Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69765   





KUALA LUMPUR – “Bukan semua banduan bersalah,” demikian luahan seorang wanita, Ainara, yang berkongsi kisah ayahnya dipenjara selama dua tahun akibat tuduhan palsu merogol dan merompak sebelum akhirnya dibuktikan tidak bersalah.


Menurut Ainara, kejadian itu berlaku ketika dia baru dilahirkan dan mereka sekeluarga dalam persiapan membuat majlis doa selamat.


“Demi Allah ayah saya tak buat semua itu. Ayah saya seorang yang baik, bertanggungjawab dan jaga solat. Kebetulan dia masuk hutan sebab nak cari kayu bakar untuk masak kenduri doa selamat kelahiran saya masa itu dan kebetulan kawasan hutan itu adalah tempat tragedi rompakan dan merogol perempuan keturunan Minang.


“Suspek ada tiga orang, semuanya lari dan ayah saya dengan kawan dia yang kena tangkap sebab mereka keluar dari hutan berhampiran dan perempuan Minang tuduh ayah saya yang merogol dia,” katanya dalam satu perkongsian di TikTok.


Menurut Ainara, fitnah itu menyebabkan ayahnya dipenjara selama dua tahun sebelum keputusan ujian makmal membuktikan bahawa sampel sperma di tempat kejadian bukan milik ayahnya.


“Alhamdulillah, lepas dua tahun barulah terbukti ayah saya tak bersalah. Tapi masa tu saya dah besar sikit, saya pun tak kenal ayah sendiri bila dia keluar penjara,” katanya.


Walaupun teraniaya dan menanggung malu serta kerugian, Ainara memaklumkan ayahnya memilih untuk memaafkan wanita yang menuduhnya itu.


“Ayah saya jenis penyabar. Dia maafkan perempuan tu walaupun keluarga kami terpaksa tanggung macam-macam. Perempuan tu ada bagi sedikit duit ganti rugi, tapi tak setimpal dengan maruah dan masa ayah hilang dalam penjara. Tapi ayah sendiri yang maafkan, kami pun akur,” katanya.  




Sumber – KOSMO! ONLINE
1425 Views
44 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Decaffeinated Lv.18 2#

Master | Credits 63426   
Kan boleh saman kerajaan juta2, kenapa tak saman?

copy_paste Lv.12 3#

Defender | Credits 12453   
Quote: Decaffeinated replied at 13-11-2025 02:02 PM
Kan boleh saman kerajaan juta2, kenapa tak saman?

ppuan tu da ada bg sikit duit ganti tp si ayah dah maafkan sbb faham,mangsa rogoi pun dlm trauma juga,

imanamsyar Lv.7 4#

Revolutioner | Credits 1825   
ya betul..xsemua banduan bersalah...ada yang disalah tuduh.
tapi kesian la kat pakcik tu kalau dia betul xbersalah..nama dia rosak.sampai bila2 org akan tuduh dia perogol.. rekod plak kekal.. susah nak cari keje..

nak saman kerajaan boleh je, cuma modal la.. kesian pakcik tu..
patutnya masa pakcik tu dalam penjara, doa kaw2 sbb doa orang terzalimi xde hijab..
Follow Us

tagas Lv.12 5#

Defender | Credits 12360   
So PMX benar bersalah ke dokkk

Decaffeinated Lv.18 6#

Master | Credits 63426   
Quote: copy_paste replied at 13-11-2025 02:30 PM
ppuan tu da ada bg sikit duit ganti tp si ayah dah maafkan sbb faham,mangsa rogoi pun dlm trauma j ...

saman kerajaan, jgn saman perempuan tu.

IzzahF Lv.11 7#

Highlander | Credits 8396   
apalah nasib...syukur juga ada bukti. imagine kalo tersalah penjarakan org yg btl2 baik. kesiannya la

ADVERTISEMENT


Skuau Lv.15 8#

Gladiator | Credits 34100   
Aku.. lebih nak tau:
1.Acaner pihak pendakwaan berjaya 'menyalahkan' dia.
2.sapa peguam dia.

Cassieopeia Lv.10 9#

Survivor | Credits 6332   
sbb ni ke skrg perogol mcm syed sorg tu leh tangguh penjara? tak adil bg pesalah mcm dia tu dh jatuh hukum

TravellingBear Lv.11 10#

Highlander | Credits 8975   
Kenapa pompuan tu yg kena bayar gantirugi. Dia pun mangsa

tompie Lv.11 11#

Highlander | Credits 7565   
Quote: TravellingBear replied at 13-11-2025 04:46 PM
Kenapa pompuan tu yg kena bayar gantirugi. Dia pun mangsa

Mungkin sebab dia beria menuduh pakcik tu merogol..Dia pun rasa bersalah lah kot..

putribonda Lv.7 12#

Revolutioner | Credits 1878   
lama jugak ke masa utk buktikan sperma tu bukan pakcik tu punya.
naya orang lah macam ni.
so,apa tindakan yang pakcik tu boleh buat utk dapatkan keadilan utk diri dia.

renko Lv.13 13#

Challenger | Credits 15845   
da macam mana lak lepas masjuk jel baru buat dna test?
macam pelik lak
bkn buat masa awal2 tangkapan or perbicaraan ke?

TravellingBear Lv.11 14#

Highlander | Credits 8975   
Quote: renko replied at 13-11-2025 05:08 PM
da macam mana lak lepas masjuk jel baru buat dna test?
macam pelik lak
bkn buat masa awal2 tangkapan ...

Zaman dulu2 dna test tak dpt immediate result

renko Lv.13 15#

Challenger | Credits 15845   
Quote: TravellingBear replied at 13-11-2025 05:09 PM
Zaman dulu2 dna test tak dpt immediate result

takkan 2 tahun lepas tu?

ADVERTISEMENT


TravellingBear Lv.11 16#

Highlander | Credits 8975   
Quote: renko replied at 13-11-2025 05:22 PM
takkan 2 tahun lepas tu?

Itu pun kira cepat

PULANGKAN Lv.7 17#

Revolutioner | Credits 1437   
ni macam kes lama je

tahun 60-70'an??

dani-rox Lv.18 18#

Master | Credits 75694   
Bapak kau mangsa, pompuan minang tu pon mangsa gak. Mangsa rogol lebih2 lagi dlm keadaan PTSD, sgt sukar mengingati details ya. Pakar psikologi sendiri pun mengesahkan mana2 perbicaraan tak boleh bergantung sepenuhnya dgn testimoni saksi sahaja.

Ai ada baca kisah si anak nih dlm Threads, dia sumpah seranah si mangsa jah. Tiga suspek penjahat sebenar dah tak disebut lg dlm post nya tu.

pengecatbintang Lv.12 19#

Defender | Credits 14228   
Quote: tagas replied at 13-11-2025 02:46 PM
So PMX benar bersalah ke dokkk

Bijan lak camner?


krustykrab Lv.16 20#

Conqueror | Credits 42147   
Lamanya ambik masa nak buktikan sperma tu bukan dia punya. Mmg mcm tu ke punya lama?
123Next