Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 142677   





Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) bercakap dalam satu temubual eksklusif dengan Bernama diketuai Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj (dua, kiri) di pejabat beliau baru-baru ini.


PUTRAJAYA, 14 Nov (Bernama)
Ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing boleh menarik nafas lega kerana pelaksanaan kerakyatan Malaysia secara automatik bagi anak mereka yang lahir di luar negara, kini giat diuruskan supaya dapat direalisasikan seawal pertengahan tahun depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara ini termasuk penyediaan borang pendaftaran baharu, kemas kini sistem pendaftaran serta pemakluman kepada semua pejabat perwakilan Malaysia di seluruh dunia.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) kini dalam fasa akhir menyemak segala pindaan akta, peraturan serta proses berkaitan selepas pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan berkenaan diluluskan Parlimen tahun lepas.

“Semakan turut melibatkan pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Warganegara 1964 dan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama, yang diketuai Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj di pejabat beliau di sini baru-baru ini.

Saifuddin Nasution berkata selepas proses semakan berkenaan selesai, pindaan itu akan membolehkan anak kepada ibu warga Malaysia dan bapa warga asing yang lahir di luar negara mendapat kewarganegaraan secara automatik.

“Apabila pindaan ini berkuat kuasa, ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing dan menetap di luar negara yang melahirkan anak boleh terus mendaftarkan kelahiran anak mereka di pejabat kedutaan dan sijil lahir yang dikeluarkan akan menyatakan status sebagai warganegara,” katanya.

Pada 17 Okt tahun lepas, Dewan Rakyat melakar sejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga.

Pindaan itu, antara lain memperuntukkan hak sama untuk kanak-kanak dilahirkan di luar Persekutuan oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin lelaki warga asing di luar negara untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding hanya jika bapanya seorang warganegara sebelum ini.


Isu Kerakyatan: Lahir Anak Luar Negara, Ibu Kahwi



1011 Views

ADVERTISEMENT


Samerosie Lv.14 31#

Fighter | Credits 21170   
Quote: cmf_jeangrey replied at 15-11-2025 04:59 PM
Kann..
Acik porum ramai yg x faham kes
Kalau malaysian father (isteri foreigner) lahirkan anak aut ...

Acik forum tak tau konteks suka nak mengomen juga. Ujung2 merepek2 jadinya.

me12345 Lv.11 30#

Highlander | Credits 8015   
Anak2 kacuk rohingya, indon, china , bangla, negro makin byk lps ni...

TeropongThaico 29#

Post Banhammer | Credits 8851   
Quote: cmf_jeangrey replied at 15-11-2025 05:07 PM
Iya dah tentu ada darah melayu, mak confirmed malaysian
Bukan mcm pemain bola imigran yg FAM sangg ...


Nakal tau... Sentap 'org tu' kalau dia baca ni
Follow Us

Tinot7 Lv.22 28#

Moderator | Credits 141661   
Quote: B40tastePosh replied at 15-11-2025 05:53 PM
Minang siap ada rumah pusaka dan tanah adat

Untung la

Skuau Lv.15 27#

Gladiator | Credits 34803   
Edited by Skuau at 15-11-2025 07:17 PM


PROMOSI UJUNG TAUN....#ABG KAWEN POMPUAN MALAYSIA ANK AUTO MSIAN PUNYA.Ada peluang 1 hari anak Pirdana Mintri....MALAYSIA.
                     

B40tastePosh Lv.13 26#

Challenger | Credits 17974   
Quote: Tinot7 replied at 15-11-2025 04:58 PM
Kak Mah org Minang ka?

Minang siap ada rumah pusaka dan tanah adat

ADVERTISEMENT


cmf_jeangrey Lv.12 25#

Defender | Credits 12863   
Quote: TeropongThaico replied at 15-11-2025 10:35 AM
Ok la raikan mana yg baik. Lg baik kalau anak2 tu dpt bawa kebaikan utk negara juga

Iya dah tentu ada darah melayu, mak confirmed malaysian
Bukan mcm pemain bola imigran yg FAM sanggup tipu dokumen tu
Padahal atuk nenek diorg pun tak tahu Malaysia tu kt mana


cmf_jeangrey Lv.12 24#

Defender | Credits 12863   
Quote: Samerosie replied at 15-11-2025 10:09 AM
Kan kata nya anak mak malaysian bapa foreigber yg lahir diluar negara.

Yg kawin bangla rohingya pak ...

Kann..
Acik porum ramai yg x faham kes
Kalau malaysian father (isteri foreigner) lahirkan anak auto dpt kerakyatan
Tapi bila malaysian mother (suami foreigner) lahirkan anak terus jadi stranger
Keadilan apakah itu?
Ini bukan isu bangsa tapi one-sided act
MP yg fought for this cause si azalina bukan nasution
Nasution uruskan sistem saja

Tinot7 Lv.22 23#

Moderator | Credits 141661   
Quote: B40tastePosh replied at 15-11-2025 04:57 PM
Jarang nak ngaku diorang ramai mengaku Melayu Perak.

Mmg la.. kang disuruh balik kg, naya..

Tinot7 Lv.22 22#

Moderator | Credits 141661   
Quote: B40tastePosh replied at 15-11-2025 04:56 PM
Kalau kat Indonesia , Minang dan Mandailing duduk kawasan Melayu diorang dah buang marga diaorang  ...

Kak Mah org Minang ka?

B40tastePosh Lv.13 21#

Challenger | Credits 17974   
Quote: Tinot7 replied at 15-11-2025 04:54 PM
Kali pertama iols dgq keturunan rawa..

Kat mesia, tak kisah la jawa ka apa.. asalkan mengamalkan  ...

Jarang nak ngaku diorang ramai mengaku Melayu Perak.

B40tastePosh Lv.13 20#

Challenger | Credits 17974   
Quote: Tinot7 replied at 15-11-2025 10:31 AM
Dia pun darah batak ka?
Sama mcm nasution?

Kalau kat Indonesia , Minang dan Mandailing duduk kawasan Melayu diorang dah buang marga diaorang tu. Menyusahkan badan.

Macam Rosmah Mansor tu mana ada kuat adat dah padahal kategori waris tu.

Tinot7 Lv.22 19#

Moderator | Credits 141661   
Quote: B40tastePosh replied at 15-11-2025 04:48 PM
Keturunan Rawa la tu...Bukan Batak tapi akan akan Minangkabau tapi diorang tak mengaku Minang.

Bi ...

Kali pertama iols dgq keturunan rawa..

Kat mesia, tak kisah la jawa ka apa.. asalkan mengamalkan tradisi melayu dan ckp melayu, beragama islam, dah dikira melayu..

B40tastePosh Lv.13 18#

Challenger | Credits 17974   
Edited by B40tastePosh at 15-11-2025 04:51 PM
Quote: Tinot7 replied at 15-11-2025 10:31 AM
Dia pun darah batak ka?
Sama mcm nasution?


Keturunan Rawa la tu...Bukan Batak tapi akan akan Minangkabau tapi diorang tak mengaku Minang.

Biasa atok diorang suka letak nama Ar Rawa atau Ar Rawi

Aku rasa baik buang jelah identiti macam tu sebab nampak sangat pendatang, macam aku, aku ngaku Melayu Selangor je... Hahaha

Atok belah Banjar aku pun dah bagitahu mengaku Melayu. Banjar tu dah habis. Bugis pun dah tak hebat mana sekarang ni.... Tu la dia bagitahu

Kita ni sebut keturunan itu ini untuk megah je .. menumpang kerja dia

ADVERTISEMENT


cmf_jeangrey Lv.12 17#

Defender | Credits 12863   
Quote: B40tastePosh replied at 14-11-2025 03:06 PM
Tak laku la lelaki Melayu lepasni.

Nasution ni okey ke tengok Pakistan ngorat pompuan Melayu...  ...

Selama ni acik x bising pulak bila satu masa dulu perempuan melayu x laku sbb lelaki melayu kawin indon, thai, vietnam



TeropongThaico 16#

Post Banhammer | Credits 8851   
Ok la raikan mana yg baik. Lg baik kalau anak2 tu dpt bawa kebaikan utk negara juga

Tinot7 Lv.22 15#

Moderator | Credits 141661   
Quote: B40tastePosh replied at 15-11-2025 10:30 AM
Kalau Rawa/Rao suka letak nama keturunan Ar Rawa atau Ar Rawi

Contoh Mujahid Yusof Rawa

Dia pun darah batak ka?
Sama mcm nasution?

B40tastePosh Lv.13 14#

Challenger | Credits 17974   
Quote: Tinot7 replied at 15-11-2025 10:17 AM
Taktau.. tau ada nama nasution jahh kat nama dia..

Kalau Rawa/Rao suka letak nama keturunan Ar Rawa atau Ar Rawi

Contoh Mujahid Yusof Rawa

Tinot7 Lv.22 13#

Moderator | Credits 141661   
Quote: B40tastePosh replied at 15-11-2025 10:12 AM
Dia keturunan Mandailing ke? Mandailing ni sejenis Batak juga guna marga/nama keluarga.

Tapi tak  ...

Taktau.. tau ada nama nasution jahh kat nama dia..
12Next