Kelapa dimasukkan dalam bancuhan simen untuk membuat tiang elektrik di Desa Sarang Burung Usrat, Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia. - Agensi
SAMBAS - Penduduk di Desa Sarang Burung Usrat, Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia gempar selepas video memperlihatkan keadaan tiang elektrik dicampur buah kelapa tua dan sabutnya tular di media sosial.
Video dimuat naik pengguna Facebook Fahri Aghifari pada 11 November menunjukkan bahagian dalam tiang yang pecah telah mendedahkan campuran adunan simen dan kelapa.
Fahri menyifatkan perbuatan itu sebagai cerminan budaya rasuah dalam projek pembinaan.
Beliau mendakwa tiang berkenaan hanya bertahan beberapa hari sebelum retak dan pecah akibat bahan binaan tidak mengikut standard.
“Simen tiga paket pun mahu dijadikan modal rasuah. Ketua projek dan perunding perlu disiasat,” katanya.
Menurut Fahri, niatnya hanya mahu memastikan projek pembinaan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul.
Video berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai, dengan warganet mengkritik kelemahan pengawasan projek awam di Sambas.
Pihak berkuasa tempatan belum memberikan sebarang maklum balas berhubung isu tersebut. - Agensi
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Quote: kotakbaju replied at 13-11-2025 09:13 AM
Memang syarat nak kukuh binaan harus tanam kepala ka ticer
Urban legend kan ni. Orang dulu2 suka cerita yang jambatan2 di negara ni hado kepala kena tanam kat base untuk kasik kukuh. Tatau betul ka tidak. Nak buktikan pun tableh.