Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210960   





KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan parti itu bukan pengkhianat kepada bangsa Melayu seperti didakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Sebaliknya kata Dr Akmal, Dr Mahathir merupakan individu yang telah mengkhianati perjuangan UMNO sebelum ini.


Exco kerajaan negeri Melaka itu juga turut menasihati bekas ahli Parlimen Langkawi itu supaya berehat.


“Betullah Tun pernah beritahu Melayu mudah lupa. Kerana Tun terlupa bahawa Tun yang khianati UMNO.


“Berehatlah Tun…,” tulisnya dalam satu hantaran ringkas di Facebooknya.


Terdahulu, Dr Mahathir  mendakwa UMNO sudah mengkhianati perjuangan generasi terdahulu untuk kemerdekaan tanah Melayu.


Bekas Perdana Menteri itu mendakwa UMNO mengutamakan kepentingan diri dan menggadai tanah air apabila menyokong perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang meletakkan Malaysia di bawah kuasa Amerika Syarikat (AS).


“Kamu sudah khianati perjuangan ibu bapa dan datuk nenek kamu untuk kemerdekaan tanah Melayu.


“Hari ini kamu sokong tindakan menghapuskan kemerdekaan yang mereka perjuang dahulu apabila mempersetujui perjanjian meletak negara tercinta ini di bawah kuasa Amerika Syarikat.


“Kamu utamakan kepentingan diri kamu dan gadai tanah air. Anak cucu kamu akan kutuk perbuatan kamu,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sumber - MalaysiaPost
347 Views
6 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Decaffeinated Lv.18 2#

Master | Credits 63460   
retorik lama diulang siar.

tunggu sahaja lah saka2 ni mati then Malaysia boleh move on, bukan lama pun lagi.

Prahara Lv.3 3#

Senior | Credits 138   
Bila tiada kuasa, laung melayu

Bila sudah berkuasa, kutuk melayu

Modal politikus bangsat untuk berkuasa

Tunggang agama

Tunggang bangsa

Firenzza Lv.13 4#

Challenger | Credits 17095   
Dh kena sound wak jahit leteww.
Follow Us

manopp Lv.2 5#

Junior | Credits 56   
Quote: Prahara replied at 13-11-2025 02:20 PM
Bila tiada kuasa, laung melayu

Bila sudah berkuasa, kutuk melayu

Asalkan Isley....

kelapaparut Lv.12 6#

Defender | Credits 10009   
Tun m byk bbakti kat negara ni bbanding budak hingusan ni nokk

0rked Lv.3 7#

Senior | Credits 357   
tun m memang banyak jasanya pada negara. tapi kalau dah 100 tahun umurnya masih dok berbunyi org pun jadi tak respect.

All contents are displayed