Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69765   





Selebriti, Noor Neelofa meluahkan rasa syukur dan bangga dengan penerbitan buku berjudul ‘Bilal x Mommy Hana’ diinspirasikan daripada pengalaman sebenarnya bersama suami, Haris Ismail dalam membesarkan anak sulung mereka, Muhammad Bilal.


Neelofa, 36, berkata, buku tersebut menekankan kepentingan pendidikan berteraskan nilai ketuhanan untuk kanak-kanak dan bertujuan menjadi panduan bagi ibu bapa dalam mendidik anak sejak usia awal.







Sebagai ibu, saya percaya pendidikan anak-anak bermula dari rumah. Buku ini sangat dekat di hati kerana menggambarkan cara kami mendidik Bilal iaitu dengan kasih sayang, nilai Islam dan aktiviti yang menyeronokkan.

Saya berharap buku ini dapat membantu ibu bapa lain membentuk anak-anak mengenal Tuhan sejak kecil.


Sementara itu, Haris atau mesra disapa PU Riz PU menjelaskan, buku ini bukan sekadar bacaan ringan, tetapi medium untuk memupuk kecintaan kepada ilmu dan Allah SWT sejak kecil.


Buku Bilal x Mommy Hana ini kami setuju jalinkan kerjasama kerana Bilal sendiri mendapat banyak manfaat daripadanya. Melalui buku ini, dia belajar membaca al-Quran dan mengenal nama-nama binatang dalam bahasa Inggeris.


Tujuan utama kami adalah untuk mengangkat institusi pendidikan kanak-kanak agar mereka mengenal Tuhan di usia muda. Pendidikan bukan hanya mengenai akademik, tetapi juga membentuk hati dan akhlak.







Terdahulu, telah berlangsung majlis pelancaran buku ‘Bilal x Mommy Hana’di AEON Tebrau, Johor Bahru dengan sambutan luar biasa apabila hampir 3,000 pengunjung hadir.


Sempena pelancaran itu, PU Riz dan Neelofa turut menghadiahkan RM15,000 kepada pengunjung yang berjaya menyambung ayat al-Quran.


Buku ‘Bilal x Mommy Hana’ menggabungkan elemen pendidikan Islam, bahasa dan pembelajaran interaktif, dengan rekaan mesra kanak-kanak yang menarik perhatian pembaca kecil, sekaligus menjadi panduan holistik bagi ibu bapa mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan nilai Islam.




Sumber: Oh Bulan
2860 Views
45 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


asudau Lv.12 2#

Defender | Credits 10707   
oklah tu...tahniah jah dan suami

fadz84 Lv.13 3#

Challenger | Credits 17700   
Ada cite pasal letak sticker kat gmbar muka bilal utk elak ain ke? Hehe

noor2 Lv.20 4#

Legenderer | Credits 164347   
Harap bilal x jadi artis bila besar nanti la ya...baru setahun jagung ada anak dah jd terpaling dlm membesarkan anak2
Follow Us

Moyangkucing Lv.8 5#

Honour | Credits 2732   
Bilal nak dapat adik lagi ke tu?

gekkou Lv.13 6#

Challenger | Credits 16234   
semoga pembaca pertama adalah mak dia sendiri
makcik tini
eh ke dah terlambat sbb anak2 semua dah besar?
lemak pun dah tak pakai pampers

JiEunTak Lv.11 7#

Highlander | Credits 7267   

ADVERTISEMENT


ninja boy Lv.16 8#

Conqueror | Credits 45601   
Semoga keluar gegirl pulak nak gigirl

Incanto Lv.17 9#

Superior | Credits 52425   
anak no 2 senyap sunyi

apa nama pun aku dah lupa

Akalditipumata Lv.7 10#

Revolutioner | Credits 1178   
Buku Omar Hana tukar nama ke?

Peachlilac Lv.7 11#

Revolutioner | Credits 1667   
Quote: Incanto replied at 11-11-2025 02:55 PM
anak no 2 senyap sunyi

apa nama pun aku dah lupa

Abbas. ahaha. i wonder jugak apa utstanding achievement' bilal sampai ada buku.

apedehal Lv.13 12#

Challenger | Credits 15002   
Bilal belum fasih bahasa ereb ke?bila nk pindah sana

emera Lv.14 13#

Fighter | Credits 20923   
Dia ngandung lg ke atau dia dah membesar ke arah saiz mak dia?

Purestteam1 Lv.5 14#

Minder | Credits 798   
mesti sold out nanti

chekacheku Lv.11 15#

Highlander | Credits 9023   
Jah menunggang sana sini..ank br berapa tahun da terpaling membesarkan anak..adoila jahhhh

ADVERTISEMENT


Lailerthee Lv.9 16#

Adventurer | Credits 4234   
Patut la keluar cerita kecewa jadi bahan lawak pelawak blaa bla blaa. Rupanya...

SisLena Lv.8 17#

Honour | Credits 2174   
Bila nk pindah Arab ek.. Kemain hr tu

anggeriklatifah Lv.10 18#

Survivor | Credits 6090   
Edited by anggeriklatifah at 11-11-2025 07:33 PM

Anak kau bilal tu apaa percapaiaan pon tak thu
Ntah lancar bercakap ke tak mak nya tunjuk2 sket2 jee...kalau ya pon taknk tunjuk muka..tunjuk ler bilal.petah cakap.english melayu arab...bukan nak suruh nmpk muka pon...entah2 tak petah lg itu yg tak tunjukk tu kann..
Bagus lagi si yusuf dua taaaaunnn yg pandai2 teka2 kat tiktok tu...surah al ikhlas pon yusuf 2 taunnnn pandai bca  tau..
Bilal ni dah 4 taun ke 5 tan umurnyaa..lancar cakap ke tak tak tau la..surah apa pandai bca..maknyaa tunjuk2 sikit2 je..

ayu_v6 Lv.9 19#

Adventurer | Credits 3950   
Aku klu nak.beli buka pencapaian anak2 ni.. memang aku nak proff anak dia dlm bentuk video.. x kisah lah bab boleh membaca, mengira, mengaji, waima boleh menulis sekali pun aku nak proof..

Klu kejayaan parenting aku pun nak proof yg makpak bilal ni berjaya jadikan anaknya cerdik boleh menguasai 3M walaupun sekarang dh 5M.. bukan HANYA CERITA KHAYALAN makpaknya shj

anggeriklatifah Lv.10 20#

Survivor | Credits 6090   
Quote: ayu_v6 replied at 11-11-2025 07:40 PM
Aku klu nak.beli buka pencapaian anak2 ni.. memang aku nak proff anak dia dlm bentuk video.. x kisah ...

Msalahnyaa takde prove pon anaknyaa pandai buat apa yg melebihi kanak2 lainnnn

Kat tiktok baanyaak lagi kanak2 yg lagi muda dari bilall pandai mcm2..siap petah bercaakap english malay..
123Next