Gosip Antarabangsa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69765   





PELAKON Hollywood, Jeremy Renner menuntut pengarah dari China, Yi Zhou agar menghentikan penyebaran berita palsu serta dakwaan berunsur lucah terhadap dirinya.


Difahamkan, Yi sebelum ini membuat beberapa hantaran di media sosial mendakwa bintang filem Avengers itu menghantar foto tidak senonoh menerusi mesej peribadi dan aplikasi WhatsApp pada Jun lalu.


Menurut Yi, selepas dia menegur tindakan itu, Renner dikatakan mengugut mahu melaporkannya kepada Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE).







Bagaimanapun, wakil Renner menafikan semua tuduhan berkenaan dan menyifatkannya sebagai usaha jahat untuk menjatuhkan reputasi pelakon tersebut.


Peguam Renner, Marty Singer berkata pihak mereka sudah menghantar surat amaran undang-undang kepada Yi agar menghentikan sebarang kenyataan berunsur fitnah.


Singer mendakwa Yi sebenarnya secara agresif cuba memulakan hubungan romantik dan seksual dengan pelakon itu, namun selepas ditolak dia mula membuat tuduhan tidak masuk akal demi meraih perhatian terhadap projek filemnya.


“Segala dakwaan yang dibuat Yi Zhou adalah palsu, keji dan merosakkan reputasi klien saya,” katanya.


Difahamkan, tindakan Yi itu dipercayai sebagai tindak balas selepas Renner enggan mempromosikan projeknya di media sosial.


Tambah Singer, Renner dan Yi hanya pernah bertemu dua kali pada Julai dan Ogos 2025.


Sejak itu, Renner dikatakan tidak lagi berhubung dan mengabaikan mesej berbaur seksual yang dihantar wanita berkenaan sehingga 24 Oktober lalu.


“Fakta sebenar ialah Yi Zhou berulang kali mengganggu dan menghantar ratusan mesej tidak diingini kepada klien saya.


“Renner langsung tidak membalas sebarang mesej kecuali ketika pertemuan singkat pada 12 Julai lalu,” jelasnya.


Sementara itu, Yi tetap menegaskan dia merupakan mangsa gangguan pelakon berkenaan serta mendakwa Renner memaksanya pada hari pertama pertemuan mereka.








Sumber – mStar
463 Views
12 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


prince_marhaen Lv.11 2#

Highlander | Credits 7686   
no ciknek no percaya...

babelina Lv.9 3#

Adventurer | Credits 4938   
alaaaaa....jgn la.. aku minat la dia nie..

Orix Lv.15 4#

Gladiator | Credits 35348   
Bukan renner ni bru recover dari eksiden ke
Follow Us

Akalditipumata Lv.7 5#

Revolutioner | Credits 1176   
#Teammemanah

gigahertz Lv.9 6#

Adventurer | Credits 3650   

Farnor Lv.11 7#

Highlander | Credits 9597   
Dua2 gatal n jalang.. Apo nak heran.

ADVERTISEMENT


nisako Lv.13 8#

Challenger | Credits 15349   
ye ke x lawo pun haaaaaaa

BoongaKertas Lv.14 9#

Fighter | Credits 22005   
atas tu gmbo mcm lawo. ttiba scroll bawah, so ahso plak.

borrow Lv.12 10#

Defender | Credits 13757   
takkan dah kertu pun main hantar2 pic vogel. BBnu tu lain la. Ntah tatau sapa ckp betul.

chikumanis Lv.12 11#

Defender | Credits 10181   
jeremy?? no no noooo...baru jadi duda, dah kena pitenoh pula

** anggap saja sy #teamhawkeye

BungaKencana Lv.11 12#

Highlander | Credits 8654   

tgk pd rupa dan keadaan, aku percaya lelaki ni hahahha

marchikobonzo Lv.11 13#

Highlander | Credits 9474   

All contents are displayed