Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 133785   



Kedah bakal mulakan proses undang-undang terkait isu pajakan P PinangPada 2021, kerajaan Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan selepas ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786. - Foto fail NSTP

ALOR SETAR: Kedah dalam fasa akhir memuktamadkan pelantikan pasukan guaman bagi memulakan tindakan perundangan berhubung isu kedudukan dan hubungan negeri itu dan Pulau Pinang.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata langkah itu susulan keprihatinan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang menzahirkan keperluan supaya isu berkenaan dijelaskan secara telus termasuk perkara berkaitan pajakan.

Kerajaan negeri, katanya, sudah melantik pasukan penyelidik terdiri daripada pakar sejarah dan perundangan untuk menjalankan kajian komprehensif mengenai perkara berkenaan.

Jelasnya, ini termasuk melaksanakan analisis mendalam, penyediaan dokumen serta memulakan proses tindakan perundangan di mahkamah.

"Pasukan berkenaan telah menyiapkan kajian dan laporan akhir mereka telah dibentangkan kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli Parlimen yang berkaitan pada 15 April lalu.

"Pada masa ini, kerajaan negeri pada peringkat memuktamadkan lantikan peguam bagi melaksanakan analisis, penyediaan dokumen serta proses perundangan di mahkamah.

"Insya-Allah perkembangan selanjutnya akan menyusul dalam tempoh sebulan dua lagi," katanya membentangkan Belanjawan Kedah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri menzahirkan penghargaan atas perhatian yang diberikan oleh Tuanku Sultan terhadap isu itu dan memastikan setiap langkah diambil berpaksikan fakta sejarah serta landasan perundangan yang sah.

Royalti pajakan P Pinang
Pada 2021, kerajaan Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan selepas ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.

Sementara itu, menyentuh mengenai semakan cukai taksiran yang dibuat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), beliau langkah bertujuan memastikan keupayaan kewangan pihak berkuasa tempatan itu terus mampan untuk menampung kos operasi dan perkhidmatan awam.

Katanya, semakan yang dilakukan itu adalah kali pertama selepas 32 tahun, dengan kali terakhir pelarasan dibuat pada tahun 1993.

"Ramai yang salah faham apabila mendengar tentang semakan kadar cukai ini. Ada yang kata naik sampai 245 peratus, sedangkan angka itu merujuk kepada satu kilang tertentu sahaja. Rata-rata kadar baharu ini disemak berdasarkan nilai semasa hartanah, bukannya suka-suka naikkan kadar.

"Malah, 10.7 peratus atau 10,203 unit hartanah dalam kawasan pentadbiran MBAS mengalami penurunan cukai pintu hasil semakan tersebut," katanya.

Semakan itu katanya, mengambil kira pelbagai faktor termasuk kawasan, nilai pasaran semasa, serta kerja renovasi yang dilakukan oleh pemilik rumah atau premis.

"Setiap bulan, MBAS perlu membayar sekitar RM2 juta kepada E-Idaman bagi melaksanakan kerja kutipan sampah, selain RM100,000 untuk bayaran tunggakan. Sebanyak 60 peratus daripada jumlah itu datang daripada hasil cukai taksiran," katanya.

Rate
There are 1 People reward the building owner
1240 Views
50 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 2#

Legenderer | Credits 133785   


'Kenapa MB Kedah nak bangkitkan perkara lama lebih 200 tahun, lebih baik dia tarik pelabur, rancang pembangunan negeri itu' - EXCO Pulau PinangPengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai. Gambar fail
GEORGETOWN: Seorang EXCO Pulau Pinang hari ini menyifatkan langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memulakan proses undang-undang berhubung isu kedudukan dan hubungan kedua-dua negeri itu sebagai 'membangkitkan perkara lama' berusia lebih 200 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai, berkata tindakan pemimpin Kedah itu amat dikesali memandangkan kedaulatan Pulau Pinang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957.

"Menurut Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan 1957, Pulau Pinang disenaraikan sebagai satu daripada negeri membentuk Persekutuan yang sama taraf dengan negeri lain.

"Ini bukan saja pengiktirafan daripada segi perundangan, tetapi juga mencerminkan kedudukan penting Pulau Pinang dalam struktur sejarah dan Persekutuan Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hon Wai berkata, Perlembagaan Persekutuan 1957 membuka lembaran baharu dalam sejarah Pulau Pinang, sekali gus mengatasi segala dokumen atau perjanjian yang berlaku sebelum itu.

"Tindakan Menteri Besar Kedah membangkitkan perkara lama yang melebihi 200 tahun ini amat dikesali.
"Sepatutnya beliau menjuruskan tenaga untuk menarik pelaburan dan merancang pembangunan di Kedah, bukannya memulakan satu polemik yang tidak berhasil," katanya.

Semalam, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, Kedah dalam fasa akhir memuktamadkan pelantikan pasukan guaman bagi memulakan tindakan perundangan berhubung isu kedudukan dan hubungan negeri itu dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, langkah itu susulan keprihatinan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang menzahirkan keperluan supaya isu berkenaan dijelaskan secara telus termasuk perkara berkaitan pajakan.

Pada 2021, Kerajaan Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan selepas ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.

kemaruk Lv.16 3#

Conqueror | Credits 40155   
Semoga penang dikembalikan kepada kedah

dua_chzy Lv.18 4#

Master | Credits 69001   
Federal gomen memang babs eh suka utang2 beratus tahun.
Follow Us

dua_chzy Lv.18 5#

Master | Credits 69001   
Meols pun nak Pineng pulang ke gagang Kedoh.

Meols nak tengok Chinkies Penang menglupo.

pengecatbintang Lv.12 6#

Defender | Credits 14228   
Quote: dua_chzy replied at 11-11-2025 05:55 PM
Meols pun nak Pineng pulang ke gagang Kedoh.

Meols nak tengok Chinkies Penang menglupo.

camner kalo...

Sabah nak kluar Mesia?

Sabah nak join pilipin?




dua_chzy Lv.18 7#

Master | Credits 69001   
Quote: pengecatbintang replied at 11-11-2025 10:24 AM
camner kalo...

Sabah nak kluar Mesia?

Korang je asek kata gitu walaupun weol banyak kali kata nak berdiri indipenden.

ADVERTISEMENT


Decaffeinated Lv.18 8#

Master | Credits 63426   
Entah ada berapa banyak lah lagi perjanjian lama yang orang dulu2 sain tapi tak enforce.

hyie Lv.15 9#

Gladiator | Credits 38720   
lebih baik heshe claim wilayah selatan Thai yang dulunya under Kedah Tua,,or whatever kedah punya kerajaan masa tu

white_musk Lv.12 10#

Defender | Credits 11138   
Quote: hyie replied at 11-11-2025 10:37 PM
lebih baik heshe claim wilayah selatan Thai yang dulunya under Kedah Tua,,or whatever kedah punya ke ...

Mulakan dgn penang dulu dik

batmana Lv.15 11#

Gladiator | Credits 39932   
Harap dapatlah..sedangkan kuil haram senang2 je dpt pampasan setimpal smpai juta2 free.smpai bila nk berdiam diri

sam1528 Lv.12 12#

Defender | Credits 12757   
Masuk aje lah kat mahkamah

Setel isu ni once and for all , habis cerita

Kalo Kedah nak ambil balik Penang pon tak ada isu

Tapi kena ingat , kalo Kedah ambil balik Penang .... party mana akan berkuasa?

Ha ha ha ha .... DAP lah ... tengok lah berapa banyak kerusi DAP menang & jumlah kerusi DUN Penang + DUN Kedah

Decaffeinated Lv.18 13#

Master | Credits 63426   
Quote: hyie replied at 11-11-2025 10:37 PM
lebih baik heshe claim wilayah selatan Thai yang dulunya under Kedah Tua,,or whatever kedah punya ke ...

Kena perang dengan Thailand lah. Satu hal pula nak jemput Trump datang witness gencatan senjata lagi sekali. This time buat kat Kemboja lah pula.

kelapaparut Lv.12 14#

Defender | Credits 10009   
Serupe kiram nak tuntut sabah 200 thn punye cerite

TeropongThaico Lv.11 15#

Highlander | Credits 8494   
Bawa je la naik court nnt Kita tgk sapa yg benar2 layak
Sampai masa tu nnt senang achik2 nak pilih nak side sapa

ADVERTISEMENT


Minami2013 Lv.15 16#

Gladiator | Credits 31218   
Menarik... Mohon bawak ke mahkamah terus.

ultra78 Lv.18 17#

Master | Credits 79978   
Quote: dua_chzy replied at 11-11-2025 05:53 PM
Federal gomen memang babs eh suka utang2 beratus tahun.

Sudah berpuluh-puluh tahun perjanjian MA63 tu wujud dan semua kerajaan sebelum ini buat tak tahu sahaja. Bila si anwar tu nak laksanakan ramai netizen yang kecam. Sorang PM tu pegang kuasa berpuluh-puluh tahun tapi buat bodoh aje.

dua_chzy Lv.18 18#

Master | Credits 69001   
Edited by dua_chzy at 13-11-2025 03:05 AM
Quote: ultra78 replied at 12-11-2025 12:57 PM
Sudah berpuluh-puluh tahun perjanjian MA63 tu wujud dan semua kerajaan sebelum ini buat tak tahu s ...


Yang meols heran dengan gomen haram si Kiram tu reti lak bayar ufti. Seb baik Najib kasik benti.

MA63 ni, PM yang mula2 bagi muka (i.e. open for discussion) was Najib. Nak harapkan Tun Det? Bleh.

Weol memang bakalan dapat banyak duit but...Harap managed properly lah.

ultra78 Lv.18 19#

Master | Credits 79978   
Pengajaran kepada the so called ketua negeri. Waktu buat perjanjian yang tempoh lama, tak boleh bagi exact value, contohnya RM10 juta. Dalam tempah 100 tahun figure tu rendah aje nilainya. Instead letak nilai pajakan kepada % of pendapatan negeri.

AznieBunnie Lv.11 20#

Highlander | Credits 7142   
soalan serius: kalaulah Kedah berjaya ambil balik Pulau Pinang, adakah nilai hartanah di Pulau Pinang akan turun?
123Next