Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 133730   
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-11-2025 10:24 AM

Tiada lagi jalan percuma ke Genting lepas ini

Genting Malaysia Berhad mengesahkan rancangan untuk mengenakan caj ke atas kenderaan yang menggunakan Jalan Genting Highlands, dengan pelaksanaannya dijangka diumumkan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata caj baharu bagi jalan persendirian itu perlu dilaksanakan bagi menampung kos penyelenggaraan jalan dan cerun sepanjang 24 kilometer yang semakin meningkat — kos ini ditanggung sepenuhnya oleh Genting Malaysia sejak tahun 1960-an.

“Dibina secara persendirian oleh Genting Malaysia di kawasan pergunungan yang sukar, Jalan Genting Highlands menyediakan laluan selamat ke Resorts World Genting serta destinasi lain di lereng gunung,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan spekulasi di media sosial bahawa Genting Malaysia sedang melaksanakan semula cadangan lama untuk menubuhkan pondok tol di jalan persendirian tersebut — satu cadangan yang pertama kali dilaporkan pada 2023.

Dua hari lalu, Genting turut mengeluarkan nasihat perjalanan di platform media sosialnya mengenai lencongan sementara di KM 14.7 Jalan Genting Highlands (arah ke atas) yang berkuat kuasa 12 November 2025.

Syarikat itu menjelaskan bahawa penggunaan intensif selama bertahun-tahun telah menyebabkan kerosakan ketara pada jalan tersebut, dan memerlukan penyelenggaraan berterusan bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Berdasarkan prinsip ‘pengguna membayar’, caj jalan persendirian ini adalah langkah paling mampan untuk menampung kos penyelenggaraan, pembaikan dan kejadian tidak dijangka.

“Langkah ini bertujuan memastikan jalan tersebut kekal selamat untuk semua pengguna serta terus menjadi akses utama kepada komuniti, perniagaan, pelancong dan orang awam dari seluruh negara,” kata syarikat itu.

Genting Malaysia menegaskan bahawa inisiatif itu melibatkan caj jalan persendirian di atas tanah persendirian.
Syarikat itu berkata ia telah lama memikul tanggungjawab memastikan keselamatan jalan tersebut, termasuk menempatkan pasukan tindak balas kecemasan 24 jam di kawasan pertengahan bukit dan puncak.

“Bekerja di kawasan pergunungan adalah mencabar, berisiko dan mahal, namun ia penting bagi menjamin keselamatan jalan serta cerun,” katanya.

Genting turut menekankan sumbangan ekonomi lebih luas daripada kewujudan jalan tersebut, dengan menggambarkan Jalan Genting Highlands sebagai infrastruktur penting yang membantu merancakkan industri pelancongan tempatan, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan serta menyumbang kepada ekonomi negeri Pahang dan negara.

“Kewujudan Jalan Genting Highlands telah membolehkan kemunculan pelbagai destinasi pelancongan lain di kawasan pergunungan di luar kumpulan Genting Malaysia, sekali gus menyumbang kepada industri pelancongan yang dinamik,” katanya.

Menut syarikat itu, maklumat lanjut mengenai kadar caj dan tarikh pelaksanaan akan diumumkan sebaik keputusan muktamad dicapai.

Rate
There are 1 People reward the building owner
1182 Views
25 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT

pearl.silver Lv.14 2#

Fighter | Credits 26750   
Adakah dgn ada tol ni nanti pengunjung akan berkurangan kt atas tu? Dgr nya ada 2 tol nk naik atas tu kn. Klu nk gi gpo pun kne byr 2 tol tu..

batmana Lv.15 3#

Gladiator | Credits 39930   
Judi online lagi laku
cume pprt je pi Judi offline
sebab tu kene cari cara lain nk kaut duit

prettyuglybabe Lv.18 4#

Master | Credits 65145   
kalau tol takat rm10, ramai je sanggup bayar demi merempit kat atas tu..
Follow Us

allshares Lv.11 5#

Highlander | Credits 7017   
I read somewhere 2 hengget setengah je tol nye? Ok la tuh dia selenggara jln yg pakai bkn customer dia je bawah2 Gohtong tu banyak je kedai mkn hotel2 yg lain. Plus geng2 ajet racing naik pastu turun semata. Katanya private road so gomen JKR takde tlg selenggara pung.

Samerosie Lv.14 6#

Fighter | Credits 20403   
Oklah tu at least kalau ada bas jatuh gaung jugak boleh le klem dgn jenteng.

hyie Lv.15 7#

Gladiator | Credits 38717   
tahla meols rasa bosan je kat atas tu..tapi belum sempat lagi naik cable car

ADVERTISEMENT

silance Lv.7 8#

Revolutioner | Credits 1724   
Ini tak lain ni........, ini mesti tanda ekonomi negara merosot, business kurenggg masuk, nak naikkan charge pun tableh, so pacak tol kolek fees dari domestic rakyat.
'Pelancung' asia selatan boikot tamau datang judi. Mereka sindiri judi shoplot haram sama-sama dna happy juga. Hotel package 3 ari dia malam mura-mura, 4 5 worang bole sardin. Disko gro ayam sumua ada juga.

Kitty_catz Lv.14 9#

Fighter | Credits 24137   
bagus lah...boleh kurangkan org masuk casino tu

bideway takde menganggu idop meols pun,,  boleh kira dgn jari je berapa kali naik sana punnn  

B40tastePosh Lv.13 10#

Challenger | Credits 16581   
Bukan tempat pilihan aku melancong.... list aku nak pergi Geopark macam Lenggong, Perlis, Gunung Jerai..... Sebab kawasan kawasan tu memang purba, ada energi positif

kemaruk Lv.16 11#

Conqueror | Credits 40140   
Bapak dia punya jalan.. literally..

hayrin86 Lv.12 12#

Defender | Credits 13364   
Quote: Kitty_catz replied at 14-11-2025 02:12 PM
bagus lah...boleh kurangkan org masuk casino tu

bideway takde menganggu idop meols pun,,  boleh kir ...

Betul juga. Tanpa sebarang urusan penting/rasmi di Genting, tak payah pi ke situ jawapannya.

Tinot7 Lv.22 13#

Moderator | Credits 133069   
Quote: pearl.silver replied at 14-11-2025 05:31 AM
Adakah dgn ada tol ni nanti pengunjung akan berkurangan kt atas tu? Dgr nya ada 2 tol nk naik atas t ...

Nak naik 2 tol.. turun 2 tol jugak ka?
Kalau 1 tol dah rm2.50, 4 tol naik turun dah spuloh hengget..

Mujur dah jjcm sana beberapa tahun lepaih

pearl.silver Lv.14 14#

Fighter | Credits 26750   
Quote: Tinot7 replied at 14-11-2025 05:20 PM
Nak naik 2 tol.. turun 2 tol jugak ka?
Kalau 1 tol dah rm2.50, 4 tol naik turun dah spuloh hengget ...

Turun xda tol. Naik saja.
I xpi tgk lg tol ni
Tp org kata klu dr phgke batang kali kena lalu 1 tol
Ramai weh yg bedulang kerja lalu jln tu

Tinot7 Lv.22 15#

Moderator | Credits 133069   
Quote: pearl.silver replied at 15-11-2025 08:21 AM
Turun xda tol. Naik saja.
I xpi tgk lg tol ni
Tp org kata klu dr phgke batang kali kena lalu 1 tol ...

Kalau total rm5 ok la

ADVERTISEMENT

Firenzza Lv.13 16#

Challenger | Credits 17093   
Klau x silap kes ni naik tahun 2023, pastu ada MP yg melenting kekonon nk tunjuk hero skrg apa dh jadi? BDW knp perlu caj tol sedangkan kereta yg naik atas tu suma kena bayar parking mahal plk tu, klau bayar tol hapuskan parking mungkin blh consider lg

mrsamz Lv.11 17#

Highlander | Credits 7758   
Tol tu sebelum ke selepas gpo?

dekmieDandy Lv.11 18#

Highlander | Credits 7545   
alaa, dia buat macam bukit sebelah berjaya hill (colmar) tu je kan

nak naik, memang kena caj fee masuk

Cassieopeia Lv.10 19#

Survivor | Credits 6331   
baru balik kursus kat swiss garden last week. ingat genting maintain jln naik atas je kalau bwh2 ni skali mmg rugi gakla diorg mcm kitrog ni kursus xnaikpun atas tu..

meah_kelabu Lv.9 20#

Adventurer | Credits 4622   
ok lettew
walaupun sepelaung je dr rumah, pg2 nk g keje pon bole nampak genting dah meols pn makin malehhh nk manjekk ke atas tu
satunye sbb kemain la ramai mainland xkira mase
berasak dgn diorg jer koserlahhh
sampaikan themepark buat half price pon xnaik2 lg
12Next