36#

Senior | Credits 190   
kalau dia nak tarik diri, maka hormatilah keputusan dia.... kena ambil kira juga komitmen peserta lain..

rayna_raynes Lv.14 35#

Fighter | Credits 29143   
Quote: sleepandream replied at 10-11-2025 03:34 PM
dah takde peserta lain ke? ahsoh ni nyanyi level zaiton sameon dgn nek ani jah...

Kenalah ada peserta level ala kadar, calon tersingkir awal. Tiap tahun itulah formula Asterung
123Next