Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69765   





Tiada angin tiada ribut, penyanyi dan komposer Malique Ibrahim memuat naik foto Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak, Tanjung Rambutan dalam Instagram (IG).


Malah, Malique atau nama sebenarnya Cairel Edrin Ibrahim, 48, berkongsi gambar tersebut tanpa meletakkan kapsyen, sekali gus mencetuskan tanda tanya ramai.


  



Netizen berspekulasi bahawa bekas anggota Too Phat yang sinonim dengan panggilan Mr. General itu ke sana bagi menziarahi penyanyi Yasin Sulaiman.


“Ziarah Yasin ke? Semoga ada lagu baru,” kata peminat.


“Mungkin dia melawat Yasin tapi kalau sebaliknya doa yang baik-baik, amin,” ujar pengikut.


“Kirim salam pada Yasin,” tutur netizen lain.


Bagaimanapun, ada juga pihak mendakwa pelantun lagu Sedih Hati itu berada di pusat yang dikenali sebagai hospital psikiatri terbesar untuk pesakit mental kerana berdepan masalah.


“Kalau ada masalah beritahulah, kita sembang-sembang. Telefon saja bila-bila masa,” ujar pengikut.


“Semoga dipermudahkan dan sihat walafiat Tuan Budiman,” tutur peminat.


Sebelum ini, Malique mengundang perhatian ramai apabila muncul dengan akaun Instagram rasminya, Malique Ibrahim.


Kewujudan akaun tersebut membuatkan peminatnya teruja selain berharap Malique akan terus menghasilkan karya-karya hebat.


Terdahulu, selepas pembubaran Too Phat pada 2007, Malique bergerak solo dan tidak pernah muncul dalam mana-mana platform media termasuk media sosial.


Namun dia masih terus aktif menghasilkan lagu dan bekerja di belakang tabir.


Sumber – KOSMO! ONLINE
4218 Views
28 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


stania83 Lv.12 2#

Defender | Credits 11604   
Melawatnlah tu.. kalau diagnosed mental illness tak perlu pon pergi hospital bahagia

BoongaKertas Lv.14 3#

Fighter | Credits 22017   
maybe dia ada projek baru, so nak ilham kot...

Kancilkering Lv.12 4#

Defender | Credits 11153   
deep tul buat research….
Follow Us

Lampuled Lv.9 5#

Adventurer | Credits 4754   
Rasa sbb visitor je tu. Kalau dia yg check in situ takkan sempat nk snap gambar nk upload bagai.

shahirakay Lv.11 6#

Highlander | Credits 8619   
jumpa yassin la agaknya. zizi kirana pun baru update gambar she's at HBUK. or maybe dapat jemputan bagi talk kat medical college dalam tu ke

lifeline Lv.11 7#

Highlander | Credits 9355   
Quote: shahirakay replied at 13-11-2025 04:03 PM
jumpa yassin la agaknya. zizi kirana pun baru update gambar she's at HBUK. or maybe dapat jemputan b ...

rasa melawat yasin gak tu kan

btw zizi dah fully purdah ke now?

ADVERTISEMENT


little_sis Lv.12 8#

Defender | Credits 12575   
48 dah dia.. cepatnya masa..

Tinot7 Lv.22 9#

Moderator | Credits 133734   
Baguih dia lawat yassin

dua_chzy Lv.18 10#

Master | Credits 69045   
Sapa soh takmoh campo orang.

Farnor Lv.11 11#

Highlander | Credits 9617   
Edited by Farnor at 13-11-2025 10:38 PM

Cepat oii cepat masa berlalu.. Harap malique buat album lg.

MatDeghem Lv.14 12#

Fighter | Credits 21714   
Org berjiwa seni memang lain fikiran mereka. Kadang org ingat ada shot sikit.
Mereka fikir di luar kotak.

Prickford Lv.11 13#

Highlander | Credits 9762   
Baca komen FB, ada orang dalam bagi tahu yg Malique tengah nak buat Alhamdulillah 2. Ada Zizi Kirana & Yassin. Yassin kan dok dalam hospital tu.

royaldanish Lv.12 14#

Defender | Credits 12565   
Quote: Prickford replied at 14-11-2025 01:05 AM
Baca komen FB, ada orang dalam bagi tahu yg Malique tengah nak buat Alhamdulillah 2. Ada Zizi Kirana ...

i see, baguslah.

sakurazura Lv.8 15#

Honour | Credits 2420   
Nak suruh nurtizen berteka teki? Motippppppp

ADVERTISEMENT


Hanzeviera Lv.4 16#

Keeper | Credits 539   
mantap mr general

JahLupa Lv.7 17#

Revolutioner | Credits 1217   
Deep eh carik ilham

PinkyPie Lv.10 18#

Survivor | Credits 5559   
Quote: Prickford replied at 14-11-2025 09:05 AM
Baca komen FB, ada orang dalam bagi tahu yg Malique tengah nak buat Alhamdulillah 2. Ada Zizi Kirana ...

Ohh that make sense, takkan nak cari Dian plak hehe

rayray28 Lv.12 19#

Defender | Credits 13516   
Dia pergi ni sama2 dengan iman tang laa ni kan? Sbb iman pun post tempat sama..rasa dorg ni tgh ada projek besar ni pasti!!!

lazim Lv.15 20#

Gladiator | Credits 38275   
Ziarah yasin kot. Sbb kawan iols yg keje sepital bahagia tu kata, faizal tahir rajin ziarah yasin, nama dia ada kat buku log pelawat
12Next