Bekas suami kepada usahawan, Puteri Zarith iaitu Dr Munzir Shkori tampil menjelaskan mengenai sepotong video tular memaparkan dirinya bersama aktres, Nur Fazura, baru-baru ini.
Mengakui menyedari klip tersebut menjadi topik bualan wargamaya, Munzir, 42, berkata, hubungan mereka hanya sekadar kawan baik dan tidak lebih daripada itu.
Kami berdua memang kawan rapat, tidak lebih daripada itu.
Video itu ketika kami keluar makan bersama-sama dengan beberapa kawan lain, minggu lalu.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai usikan netizen yang menjodohkan mereka, Munzir berkata, dia tidak mengambil serius dengan perkara tersebut.
Biasalah netizen suka mengusik. Tiada apa pun kami. Memang kawan dah lama.
Terdahulu, tular video Munzir dan Fazura menikmati makan malam di sebuah restoran bersama berapa rakan-rakan mereka yang lain.
Malah, ada segelintir yang mengatakan mereka kelihatan sepadan dan sesuai berjodohan memandangkan masing-masing berstatus solo.
Sumber : Oh Bulan