Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69765   





PELAKON Puteri Aishah lebih selesa menguruskan anak tanpa bantuan pembantu rumah kerana mahu memberikan sepenuh perhatian.


Puteri Aishah atau Puteri Aishah Sulaiman, 31, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia dan suami, Muhammad Firdaus masih mampu menguruskan anak, malah berasa lebih tenang apabila tanggungjawab itu diuruskan bersama.


Kata Puteri Aishah, suaminya yang kini bekerja dari rumah (WFH) turut memainkan peranan besar dalam menjaga anak ketika dia keluar bekerja.


"Suami saya sekarang WFH jadi kebanyakkannya memang dia yang jaga bila saya keluar bekerja. Kalau tak dapat nak jaga kami akan upah baby sitter.


"Saya tiada pembantu rumah. Bukan tak percaya tetapi kami masih boleh menjaga anak sendiri.


"Alhamdulillah anak pun tak banyak ragam. Jadi kami buat keputusan untuk tidak ambil pembantu," katanya kepada mStar.


Ditanya mengenai pembabitan semula dalam bidang lakonan, Puteri Aishah mengakui bukan mudah untuk berpisah dengan anak apabila kembali ke set penggambaran drama.


"Sebelum ini saya selalu terfikir macam mana nak berpisah dengan anak. Saya menangis bila tengok dia tidur dan esoknya saya keluar pergi kerja," ujarnya.


Dalam masa sama, Puteri Aishah meluahkan rasa teruja apabila dapat kembali beraksi di hadapan kamera selepas berehat panjang untuk memberi tumpuan kepada kehamilan dan membesarkan anak.


"Hampir dua tahun saya berehat. Saya dah biasa kerja sebelum ada anak, kemudian tiba-tiba cuti dua tahun sebab hamil.


"Waktu awal kehamilan patutnya saya dah tanda tangan kontrak drama tetapi disebabkan asyik tangguh penggambaran, perut pun dah nampak jadi terpaksa tukar pelakon.


"Selepas itu saya hanya berehat untuk beri fokus pada kehamilan. Selepas melahirkan, bayi pula menyusu badan jadi memang fokus saja untuk anak," katanya.







Untuk rekod, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Firdaus pada November 2021.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April tahun lalu.


Dalam perkembangan lain, Puteri Aishah bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Khianat Yang Terpilih.


Selain Puteri Aishah, drama Khianat Yang Terpilih turut dibintangi Ikmal Amry, Amyra Rosli dan Ben Amir.


Sumber – mStar
3494 Views
58 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


nisako Lv.13 2#

Challenger | Credits 15349   
bagus la

black_handbag Lv.13 3#

Challenger | Credits 18182   
Kejew ape yg wfh sepanjang masa tu? Wfh ke takkeje bewak komodo laki hang

sukanyanyi Lv.10 4#

Survivor | Credits 5359   
Quote: black_handbag replied at 13-11-2025 10:33 AM
Kejew ape yg wfh sepanjang masa tu? Wfh ke takkeje bewak komodo laki hang


Jgn begitu. Meols ade kenal org mcm programmer yg mmg bleh wfh hari2; masuk opis sminggu skali ke 3x ke tu optional bg company dia..

Btw untung ecah. Kawin ngn non-retis kdg better la, mcmni. Muka n body laki dia pun ok, bukan pilih yg kertu buncet2.
Follow Us

adeqbun Lv.12 5#

Defender | Credits 10693   
Asal masing2 berebut2 cite xde maid ni..aritu elpira..eceli ai kurang percaya diorg xde helper sepenuhnya..tgk aktvt byk outing2 jugak dan nyk event kene attend..wlupon ade suami.mgkin diorg ade babysitter upahan dan daily maid yg diorg hired..serius x caya..yg ecah ni pon kata sekali skala ade babysitter kan

A-Are Lv.9 6#

Adventurer | Credits 3603   
Quote: adeqbun replied at 13-11-2025 03:05 AM
Asal masing2 berebut2 cite xde maid ni..aritu elpira..eceli ai kurang percaya diorg xde helper sepen ...

ada baca jugk elfira post tu tp rasanya dia hantar anak dia p nursery jugak rasanya...tp logik je ramai je orang xda bibik boleh jaga 1 keluarga anta anak sekolah masak semua...apa nak diheran...rakyat marhaen mcm kita dah lama buat

Purplehaz Lv.9 7#

Adventurer | Credits 3669   
Quote: black_handbag replied at 13-11-2025 10:33 AM
Kejew ape yg wfh sepanjang masa tu? Wfh ke takkeje bewak komodo laki hang

mase kahwin laki dia ahli perniagaan katenya, business apa tak beritau. Skg ni wfh..apa business wfh laki dia tu,??. skg dia dh start berlakon balik, fhm2 jelah

ADVERTISEMENT


Cassieopeia Lv.10 8#

Survivor | Credits 6339   
bambam betul baby dia, baguslah skrg byk daily babysit yg boleh dtg jaga baby kalau rasa nk keluar kejap

me12345 Lv.11 9#

Highlander | Credits 8007   
Bagus mu.... change management.

Incanto Lv.17 10#

Superior | Credits 52425   
Quote: adeqbun replied at 13-11-2025 11:05 AM
Asal masing2 berebut2 cite xde maid ni..aritu elpira..eceli ai kurang percaya diorg xde helper sepen ...

semua nak tunjuk kat Uqasha yg asyik kompelin, semua tak kena

Incanto Lv.17 11#

Superior | Credits 52425   
Quote: Purplehaz replied at 13-11-2025 01:06 PM
mase kahwin laki dia ahli perniagaan katenya, business apa tak beritau. Skg ni wfh..apa business w ...

ala...Datin Elvina pun masih berlakun

laki dia boleh tahan kaya

Hoola Lv.9 12#

Adventurer | Credits 4264   
dulu lakinya tasty. skrg udah beda

Prickford Lv.11 13#

Highlander | Credits 9762   
Quote: adeqbun replied at 13-11-2025 03:05 AM
Asal masing2 berebut2 cite xde maid ni..aritu elpira..eceli ai kurang percaya diorg xde helper sepen ...

Tmpt keje iolls pon masih ada option WFH. Boleh je masuk ofis sekali dua dalam seminggu. Yang penting keje jalann...

msdummy.2018 Lv.12 14#

Defender | Credits 12237   
Quote: black_handbag replied at 13-11-2025 10:33 AM
Kejew ape yg wfh sepanjang masa tu? Wfh ke takkeje bewak komodo laki hang

Aku wfh hr2 dr pkp

Purplehaz Lv.9 15#

Adventurer | Credits 3669   
Quote: Incanto replied at 13-11-2025 01:41 PM
ala...Datin Elvina pun masih berlakun

laki dia boleh tahan kaya

.dating tu mmg berlakon non stop walau laki kaya. Kerja keras dia nk cari duit sendiri..bagus.

Haala...Laki kaya pun leh jadi bankrup mcm datin yg sorang tu, dhh lelong harta.

ADVERTISEMENT


yenil95 Lv.12 16#

Defender | Credits 11978   
Quote: black_handbag replied at 13-11-2025 10:33 AM
Kejew ape yg wfh sepanjang masa tu? Wfh ke takkeje bewak komodo laki hang

iol dh 6 tahun wfh. Ramai juga kawan2 kerja wfh.

So, takde la heran bila org claim dorg wfh.

noorhairiahma Lv.11 17#

Highlander | Credits 7063   
Selain Puteri Aishah, drama Khianat Yang Terpilih turut dibintangi Ikmal Amry, Amyra Rosli dan Ben Amir.

Semua pelakon utama 'A'.

Amry
Amyra
Amir
Aishah

noorhairiahma Lv.11 18#

Highlander | Credits 7063   
Quote: black_handbag replied at 13-11-2025 10:33 AM
Kejew ape yg wfh sepanjang masa tu? Wfh ke takkeje bewak komodo laki hang

Ada je zis dekat ofis i ni kakak iparnya WFH. Kerja telco macam tu.

Chah21 Lv.9 19#

Adventurer | Credits 4133   
Quote: A-Are replied at 13-11-2025 12:31 PM
ada baca jugk elfira post tu tp rasanya dia hantar anak dia p nursery jugak rasanya...tp logik je  ...

Betul..bezanya rumah flawless dgn x jer.. like my makcikss suka sembang bangga smua kerja dia buat xperlu pmbantu x perlu suami tlg.. tp tula.. rumahnya ala kadar jela.. xla bersih mana kemas mana... Ok je cuma xperlu kecikkan org lain

boudinniA Lv.7 20#

Revolutioner | Credits 1116   
Quote: adeqbun replied at 13-11-2025 11:05 AM
Asal masing2 berebut2 cite xde maid ni..aritu elpira..eceli ai kurang percaya diorg xde helper sepen ...

Biasalah orang perempuan nak tunjuk terpaling. Majoriti suka bercerita betapa theyols begitu begini.
Tambah2 yang sudah bergelar isteri dan ibu. Lepas tu judge perempuan lain.
123Next