Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287428   






Pernah menjadi antara bintang muda paling bersinar dalam industri hiburan, penyanyi Ismail Izzani mengakui melalui fasa gelap dalam hidupnya apabila terleka dengan keseronokan dunia sehingga hampir memusnahkan karier sendiri.


Ujar Ismail atau nama sebenarnya, Izzani Zainal Nazeri, 25, zaman remajanya dipenuhi keputusan salah dan pergaulan yang menjerumuskannya ke dalam suasana tidak sihat.


“Mengenang kembali usia remaja, saya akui pernah tersalah langkah. Saya bergaul dengan orang yang salah dan hidup dalam suasana tidak sepatutnya. Selalu bertemu individu hanya mahu berseronok semata-mata.


“Ketika itu saya kejutan budaya, yelah ada hidup sendiri, ada duit, kereta sendiri. Tapi saya lupa tujuan asal saya dalam industri muzik.


“Saya terlalu hanyut berseronok hingga hilang fokus terhadap kerjaya,” katanya kepada Kosmo! Online.


Tambah pelantun lagu Luar Biasa itu, fasa tersebut membuatkan dirinya hilang arah sehingga terfikir untuk berhenti menyanyi.


“Ada satu tempoh yang sangat sukar, saya sampai terfikir nak berhenti terus. Tapi akhirnya saya sedar, muzik adalah sesuatu yang tak boleh saya tinggalkan. Walau susah macam mana pun, saya tetap akan buat juga.


“Saya akui pernah buat kesilapan besar san saya perlu akui bahawa saya yang merosakkan kerjaya sendiri. Terlalu terbuka, terlalu ikut rasa.


“Sampai satu tahap, orang mula menilai saya sebagai individu jahat tanpa mengenali siapa saya sebenarnya,” luahnya.


Lebih menyedihkan, anak kepada penyanyi era 1980-an, Suliza Salam itu mendedahkan dirinya pernah disenarai hitam oleh beberapa penganjur acara, sekolah dan universiti atas alasan memberi pengaruh buruk kepada remaja.


“Waktu itu memang saya terduduk. Ramai pihak tak mahu ambil saya sebab kononnya saya beri pengaruh negatif. Jadi saya berhenti seketika, ambil masa dua tahun untuk belajar dan muhasabah diri.


“Saya sedar, saya jenis manusia yang belajar melalui kesilapan. Walaupun sakit, semua itu buat saya lebih matang dan berhati-hati,” jelasnya


Katanya, titik perubahan terbesar berlaku apabila kontraknya ditarik dan peluang persembahan makin berkurangan membuatkannya terduduk dan muhasabah diri.


“Saya mula hadkan penggunaan media sosial, tak kongsi banyak perkara. Saya lebih fokus untuk jaga emosi dan kesihatan mental. Alhamdulillah, sekarang saya rasa lebih baik.


“Saya belajar daripada masa lalu dan cuba bina masa depan yang lebih baik.


“Saya mahu jadi lelaki yang bertanggungjawab, mampu jaga keluarga, bukan hanya membuktikan sesuatu kepada orang lain, tapi kepada diri sendiri,” tuturnya


Terdahulu, nama Ismail sering meledak dengan pelbagai kontroversi termasuk isu berpelukan dengan seorang pelakon wanita di kelab malam selain dikaitkan dengan dakwaan sudah berkahwin secara rahsia selepas dituduh menghamilkan seorang gadis.




Sumber : – KOSMO! ONLINE
1891 Views
46 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


aerara39 Lv.3 2#

Senior | Credits 356   
kejutan budaya apa dik, ko mmg budak KL kan. Lebih tepatnya ko ni pilih lifestyle yg salah masa muda dulu. tp bagus lah dah sedar skrg, moga makin dewasa lah ye

HelgaPataki Lv.8 3#

Honour | Credits 2455   
Bukan fans dik Mail tapi bila nak comeback yachh? Lagu2 dia meols suka haha

prince_marhaen Lv.11 4#

Highlander | Credits 7686   
dia ni ke yang kawan ngan tekya & anjus?
Follow Us

sudirmanistas Lv.5 5#

Minder | Credits 667   
Quote: aerara39 replied at 10-11-2025 02:23 PM
kejutan budaya apa dik, ko mmg budak KL kan. Lebih tepatnya ko ni pilih lifestyle yg salah masa muda ...

Haha betul jgk tu. Maybe in term of city lifestyle tu x la culture shock, tpi berkawan dgn artis2 yg mcm "fun" tpi industri x prefer or blacklist agaknye tu yg culture shock.

PULANGKAN Lv.7 6#

Revolutioner | Credits 1431   
Quote: Terdahulu, nama Ismail sering meledak dengan pelbagai kontroversi termasuk isu berpelukan dengan seorang pelakon wanita di kelab malam selain dikaitkan dengan dakwaan sudah berkahwin secara rahsia selepas dituduh menghamilkan seorang gadis.


eh, laa. tu heols ke. baru tau. adoi kosomo spilling the cold tea

dulu iols baca, punya la dok berteka-teki sapa

entah la chuols sekarang camane.. tapi dulu memang nama dia under blacklist pun. tak tau la dia buat ape. now I know.

sukanyanyi Lv.10 7#

Survivor | Credits 5324   
Spm pon tak ambik kan? So musti la kena serius dlm bidang seni..sbb dulu nk sgt sampai sanggup buang studies.. tp yela nanti ade yg ckp zaman skg tak perlu itu pon leh buat duit.

ADVERTISEMENT


noor2 Lv.20 8#

Legenderer | Credits 164342   
Muka jawa..

noor2 Lv.20 9#

Legenderer | Credits 164342   
Budak ni mmg culture shock...hidup nk enjoy je..sekolah pun x tinggi

cmf_yIEn Lv.6 10#

Pioneer | Credits 955   
mak ko pun sokong ja kan apa ko buat kan. mak ko x fikir ke masa depan ko dulu?

KamikuP Lv.12 11#

Defender | Credits 10568   
Kesian... tapi x kesian

Aneem Lv.12 12#

Defender | Credits 12384   
Caik keja tetap la dik
Tgk dari gambau kau, akak tak nmpk kau ada masa depan dlm industri seni

Carcosa Lv.12 13#

Defender | Credits 12497   
Umur daah 25 takde hala tuju lagi. Tah hapa2.
Kalau kau asal dari sawah bendang kat utara nun, boleh la ckp culture shocked. Kau tu sakai, pakai duit makbapak, buat album, kepak2 sikit joget, terus tido dgn betina sana sini.
Tu bukan culture shocked. Tu kontol kau yg shok.

zehra2 Lv.15 14#

Gladiator | Credits 33212   
mak bapak dia dah bercerai kan.. kurang kot sumber kewangan skrg

crazybeach Lv.3 15#

Senior | Credits 284   
Quote: prince_marhaen replied at 10-11-2025 06:42 AM
dia ni ke yang kawan ngan tekya & anjus?

cek in hotel kan?

ADVERTISEMENT


supernaturalee Lv.17 16#

Superior | Credits 55507   
Quote: Aneem replied at 10-11-2025 05:20 PM
Caik keja tetap la dik
Tgk dari gambau kau, akak tak nmpk kau ada masa depan dlm industri seni




sadisss

supernaturalee Lv.17 17#

Superior | Credits 55507   
Quote: Carcosa replied at 10-11-2025 08:54 PM
Umur daah 25 takde hala tuju lagi. Tah hapa2.
Kalau kau asal dari sawah bendang kat utara nun, boleh ...

tu lah

mcm tak sesuai nk letak istilah culture shock tu kt die

wild? spoilt brat? idk


anyway...grammy bln 9 tu hari album dia mng best cover kan

dia ada full album rupanya



kayujaras Lv.1 18#

Beginner | Credits 7   
cubaan untuk comeback kut

silampumeja Lv.12 19#

Defender | Credits 13005   
Quote: sudirmanistas replied at 10-11-2025 07:19 AM
Haha betul jgk tu. Maybe in term of city lifestyle tu x la culture shock, tpi berkawan dgn artis2  ...

satunya sebab dah ada duit sendiri, maka bebas pilih sesuka hati...itulah "Culture shock" bagi dia, walaupun dah sedia ada urban boy

nuhanis Lv.9 20#

Adventurer | Credits 3709   
eh lagu dia ni ada jugak yang best

lagu dia dgn naim daniel pun best, aku suka. hahaha. tapi tak pemes la
123Next