Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287428   






Pernah menjadi antara bintang muda paling bersinar dalam industri hiburan, penyanyi Ismail Izzani mengakui melalui fasa gelap dalam hidupnya apabila terleka dengan keseronokan dunia sehingga hampir memusnahkan karier sendiri.


Ujar Ismail atau nama sebenarnya, Izzani Zainal Nazeri, 25, zaman remajanya dipenuhi keputusan salah dan pergaulan yang menjerumuskannya ke dalam suasana tidak sihat.


“Mengenang kembali usia remaja, saya akui pernah tersalah langkah. Saya bergaul dengan orang yang salah dan hidup dalam suasana tidak sepatutnya. Selalu bertemu individu hanya mahu berseronok semata-mata.


“Ketika itu saya kejutan budaya, yelah ada hidup sendiri, ada duit, kereta sendiri. Tapi saya lupa tujuan asal saya dalam industri muzik.


“Saya terlalu hanyut berseronok hingga hilang fokus terhadap kerjaya,” katanya kepada Kosmo! Online.


Tambah pelantun lagu Luar Biasa itu, fasa tersebut membuatkan dirinya hilang arah sehingga terfikir untuk berhenti menyanyi.


“Ada satu tempoh yang sangat sukar, saya sampai terfikir nak berhenti terus. Tapi akhirnya saya sedar, muzik adalah sesuatu yang tak boleh saya tinggalkan. Walau susah macam mana pun, saya tetap akan buat juga.


“Saya akui pernah buat kesilapan besar san saya perlu akui bahawa saya yang merosakkan kerjaya sendiri. Terlalu terbuka, terlalu ikut rasa.


“Sampai satu tahap, orang mula menilai saya sebagai individu jahat tanpa mengenali siapa saya sebenarnya,” luahnya.


Lebih menyedihkan, anak kepada penyanyi era 1980-an, Suliza Salam itu mendedahkan dirinya pernah disenarai hitam oleh beberapa penganjur acara, sekolah dan universiti atas alasan memberi pengaruh buruk kepada remaja.


“Waktu itu memang saya terduduk. Ramai pihak tak mahu ambil saya sebab kononnya saya beri pengaruh negatif. Jadi saya berhenti seketika, ambil masa dua tahun untuk belajar dan muhasabah diri.


“Saya sedar, saya jenis manusia yang belajar melalui kesilapan. Walaupun sakit, semua itu buat saya lebih matang dan berhati-hati,” jelasnya


Katanya, titik perubahan terbesar berlaku apabila kontraknya ditarik dan peluang persembahan makin berkurangan membuatkannya terduduk dan muhasabah diri.


“Saya mula hadkan penggunaan media sosial, tak kongsi banyak perkara. Saya lebih fokus untuk jaga emosi dan kesihatan mental. Alhamdulillah, sekarang saya rasa lebih baik.


“Saya belajar daripada masa lalu dan cuba bina masa depan yang lebih baik.


“Saya mahu jadi lelaki yang bertanggungjawab, mampu jaga keluarga, bukan hanya membuktikan sesuatu kepada orang lain, tapi kepada diri sendiri,” tuturnya


Terdahulu, nama Ismail sering meledak dengan pelbagai kontroversi termasuk isu berpelukan dengan seorang pelakon wanita di kelab malam selain dikaitkan dengan dakwaan sudah berkahwin secara rahsia selepas dituduh menghamilkan seorang gadis.




Sumber : – KOSMO! ONLINE
1969 Views

ADVERTISEMENT


seibei Lv.7 47#

Revolutioner | Credits 1251   
Quote: kakakko replied at 14-11-2025 11:53 AM
iya siss.. boleh p internasionale kalau bebetul fokus and gigih.. muka tu nan hado xpelah tapi bak ...

xpe.. dedulu retis holiwud byk muka nan hado especially yg pndai menari/rapper/buat lagu. retis korea lelaki je berfacial glass skin
i suka lagu bidadari. utk emak dia kan dia ckp.

Shuji_Okishima Lv.4 46#

Keeper | Credits 411   
Quote: Carcosa replied at 10-11-2025 08:54 PM
Umur daah 25 takde hala tuju lagi. Tah hapa2.
Kalau kau asal dari sawah bendang kat utara nun, boleh ...


Ade yg mencuit, tapi cuba utk tahan daripada terkeluar. Kenyataan itu memang memedihkan. Ouchhhhh..

kakakko Lv.7 45#

Revolutioner | Credits 1510   
Quote: seibei replied at 12-11-2025 12:35 PM
khennn.. lagu2 dia best. pandai menari. tp tu le, xpandai jg diri. sayang bakat

iya siss.. boleh p internasionale kalau bebetul fokus and gigih.. muka tu nan hado xpelah tapi bakat tu sayang...
Follow Us

rayna_raynes Lv.14 44#

Fighter | Credits 29139   
Quote: aerara39 replied at 10-11-2025 02:23 PM
kejutan budaya apa dik, ko mmg budak KL kan. Lebih tepatnya ko ni pilih lifestyle yg salah masa muda ...

kejutan budaya juga. dia ni anak mak, mana berani pergi kelab bagai. once dh jadi artis, dapat kebebasan tu yg lupa diri.

seibei Lv.7 43#

Revolutioner | Credits 1251   
Quote: sharlenetexas replied at 11-11-2025 09:41 PM
Mak dia orang batu pahat. Nenek dia bomoh. Kalau rasa bidang nyanyian tak ke mana, sambung je lah  ...

hahahaa.. gelak berdekah iolss.
. biar betul

seibei Lv.7 42#

Revolutioner | Credits 1251   
Quote: kakakko replied at 11-11-2025 02:43 PM
dia ni berbakat ya.. lagu2 dia best.. plus pandai menari jugak kan. be serious la mael.. buat lagi b ...

khennn.. lagu2 dia best. pandai menari. tp tu le, xpandai jg diri. sayang bakat

ADVERTISEMENT


TeropongThaico Lv.11 41#

Highlander | Credits 8621   
Quote: sharlenetexas replied at 11-11-2025 09:42 PM
Mungkin sebab makpak dia bercerai jugak kot la elaun jadi kurang.

Mungkin la kan... Nak pula kalau dia tinggal dgn maknya lg la susah nak dpt. Biasa org lelaki ni depan mata ok la kalau jauh blh buat2 lupa bab duit2 tu

bulalof Lv.12 40#

Defender | Credits 12380   
serves you right kiddo.

cik_ingeniare Lv.9 39#

Adventurer | Credits 3643   
Tu la deknon tak pikir panjang.. masa nama tengah up, kau sibuk hu ha sana sini..

vender Lv.10 38#

Survivor | Credits 5315   
Quote: sharlenetexas replied at 11-11-2025 10:37 PM
Ada kat thread kenamaan. Tengok je masa mak dia kawin baru. Ada neneknya.

Wahhh baru tau..sat nak belek thread sana

sharlenetexas Lv.19 37#

Emperor | Credits 91257   
Quote: vender replied at 11-11-2025 10:35 PM
betui ka nih bomoh ???

Ada kat thread kenamaan. Tengok je masa mak dia kawin baru. Ada neneknya.


vender Lv.10 36#

Survivor | Credits 5315   
Quote: sharlenetexas replied at 11-11-2025 09:41 PM
Mak dia orang batu pahat. Nenek dia bomoh. Kalau rasa bidang nyanyian tak ke mana, sambung je lah  ...

betui ka nih bomoh ???

nonymous Lv.8 35#

Honour | Credits 2751   
Sabar lagu terbaik dari Ismail Izzani, lagu heols yg lain pun banyak best, dia berbakat, lagu best, mv best, boleh dance, sayang hanyut usia muda mujur heols cepat sedar, mohon comeback.

sharlenetexas Lv.19 34#

Emperor | Credits 91257   
Adakah kakak dia antara founder bayu somerset?



ADVERTISEMENT


sharlenetexas Lv.19 33#

Emperor | Credits 91257   
Quote: TeropongThaico replied at 11-11-2025 11:15 AM
Duit dah kurang kena palai... Biasiswa FaMa pun dah tak dpt sbb tu kot keinsafan mula menjelma

Mungkin sebab makpak dia bercerai jugak kot la elaun jadi kurang.


sharlenetexas Lv.19 32#

Emperor | Credits 91257   
Quote: noor2 replied at 10-11-2025 04:30 PM
Muka jawa..

Mak dia orang batu pahat. Nenek dia bomoh. Kalau rasa bidang nyanyian tak ke mana, sambung je lah kerjaya nenek dia.


sharlenetexas Lv.19 31#

Emperor | Credits 91257   
Edited by sharlenetexas at 11-11-2025 10:40 PM

Menurun sangat perangai bapak ko lah.
Nasib baiklah bapak ko ada otak bisnes dan connection. Kalau bapak ko menyanyi jugak tak tahulah.





kakakko Lv.7 30#

Revolutioner | Credits 1510   
dia ni berbakat ya.. lagu2 dia best.. plus pandai menari jugak kan. be serious la mael.. buat lagi banyak lagu2 yg mesra telinga.. lupakan benda2 masa x matang dulu..

doubleA Lv.16 29#

Conqueror | Credits 42879   
Kurang support dari bapak dah ke. Tapi ko pun dah dewasa patut fikir kehidupan sendiri bukan keja enjoy je
123Next