Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 133730   
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-11-2025 05:38 PM





Tular pekeliling pinjaman RM200,000 untuk kereta baru MB, Speaker, Exco, ADUN Terengganu

SITI NUR ZAWANINovember 10, 2025



Tular satu pekeliling rasmi didakwa daripada Pejabat DUN Terengganu yang memaklumkan tentang kelulusan pinjaman kenderaan sehingga maksimum RM200,000 kepada Menteri Besar, Speaker dan Exco dan ADUN.

Dokumen bertarikh 29 Oktober 2025 itu memaklumkan bahawa peruntukan terbabit adalah untuk sekali dalam tempoh empat tahun.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan ini telah bersetuju meluluskan pinjaman kenderaan kepada Menteri Besar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Rasmi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ADUN sehingga maksima RM200,000 untuk sekali dalam tempoh 4 tahun berkuatkuasa pada 29 Oktober 2025,” menurut notis tular.

Kandungan dokumen itu antara lain menyebut bahawa kelulusan pinjaman tersebut dibuat di bawah kuasa Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980.

Berdasarkan dokumen tersebut, kerajaan negeri turut memutuskan untuk membatalkan dasar lama yang dibuat melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun 1990 dan 1997, serta menggantikannya dengan dasar baharu yang membenarkan pinjaman kenderaan sehingga maksimum RM200,000.

Ia tular selepas dimuat naik oleh pentadbir laman Greater Terengganu Development, yang meluahkan rasa kecewa dengan keputusan berkenaan.


Menurut pentadbir, langkah tersebut dianggap tidak wajar kerana ia sepatutnya boleh digunakan untuk kesejahteraan dan manfaat rakyat.

RM16 juta untuk pinjaman kereta YB. Kecewa bila baca DUN Terengganu telah setuju untuk meluluskan peruntukan RM16 juta bagi pinjaman pembelian kenderaan YB-YB di Terengganu.

Pada pandangan admin, adalah tidak sesuai pindaan ini dibuat kerana RM16 juta itu sepatutnya boleh diguna bagi kesejahteraan rakyat…,” katanya.





Rate
There are 1 People reward the building owner
1297 Views
43 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 2#

Legenderer | Credits 133730   



silance Lv.7 3#

Revolutioner | Credits 1724   
Kat negara lain, inilah contoh alasan kenapa mereka merusuh.

harkktuih Lv.14 4#

Fighter | Credits 20357   
ada duit plak?bukan bonus utk kakitangan awam terengganu pun smp tunggu ehsan federal?
Follow Us

prettyuglybabe Lv.18 5#

Master | Credits 65145   
amboi.. hentak ev terus..
kemahen selera masing-masing..

Minami2013 Lv.15 6#

Gladiator | Credits 31220   
Calon PM

rykall Lv.8 7#

Honour | Credits 2016   
1 je PIS kene ingat rakyat Terengganu bukan macam Kelantan. Kalau rasa tak betul memang mereka akan pangkah parti lain, suka ubah2 parti memerintah negeri. Kalau Kelantan tu memang tak dinafikan sampai kiamat pun akan kekal dengan PIS dan kemudian bekerja di negeri PH dgn alasan dah selesai pilih parti Islam kononnya.

ADVERTISEMENT


Kitty_catz Lv.14 8#

Fighter | Credits 24137   
Quote: rykall replied at 12-11-2025 03:40 AM
1 je PIS kene ingat rakyat Terengganu bukan macam Kelantan. Kalau rasa tak betul memang mereka akan  ...

ok aperrrr .. sotan depa napsu internasionalll... sotan ganu napsu domestic

tripleid Lv.13 9#

Challenger | Credits 18317   
Edited by tripleid at 12-11-2025 01:10 PM

Padan muka ummah Ganu..undi taik,dapat tahik lah


..drpd ko bagi duit juta2 kat  Adun  joli katak beli kereta mewah,baik la ko guna duit tu tambak tanah rakyat negeri ko yg dah nk kena telan ngn laut tuh


Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

kotakbaju Lv.10 10#

Survivor | Credits 6275   
Quote: tripleid replied at 12-11-2025 01:09 PM
Padan muka ummah Ganu..undi taik,dapat tahik lah



Ada je bantuan utk bina penambak kat mana2 rumah tepi laut yg terjejas dgn hakisan dan kenaikan paras laut ni. Tapi macam asal buat bagi ada je. Bina penambak pun tak guna jugak lama2 dengan penambak tu pun tenggelam.

kotakbaju Lv.10 11#

Survivor | Credits 6275   
Quote: tripleid replied at 12-11-2025 01:09 PM
Padan muka ummah Ganu..undi taik,dapat tahik lah



Duit peruntukan juta2 tu baik kalau bina penempatan baru utk rakyat yg umah depa tak selamat dok tepi laut tu.

Decaffeinated Lv.18 12#

Master | Credits 63398   
Interest free ka? Or at least kalau ~4% berbaloi la ambik if not beli cash ja lah. 'Yang Berduit' kot.

kelapaparut Lv.12 13#

Defender | Credits 10009   
Tengganu kalu xsedar lg xtaulah

Tinot7 Lv.22 14#

Moderator | Credits 133069   
Byknya duit deme..

Firenzza Lv.13 15#

Challenger | Credits 17093   
Quote: Decaffeinated replied at 12-11-2025 02:25 PM
Interest free ka? Or at least kalau ~4% berbaloi la ambik if not beli cash ja lah. 'Yang Berduit' ko ...

Bukan ke diorg mmg dpt elaun kenderaan tiap2 bln, dh knp nk pinjam lg. Tu blm elaun pinggan mangkuk

ADVERTISEMENT


Decaffeinated Lv.18 16#

Master | Credits 63398   
Quote: Firenzza replied at 12-11-2025 04:41 PM
Bukan ke diorg mmg dpt elaun kenderaan tiap2 bln, dh knp nk pinjam lg. Tu blm elaun pinggan mangku ...

Elaun tu while in office, itu pun belum tau cukup 4 tahun. Ini loan untuk beli at least Toyota Camry untuk bekalan di hari tua.

Samerosie Lv.14 17#

Fighter | Credits 20403   
Kang ckp byk, penyokong marah kata selangor penang tu tk pe pulak. Baiklah duit tu guna tuk project tuk rakyat. Kang bila x de duit duk salahkan federal. Tp bila ada duit inilah pulak buatnya.

TeropongThaico Lv.11 18#

Highlander | Credits 8489   
Bila dtg bab duit... Semua jd hilang arah janji poket sendiri diutamakan dulu

TeropongThaico Lv.11 19#

Highlander | Credits 8489   
Ehhh kehendak hati diutamankan dulu

ultra78 Lv.18 20#

Master | Credits 79976   
Tunggu netizen beri komen "baik beli bezza aje. Jimat minyak,good resale value"...
123Next