Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 134018   



Zaid cadang Dr M jadi PM kali ketiga, ampunkan Najib


Bekas menteri, Zaid Ibrahim mencadangkan Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri buat kali ketiga sekiranya gabungan 'Payung Melayu" memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun bekas pemimpin Umno dan PKR itu berkata, Mahathir harus mengumumkan untuk memohon pengampunan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak sekiranya mahu memenangi pilihan raya.

"Saya mencadangkan Tun M sebagai perdana menteri seterusnya sekiranya gabungan Payung Melayu memenangi sebahagian besar kerusi. Payung Melayu merangkumi PAS, Bersatu dan parti-parti kecil lain.

"Namun, untuk Tun menang, beliau perlu memberi pengampunan kepada Najib Razak dan menyatakan hasrat ini sekarang," kata Zaid dalam satu hantaran dimuat naik di Facebook.

Zaid berkata sekiranya Mahathir boleh memberikan pengampunan kepada Anwar pada 2018, tiada sebab bekas pengerusi Bersatu itu tidak boleh berbuat demikian terhadap Najib.

Zaid juga mengaitkan perjanjian timbal balas (ART) antara Malaysia dengan Amerika Syarikat baru-baru ini, yang didakwa pembangkang sebagai berat sebelah dan menyebabkan kerugian kepada negara.

"Jika beliau (Mahathir) sanggup mengampunkan Anwar pada tahun 2018, mengapa tidak Najib? Najib mungkin telah menyebabkan kerugian sebanyak AS$680 juta, tetapi tahukah anda berapa besar kerugian negara di bawah PMX?" soal Zahid tanpa mengulas lebih lanjut.

Pada Jun lalu, Mahathir mengumumkan jawatankuasa sekretariat orang Melayu bagi menghimpunkan orang Melayu di bawah satu ‘payung besar’.

Bekas perdana menteri dua kali itu berkata, jawatankuasa itu juga bertujuan membolehkan orang Melayu kembali menguasai kerajaan dan menjadi platform bagi menyelesaikan masalah masyarakat pribumi itu yang gagal ditangani oleh kerajaan.

Menurut Zaid, ini adalah peluang terakhir untuk orang Melayu mendapatkan semula kuasa mentadbir negara dan memerintah dalam semangat kemerdekaan.

"Apa gunanya menegaskan bahawa negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu jika para pemimpin Melayu sendiri telah menyerahkan segala-galanya kepada kuasa dalam dan luar negara tanpa sebarang perjuangan?

"Walaupun beliau mempunyai kelemahan, Tun masih seorang patriot sejati; sumbangan beliau kepada negara tiada tandingan hingga kini. Beliau mampu membangunkan semula negara kita.

Rayu Hadi, Muhyiddin beri laluan kepada Dr M
Dalam kenyataannya, Zaid juga merayu kepada presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Muhyididin Yassin untuk memberi laluan kepada Mahathir sekali lagi menjadi perdana menteri.

"Saya merayu kepada Tuan Guru (Abdul Hadi) dan Muhyiddin (Yassin) agar memberikan Tun satu lagi peluang, supaya kita semua masih mempunyai masa depan," katanya.

Tempoh kali pertama Mahathir menjadi perdana menteri bermula dari 1981 hingga 2003, menjadikannya pemimpin paling lama mentadbir negara selama 22 tahun.

Selepas bersara, dia kembali semula ke pentas politik dan membuat kejutan apabila mengetuai Pakatan Harapan dalam usaha menumbangkan BN yag diterajui Najib Razak yang ketika terpalit dengan skandal 1MDB.

Kerajaan yang diketuainya juga menyokong pengampunan kepada Anwar yang disabitkan atas kesalahan salah saku seks.
Pada 16 Mei 2018, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh kepada Anwar, membolehkan dia dibebaskan serta-merta dan kembali aktif dalam politik.

Selepas BN tumbang, Najib dibicarakan berkaitan kes SRC International dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Namun hukuman itu kemudiannya dikurangkan oleh Lembaga Pengampunan kepada enam tahun, dan denda RM50 juta ketika pentadbiran Anwar.


879 Views
32 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 2#

Legenderer | Credits 134018   
Kebodohan dan kegilaan yang luar biasa.

stingerkaypoh Lv.9 3#

Adventurer | Credits 3021   
Beginilah virus yang telah beranak-pinak di kalangan macai-macai @ para pengampu hasil didikan Bosscow! Letaklah madu skalipun... najis juga yg sodap dijilat!

Morally bankcrupt species!!!

batmana Lv.15 4#

Gladiator | Credits 39938   
buat salah , amponkan
dh ampon, buat salah balik

haha
Follow Us

Samerosie Lv.14 5#

Fighter | Credits 20489   
So tu ka sebab nya bukan sbb negara tp idola. Apa nak jadi seorang peguam berfikiran begini. Tak malu ke?  

zehra2 Lv.15 6#

Gladiator | Credits 33219   
asyik nak tonggang nama melayu.

supernaturalee Lv.17 7#

Superior | Credits 55520   
"idup lg kau ye

igtkan dah melingkup" - quote from p ramlee's film



ADVERTISEMENT


kotakbaju Lv.10 8#

Survivor | Credits 6302   
Bagi laa org lain jadi pm pulak.

plywood Lv.11 9#

Highlander | Credits 7245   
aku rasa syarat

"bebaskan najib"

... itu tujuannya ialah supaya penyokong umno dan najib akan undi gabungan payung melayu.. kelihatan spt suatu tawaran menarik berbanding dengan pakatan umno dengan pkr?

Decaffeinated Lv.18 10#

Master | Credits 63507   
Bangnon tu perlu pengampunan Sepol ja, bijan kena minta maaf dengan 1Malaysia. Can't see the difference?

allshares Lv.11 11#

Highlander | Credits 7017   
I like tun M tapi cukuplah kot dah 3x jadi PM. PM BN, PM PH dan PM interim.

silance Lv.7 12#

Revolutioner | Credits 1746   




Saje je..

eragon Lv.8 13#

Honour | Credits 2929   
alahai, takkan la limited sgt pilihan yg malaysia ada.

kemaruk Lv.16 14#

Conqueror | Credits 40271   
Setuju

Setakat kesalahan tersalah gunapakai wang yang meragukan je..

Bukannya kesalahan merogol atau songlap duit berbilion

becir Lv.12 15#

Defender | Credits 14507   
kenapa i baca ni mcm dia sarcastic je sebenarnya?

ADVERTISEMENT


tripleid Lv.13 16#

Challenger | Credits 18317   
Bossku tuju kat Atok ke tuu...

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

MissYouSayang Lv.12 17#

Defender | Credits 11978   
Sebab hanya tun m  sorg je yg blh bebaskan jibby sebagaimana bapok tua tu bebas awal. Pentaksub setuju ke tak, itu adalah realitinya.. dan tun m mesti setuju kalau demi melayu.. so terpulang dekat jibby nak setuju ke tak...kalau smua setuju bapok tua CHECK MATE!!!

sapeka Lv.13 18#

Challenger | Credits 18977   
Cukup la
Bg Tun rehat

ultra78 Lv.18 19#

Master | Credits 79980   
Zaid ni serious atau berseloroh?

Dalam Malaysia ni dah tak ada muka lain dah kot? Pemimpin muda habis kena cantas. Yang tua dan dah relevan jugak yang dipilih. Zaman Mahathir dah berlalu pada 2003.

pengecatbintang Lv.12 20#

Defender | Credits 14244   
kalo Ton M jadik PM kali ke 3

mgkn Ton akan :

kata Melayu malas

wujudkan Proton 2.0 milik Mesia


12Next