Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69765   





TINDAKAN pelancong Malaysia yang didakwa melakukan vandalisme ketika berkunjung ke Arashiyama Bamboo Forest, Kyoto, Jepun, kecoh menjadi bualan warga maya.


Menerusi video laporan berita berbahasa Jepun yang tular [Tonton Video], sekumpulan pelancong dilihat mengukir batang buluh menggunakan batu di lokasi percutian popular itu.


"Wanita-wanita itu berkata mereka dari Malaysia. Mereka tidak menunjukkan tanda penyesalan. Huruf 'M' turut diukir pada batang buluh," menurut laporan berita itu yang disiarkan dalam slot NEWS23, stesen TBS.


Menerusi video sama, seorang wartawan turut dilihat menegur perbuatan pelancong berkenaan.


"Adakah anda tahu anda tak sepatutnya merosakkan buluh ini?" soal wartawan itu.







Pelancong wanita itu kemudian dilihat agak terkejut sebelum mengakui mereka tidak tahu ia merupakan satu kesalahan.


Kerosakan yang dilaporkan agak teruk, melibatkan lebih 350 batang buluh dikenal pasti mengalami kesan ukiran dan calar, menurut pemilik akaun Threads Charlotte_jpnews21.


Video tular itu turut menerima pelbagai reaksi, termasuklah dalam kalangan netizen Malaysia.


"Rakyat Malaysia yang pergi tarah buluh dekat Kyoto tu, kau duduk Malaysia je la. Tak payah travel.


"Nak travel, otak bawa sekali. Kata tak tahu tak boleh ukir apa-apa dekat buluh tu, ada tempat lain boleh (ukir) ke?" tulis seorang netizen.


Rata-rata netizen yang lain turut menyelar tindakan pelancong berkenaan yang boleh merosakkan nama Malaysia di mata dunia.


"Sedih weh sampai masuk berita kat Jepun, siap mention rakyat Malaysia.


"Baru tengok. Memalukan sungguh la. Bawa perangai rempit," tulis netizen lagi.


Sumber – mstar
1772 Views
67 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Skuau Lv.15 2#

Gladiator | Credits 34119   
Edited by Skuau at 12-11-2025 12:33 PM

"Bila kita paksa minum air sabun,potong keparer kata kita kejam...bila kita baik...korang amik kesempatan pula..dah cam indon..ke memang leluhur sana...U ORANG MALAYSIA MAU MINUM AIR SABUN LAGI KA"????-Mat Jepang

zuuu Lv.9 3#

Adventurer | Credits 4023   
Adoi sampai 350 batang buluh ko toreh kak,kalo satu tu boleh la cakap x sengaja,suruh dia bayar ganti rugi n ban terus dari melawat luar negara

Kitty_catz Lv.14 4#

Fighter | Credits 24148   
acik kamsia from mesia with lappp
Follow Us

lipans Lv.14 5#

Fighter | Credits 21487   
i was here la tu

Weller Lv.11 6#

Highlander | Credits 7064   
before this dah ada yang conteng batang buluh ni


nasib malang, kantoi-an bervideo kena kat pelancong malaysia


memalukan betui

Prickford Lv.11 7#

Highlander | Credits 9759   
Quote: zuuu replied at 12-11-2025 04:27 AM
Adoi sampai 350 batang buluh ko toreh kak,kalo satu tu boleh la cakap x sengaja,suruh dia bayar gant ...

Yang akak tu ukir 1 je, tapi termasuk kerosakan sedia ada, 350 batang. Sebab ada gambar mcm ukiran tu dah lusuh.

ADVERTISEMENT


supernaturalee Lv.17 8#

Superior | Credits 55507   
sape dah pernah pegi sini

berbaloi tak pegi tgk view dgn kawasan sekitarnya?

silance Lv.7 9#

Revolutioner | Credits 1740   
Edited by silance at 12-11-2025 01:23 PM

-Along waz here
-Man loves Ecah
-Saksi cinta kita
-Anniversary ke 100 hari cinta kita
-Pkr hampeh




Sesuatu… Lv.7 10#

Revolutioner | Credits 1857   
Quote: supernaturalee replied at 12-11-2025 01:07 PM
sape dah pernah pegi sini

berbaloi tak pegi tgk view dgn kawasan sekitarnya?

Berbaloi kalu ko sejenis suka keindahan alam & kedamaian… x suka rushing.. xkisah kalu time flies slowly… tenang je tgk hijau sume sekata dlm utan tu

supernaturalee Lv.17 11#

Superior | Credits 55507   
Quote: Sesuatu… replied at 12-11-2025 02:11 PM
Berbaloi kalu ko sejenis suka keindahan alam & kedamaian… x suka rushing.. xkisah kalu time flies ...

mmmmm ye ke

nak pi lah suatu hari nanti

i lurve nature


kelapaparut Lv.12 12#

Defender | Credits 10009   
Babila kan smpi 350 btg buluh ko vandalkan, type ape ni c ke i ke m. Cine prc lg sopan dr ko, anjing btulla buat malu malaysia, kalu c nusaraya tau, xtau iols nak taruk muke kat mane

zafira Lv.11 13#

Highlander | Credits 9624   
pokok buluh kat belakang rumah ko xnak pulak toreh.. tahu pulak takut hantu... kat sana jugak ko buat perangai... apa punya sengal..

TravellingBear Lv.11 14#

Highlander | Credits 8976   
Quote: kelapaparut: Babila kan smpi 350 btg buluh  ...


Kat gambar atas tu... pakai tudung , macik gems ...

350 tu dia wartawan kira yg mmg dah di vandalisme kan sblm2 ni. Bukan acik tu buat semua

fattymah Lv.8 15#

Honour | Credits 2678   
Nak kena potong mencemarkan pemandangan..  malu la wei

ADVERTISEMENT


nusaraya Lv.9 16#

Adventurer | Credits 4715   
Quote: fattymah replied at 12-11-2025 04:10 PM
Nak kena potong mencemarkan pemandangan..  malu la wei

BUAT APA MALU ?  Bukankah itu cara yang BIASA anda gunakan selama ini di negara anda yang anda Klaim  MAHA BESAR dan MAHA HEBAT itu?

Firenzza Lv.13 17#

Challenger | Credits 17095   
Buluh lemang ke tu....

Manjahati Lv.10 18#

Survivor | Credits 5526   
Tolong perhambat dorang ni balik..x payah keluar memana..buat malu je

plywood Lv.11 19#

Highlander | Credits 7234   
charlotte_jpnews21
4d
Arashiyama in Kyoto, a representative tourist destination in Japan, is home to the "Bamboo Grove Path."The increase in graffiti has become a serious problem.
The damage is severe, with injuries confirmed on more than 350 bamboo stalks. When including minor damages, the extent of the harm is immeasurable.
Particularly, bamboo that has been severely weakened by deep scratches will be prioritized for safety and cut down...????
1234Next