CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 1272|Reply: 46

[Tempatan] Pasangan panda gergasi baharu tiba di Malaysia minggu depan

[Copy link]
Post time 13-11-2025 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh KOSMO!
12 November 2025


Dua ekor panda terdahulu, Liang Liang dan Xing Xing ketika ditempatkan di Zoo Negara.



KUALA LUMPUR – Sepasang panda gergasi dari China dijadual tiba di Malaysia minggu depan susulan pemeteraian perjanjian baharu antara kedua-dua negara pada 16 April lalu.

Perjanjian diperbaharui itu membolehkan Malaysia menerima sepasang panda gergasi yang lebih muda bagi tempoh 2025 hingga 2035.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, perjanjian itu dimeterai semasa lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia bagi meneneruskan penyelidikan Malaysia dan China dalam perlindungan serta pembiakan panda sebagai sebahagian usaha pemuliharaan bersama.


“Kerjasama itu mencerminkan hubungan kukuh dan komitmen kedua-dua negara dalam pemuliharaan hidupan liar sekali gus menjadi simbol persahabatan Malaysia dan China,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pasangan panda pertama, Xing Xing dan Liang Liang dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014. Dua panda itu menjadi simbol persahabatan sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Haiwan itu dipulangkan ke China pada 18 Mei lalu selepas tamat tempoh pinjaman selama 11 tahun. Pasangan panda itu mencatat sejarah melahirkan tiga ekor anak hasil usaha pemuliharaan bersama Malaysia dan China.

Kejayaan itu menjadikan Malaysia antara negara yang berjaya membiakkan panda di luar habitat asalnya. Anak panda pertama, Nuan Nuan dihantar pulang ke China pada 14 November 2017, manakala Yi Yi dan Sheng Yi pula dihantar pulang pada 29 Ogos 2023. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena bayarkah?


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh bukan ke zaman guling2 atas jalan dulu kemain marah tokjib terima pasangan panda. Sekarang apa sudah jadi? Jilat ludah sendiri. Best ke?


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
bakalan buat baby psnda lagi every 2,3 years....

diorang puji staff zoo negara pandai jaga psnda
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 13-11-2025 10:31 AM
Eh bukan ke zaman guling2 atas jalan dulu kemain marah tokjib terima pasangan panda. Sekarang apa su ...

Bkn setakat panda je guling2, najibun pg cina pun dituduhnya jual negara. Skrg lebih najibun dari najib org itu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
'..Najib jual negara kat cina' - Atok Saka



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2025 12:21 PM | Show all posts
ingatkan nak pulang kan balik si nuan nuan tu sebab abes dia botakkan merak2 kat zoo sana

boleh gak melawat panda samseng taikocengg itew
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x silap masuk free utk kids dkt zoo negara. 23hb sempena hari haiwan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 12:34 PM | Show all posts
Atuk teram dah bagi izin ke? Nanti atuk teram berdehem flight angkut panda kena uturn.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 13-11-2025 12:21 PM
ingatkan nak pulang kan balik si nuan nuan tu sebab abes dia botakkan merak2 kat zoo sana

boleh gak ...

Lah ye ke? Terlepas ke camana?
Panda ni comel kelakar tapi bila datang time malas dia, berguling je sampai ke bawah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Best la panda2 datang Malaysia. The best country for breeding Ko cuma perlu beranak dik non, makan tido semua tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap panda yang ni akan jatuh chenta to each other. Jangan macam panda singapore habis si betina kungfu yang jantan, sampai si jantan nak dekat pun takut Tu yang sampai 9 tahun tak boleh nak beranak last2 terpaksa artificial inseminate.
Kamon panda Malaysia. Yu ken du it !
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 02:56 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 13-11-2025 12:21 PM
ingatkan nak pulang kan balik si nuan nuan tu sebab abes dia botakkan merak2 kat zoo sana

boleh gak ...

nuan2 dah syiok kat Nanjing sana...sejuk2 je takyah on ekon. mesti dah gemuk gedempol budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 13-11-2025 10:31 AM
Eh bukan ke zaman guling2 atas jalan dulu kemain marah tokjib terima pasangan panda. Sekarang apa su ...

Aku bg..itu..bantuan.
Ko bg..itu...dedak.
     
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Zoo kembali meriah nanti..
Kalau bawak balik yg made in Malaysia kan best..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 03:47 PM | Show all posts
missbigrockstar replied at 13-11-2025 06:26 AM
Lah ye ke? Terlepas ke camana?
Panda ni comel kelakar tapi bila datang time malas dia, berguling  ...

ayoyo kaka tapenah tengok clip ni ka? lawak sehh.. teruih msia trending.. ampang mali bapak samsengg  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 03:50 PM | Show all posts
IzzahF replied at 13-11-2025 06:56 AM
nuan2 dah syiok kat Nanjing sana...sejuk2 je takyah on ekon. mesti dah gemuk gedempol budak tu

moga nuan2 tak nakal2 lagi hendaknyierr

meols lagi interested nak tahu pasal merak yg kena togel tu.. udah tumbuh ke bulunya yg kena cabut tu?

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 13-11-2025 03:50 PM
moga nuan2 tak nakal2 lagi hendaknyierr

meols lagi interested nak tahu pasal merak yg kena togel  ...

Gengster Ampang don’t play play.

Sian merak tak boleh la nak show off bulu takde betina dah yang sudi nanti dengan merak togel
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 04:16 PM | Show all posts
cm_vungtau replied at 13-11-2025 08:04 AM
Gengster Ampang don’t play play.

Sian merak tak boleh la nak show off bulu takde betina dah yang ...

kannn.... kesian merak mainland kena harass dgn anak panda ic mesia







Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 04:28 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 13-11-2025 03:50 PM
moga nuan2 tak nakal2 lagi hendaknyierr

meols lagi interested nak tahu pasal merak yg kena togel  ...

saja la heols bawak perangai ganster kampung ulu ke mainland..kasi tanda


dulu aiols igt nuan nuan kat chengdu...gigih ai g chengdu. jenuh gak tggu sekor2 panda nk keluar musim2 sejuk. memasing membuta je keje...dah la hutan, nk kena tinjau2 lg

kat malaysia je sonok terbontang2 nampak panda terkangkang depan2 muka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS di INGLEWOOD
taliaV85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS
Views : 3553 Replies : 225
Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gigi Anak Erra Fazira Sebagai ‘Jongang’ Tampil Mohon Maaf - “FB Saya Kena Hack…”
ZORRO5555Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gi
Views : 3945 Replies : 91
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 44890 Replies : 835
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 335645 Replies : 3364
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1761 Replies : 1116
Update:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google
YgBenarUpdate:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairu
Views : 3034 Replies : 95
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 1047 Replies : 115
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 715 Replies : 2
Jangan Pinjam Duit, Menipu, Scam, Fitnah Orang yang Ada Saka dan Pendamping
B40tastePoshJangan Pinjam Duit, Menipu, Scam, Fitnah
Views : 34713 Replies : 42
Education & Further Studies Fair
CariReporterEducation & Further Studies Fair
Views : 19823 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.074206 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list