Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69765   





PETALING JAYA – Pengukuhan nilai ringgit berbanding rupiah Indonesia sejak beberapa hari ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia berhajat untuk melancong ke negara jiran itu.


Tinjauan mendapati kadar semasa menunjukkan RM1 kini bersamaan kira-kira 4,000 hingga 4,050 rupiah, menjadikan 1,000,000 rupiah hanya bernilai sekitar RM248.56 sahaja hari ini.


Sebagai perbandingan, pada bulan September lalu, kadar pertukaran masih berada sekitar RM1 bersamaan 3,600 hingga 3,700 rupiah.


Situasi itu menyebabkan ramai pengguna media sosial berkongsi kesempatan mereka untuk menukar wang ringgit ke rupiah bagi persediaan untuk bercuti ke Indonesia.


Ada juga yang menyifatkan kini masa paling sesuai untuk melancong ke negara tersebut kerana kos penginapan, makanan serta barangan di sana menjadi lebih murah apabila ditukar kepada ringgit.


“Dekat Malaysia jadi B40. Dekat Indonesia jadi T20. Salam RM1 bersamaan 4,020 rupiah,” komen Mustapha.


“Bulan depan nak pergi Indonesia. Lebih baik bercuti masa ringgit tengah naik sekarang. Tukar siap-siap supaya tak kalut,” komen Ahmed.


“Sebagai orang Malaysia yang setiap bulan bercuti ke Indonesia saya sangat gembira ya, untung tukar duit sekarang,” kata Sulaiman pula.


Terdahulu, nilai ringgit terus mengukuh kepada RM4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia.


Setakat pukul 8.01 pagi ini, ringgit meningkat ke paras 4.1540/1660 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1555/1635, semalam.


Sumber – KOSMO! ONLINE
1407 Views
57 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.13 2#

Challenger | Credits 16675   
Lepastu kena scam bila di Indonesia.

Skuau Lv.15 3#

Gladiator | Credits 34129   
Quote: B40tastePosh replied at 12-11-2025 12:14 PM
Lepastu kena scam bila di Indonesia.

dah orng Malaysia bodoh....sampaikan kt negara sendiri pung indon boleh memperbodohkankan orang Msia.Tak caya tanya pemain bola indon tu.

Tinot7 Lv.22 4#

Moderator | Credits 133733   
Bestnya melanconggg
Follow Us

Minami2013 Lv.15 5#

Gladiator | Credits 31237   
Nk makan nasi padang, nasi ayam geprek, nasi ayam penyet, fly terus pergi indon

IzzahF Lv.11 6#

Highlander | Credits 8416   
Quote: Minami2013 replied at 12-11-2025 12:41 PM
Nk makan nasi padang, nasi ayam geprek, nasi ayam penyet, fly terus pergi indon

semua tu ada je di malaysia...huhu. kalo aiols nk g soping handbag, langsir etc2 hahaha

Minami2013 Lv.15 7#

Gladiator | Credits 31237   
Quote: IzzahF replied at 12-11-2025 04:47 AM
semua tu ada je di malaysia...huhu. kalo aiols nk g soping handbag, langsir etc2 hahaha


Meols enjoy foods dan view je kat sana.

Dulu2 meols pergi indon shopping jugak. Skrg dah tak suka. Wah, langsir pun beli sana ke... Berbaloi la duit kita strong skrg.

ADVERTISEMENT


Decaffeinated Lv.18 8#

Master | Credits 63507   
Orang indon dari supir, bell boy sampai lah peniaga rata2 sangat humble. Berbeza jauh dengan acik2 forum Malaysia.

Pergilah tengok sendiri kalau kurang percaya.

matseh Lv.9 9#

Adventurer | Credits 4807   
Thai Bath mcm mana pula? dah RM8 ke 100TB?
Bulan depan dh cuti sekolah?

kotakbaju Lv.10 10#

Survivor | Credits 6300   
Indon ni area mana yg selamat sikit?  Dok tgk kat youtube dengan banyak pungli, dengan makanan pun bercampur babi

IzzahF Lv.11 11#

Highlander | Credits 8416   
Quote: Minami2013 replied at 12-11-2025 12:55 PM
Meols enjoy foods dan view je kat sana.

Dulu2 meols pergi indon shopping jugak. Skrg dah tak suk ...

langsir cotton utk bilik budak je chuols. langsir2 lawa taste kita payah skit dpt. yg ada satin2 yg payah nk jaga tu...kualiti tak ok sgt. aiols teringin nk g padang. view bukit bukau sawah padi menghijau...

hayrin86 Lv.12 12#

Defender | Credits 13382   
Ke negara luar tanpa sebarang urusan bukan termasuk keperluan dah..

stingerkentot Lv.7 13#

Revolutioner | Credits 1875   
Quote: B40tastePosh replied at 12-11-2025 02:14 PM
Lepastu kena scam bila di Indonesia.

@nusaraya kok bisa?

KamikuP Lv.12 14#

Defender | Credits 10579   
Edited by KamikuP at 13-11-2025 05:09 AM

Meolls pernah pegi Bandung, rata2 rakyat sana yg meolss jumpa baik dan ramah serta byk membantu. Makanan murah dan sedap sbb ada pemandu pelancong yg bawak. Pegi Tangkuban Parahu sejuk mcm kat Cameron tapi ada bau belerang yaachh.. Cuma kene 'pau' ngan PBT kat sana masa beratur kat imigresen.. huhuhu
Pemandu pelacong ada bawak lalu rumah pelakon Suzanna ee seram banget...

adm7 Lv.11 15#

Highlander | Credits 9478   
Seronok bercuti lepas tu merempan subsidi kena potong, harga barang mahal. Elok mati jela jenis macam ni.

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.13 16#

Challenger | Credits 16675   
Quote: kotakbaju replied at 12-11-2025 02:07 PM
Indon ni area mana yg selamat sikit?  Dok tgk kat youtube dengan banyak pungli, dengan makanan pun b ...

Ko pergi Kepri je.

Macam aku belum sampai seru nak ke Indonesia. Takut kena bunuh.

pearl.silver Lv.14 17#

Fighter | Credits 26753   
Indon tu xde la bodo sgt kot
Klu dah tau rupiah diorg makin xde harga, diorg naikkn la harga. Xkn diorg nk rugi. Sbb harga barang mentah diorg mesti naik juga.
Macam turkiye tu. Kemain lg lira rendah dr ringgit. Tp tgk laa harga barang dia lak. Xde murah pun. Dia markup siap2 dah.

kotakbaju Lv.10 18#

Survivor | Credits 6300   
Quote: B40tastePosh replied at 13-11-2025 11:11 PM
Ko pergi Kepri je.

Macam aku belum sampai seru nak ke Indonesia. Takut kena bunuh.

Oo ok ke belah kepri tu, area melayu ke situ? Yg meols dok nampak Kepulauan Riau tu je mcm ok sikit.

Nape takut kene bunuh pulak ada musuh ke kat sana tu?

B40tastePosh Lv.13 19#

Challenger | Credits 16675   
Quote: kotakbaju replied at 14-11-2025 08:58 AM
Oo ok ke belah kepri tu, area melayu ke situ? Yg meols dok nampak Kepulauan Riau tu je mcm ok siki ...

Ko tak takut ke @nusaraya nak bunuh kau pergi sana nanti

B40tastePosh Lv.13 20#

Challenger | Credits 16675   
Quote: pearl.silver replied at 14-11-2025 05:43 AM
Indon tu xde la bodo sgt kot
Klu dah tau rupiah diorg makin xde harga, diorg naikkn la harga. Xkn di ...

Betul, diorang akan scam pelancong Malaysia.

Sebab tu bila Ringgit Malaysia mahal sepatut nya ambil pakej pakej mahal sikit, dan pergi kawasan pelancongan privasi , jangan pergi kawasan kumuh , miskin.
1234Next