Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 133785   



Fadlun Dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur Berkuat Kuasa Esok[color=rgba(0, 0, 0, 0.65)][size=0.75em]
PUTRAJAYA, 14 Nov (Bernama) -- Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa esok, umum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Menerusi kenyataan hari ini, beliau berkata pelantikan Fadlun, 58, bagi menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras Subseksyen 4 (2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Fadlun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta memiliki pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang perancangan bandar, pembangunan wilayah dan pengurusan bandar raya.

“Fadlun menyandang jawatan sebagai Presiden PPj sejak 2022 dan dalam tempoh itu beliau telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dalam memperkukuh pelaksanaan Putrajaya Smart City Blueprint 2025, Pelan Transformasi Hijau Putrajaya serta pelbagai inisiatif kesejahteraan bandar berasaskan prinsip inklusiviti dan kelestarian,” katanya.
Dr Zaliha berkata Fadlun juga ialah Ahli Lembaga Perancang Bandar dan Felo Pertubuhan Perancang Malaysia dan penglibatan aktif beliau dalam pelbagai forum serta jaringan profesional antarabangsa memperkukuh peranan beliau sebagai tokoh perancang bandar yang berwawasan dan berpandangan jauh.
“Saya yakin dengan pelantikan ini, beliau akan meneruskan kesinambungan kepimpinan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penuh integriti, kecekapan dan keprihatinan terhadap aspirasi rakyat.

“Kepimpinan beliau diharapkan dapat memperkukuh pelaksanaan agenda Bandar CHASE serta memastikan Kuala Lumpur terus maju sebagai ibu kota global yang berdaya saing, berdaya huni dan berpaksikan nilai MADANI,” katanya.
Dr Zaliha turut merakamkan penghargaan kepada Maimunah atas kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang telah banyak memperluas reputasi Kuala Lumpur pada peringkat antarabangsa.
“Saya juga mengucapkan tahniah atas pelantikan terkini beliau sebagai Penasihat Hartanah PETRONAS dan percaya pengalaman luas beliau akan terus dimanfaatkan dalam menerajui agenda pembangunan strategik negara,” katanya.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata Maimunah akan menamatkan perkhidmatan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur pada hari ini dan memulakan tugas sebagai Penasihat Hartanah Petronas pada 17 Nov.



899 Views
21 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.13 2#

Challenger | Credits 16605   
Kenapa tak lantik India atau Cina???

Decaffeinated Lv.18 3#

Master | Credits 63426   
Apa motif bawa orang Perbadanan Putrajaya ke DBKL. Which part of the success yang hendak ditiru?

Putrajaya tu dah jadi lambakan rumah2 mewah tak terjual sebab cina tak berminat sebab sendu ya hamat. Yang dah terbeli pun dorang put on sale. Orang muda pun malam2 lari ke Cyberjaya. Nak macam tu ka?

Tinot7 Lv.22 4#

Moderator | Credits 133397   
Quote: Decaffeinated replied at 14-11-2025 05:01 PM
Apa motif bawa orang Perbadanan Putrajaya ke DBKL. Which part of the success yang hendak ditiru?

Pu ...

Murah ke dak rumah2 tu?
Follow Us

Decaffeinated Lv.18 5#

Master | Credits 63426   
Quote: Tinot7 replied at 14-11-2025 05:07 PM
Murah ke dak rumah2 tu?

mahai la, dah la tax macam kayangan tapi malam2 sendu ya hampon.
rumah yang sama spec, way cheaper in Cyberjaya.


Tinot7 Lv.22 6#

Moderator | Credits 133397   
Quote: Decaffeinated replied at 14-11-2025 05:23 PM
mahai la, dah la tax macam kayangan tapi malam2 sendu ya hampon.
rumah yang sama spec, way cheaper ...

Susah la kalau nak juai.. sapa nak beli..

TOPwind Lv.9 7#

Adventurer | Credits 3965   
Kat Putrajaya ni depan setiap pintu masuk pejabat
ada 4 Jaga duduk wasap, dua Penyambut tetamu 1 tukang tanya nak jumpa siapa apa urusan 1 lagi tukang ambik nombur. kat kaunter ada sorang yg lain hilang.

kat luar pulak ada pakis tukang blow daun kadang2 daun takde pun dia blow janji bunmyi bising dan orang nampak , 1 bangla tukang sapu daun, 1 lagi masuk daun dlm plastik beg selalaunya daun dah penuh entah dari mana. kerja buat tiap pagi masa ada  orang ramai nak gi pejabat dan kelur pejabt waktu ptg.

setiap hari pasti ada beratus kena saman- sebab semua parking untuk pejawat awam.

ADVERTISEMENT


sharlenetexas Lv.19 8#

Emperor | Credits 90335   
Ingatkan fadlun bola jaring.


airfilterkotor Lv.15 9#

Gladiator | Credits 33390   
Putrajaya ni pada aku.... untuk bersemayam selepas pencen boleh la. Seswai amat.
Malam² sunyi tak bingit macam KL.
Hospital Kanser Jab. Bomba IPD Polis ada.
(private hospital coming soon)
Kedai makan banyak.
Nak shopping, IOI Putrajaya tu pun dah cukup besau.
Jalan lebar, lampu terang. Selalu sapu jalan.
Kes jenayah rendah.

Unless kau jenis huru-hara suka vibes macam KL, Putrajaya bukanlah tempatnya.
Cumanya tulah Putrajaya ni.... majoritinya melayu.

airfilterkotor Lv.15 10#

Gladiator | Credits 33390   
Satu benda awam kena ingat, Putajaya ni dikawal ketat oleh PPj.
Dari bangunan sampai ke landskap dorang tengok. Agak sedikit berbeza dengan PBT tempat lain.
Facade lighting kalau bangunan kat KL nampak caca-merba.
Kau orang tengok 118 cukuplah.... macam lampu kedai tomyam. Habis tenggelam bangunan sebelah.

Manakala kat Putrajaya, dorang yang akan komen sampai lulus... sebab itulah kat sana facade lightingnya nampak kemas teratur dan tak menggugat ketrampilan pencahayaan bangunan bersebelahan. Menonjol tetapi tidak caca-merba.

Boleh faham ke tak ni?

Decaffeinated Lv.18 11#

Master | Credits 63426   
Quote: airfilterkotor replied at 14-11-2025 09:34 PM
Satu benda awam kena ingat, Putajaya ni dikawal ketat oleh PPj.
Dari bangunan sampai ke landskap dor ...

Setuju bab lighting tu. Sampai ke bibir air tasik di sudut nan sunyi pun lampunya tersusun dan terancang. Sangat cantik ya. Compare that dengan mentol2 bulat menghiasi Bangunan Sultan Abdul Samad laksana hari nak raya tu (dulu lah, now tak tau) boleh nanges.

MissYouSayang Lv.12 12#

Defender | Credits 11966   
Dgn putrajaya pon nk bitter...

TOPwind Lv.9 13#

Adventurer | Credits 3965   
Bergitulah Putrajaya tampa penghuni cina dan keling/

Bandar indah dan bersih

serta nyaman amat teratur.

bedahmenjuyah Lv.12 14#

Defender | Credits 12523   
Apa cerita perkhidmatan datuk bandar yg dipendekkan? Tiba2 dah jadi penasihat pulak?

FOTHER-MUCKER Author 15#

Legenderer | Credits 133785   





ADVERTISEMENT


b_n_c Lv.11 16#

Highlander | Credits 7662   
Dato' Fadlun ni baik dgn org,
org atas org bawah dia layan je.

airfilterkotor Lv.15 17#

Gladiator | Credits 33390   
Quote: Decaffeinated replied at 14-11-2025 10:46 PM
Setuju bab lighting tu. Sampai ke bibir air tasik di sudut nan sunyi pun lampunya tersusun dan ter ...

Putrajaya punya stended, untuk facade lighting mesti warm white temp.

Macam KL ni aku tak pasti, mungkin pencahayaan luar bangunan tidak dikawal ketat oleh PBT. Warna dan style ikut suka owner bangunan.
Tu yang ko boleh jumpa condo mewah tapi facade lighting corak macam cap jari manusia, bangunan tu ada tepi DUKE. Mont Kiara.

Lalu malam atas DUKE, depan kau condo lighting cap jari, kat background sayup jer 118 bersalut lampu kedai tomyam. KL Tower pun sama.
How...

vaious Lv.4 18#

Keeper | Credits 551   
Quote: TOPwind replied at 15-11-2025 07:31 AM
Bergitulah Putrajaya tampa penghuni cina dan keling/

Bandar indah dan bersih

yup aku setuju dgn ko..
kalo aku byk duit mmg putrajaya ni antara tempat yg aku consider nak beli kediaman utk stay weekend.
landskap cantik jalan bangunan pon nampak tersusun takde serabut mcm kl.
umur dah meningkat ni nak chill2 je.
lagi satu maybe takde masalah sgt isu anjing liar ke hapa sbb majoriti pon org melayu.
Sori kalo nampak rasis tapi biasa aku perati kediaman yg ramai  1 bangsa  ni mmg kebanyakan biar lepas je anjing samada bela sendiri
atau bg mkn je jadikan guard rumah.binatang ni kalo tau hambat pencuri je okla.
ni habis jiran, bdk skolah ke org courier kena perambat.
So PPj tak perlu serabut nak layan kerenah puak2 ni termasuk la yg acah2 pecinta haiwan.

me12345 Lv.11 19#

Highlander | Credits 8007   
Putrajaya cantik dan teratur dan efisyen penjagaan sbb kecik ..kolumpo ni luas bermacam tmpt dan projek..dgn rasuah berkeliaran, staf2 dbkl, penguatkuasa2..otai2 yg kontrol mampu kah dato... gudluck..harap putrajaya maintain atau better lps ni..

Decaffeinated Lv.18 20#

Master | Credits 63426   
Quote: me12345 replied at 16-11-2025 07:49 AM
Putrajaya cantik dan teratur dan efisyen penjagaan sbb kecik ..kolumpo ni luas bermacam tmpt dan pro ...

Betul. Beza macam langit dengan bumi lah Putrajaya dengan KL. Putrajaya ni pastikan bangla sapu sampah dan siram pokok bunga, half your job is done. Tiada masalah penjaja, kongsi gelap, rumah urut, tiada kilang, tiada Rohingya pendek kata apa pun tak ada unless dia bawa dia punya experience prior to this di tempat lain tu OK lah.

12Next