Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211025   





SHAH ALAM – Pengasas program eHATI bersama suaminya yang dikehendaki polis kini berada di sebuah negara di Asia Tenggara selepas melarikan diri daripada pertuduhan mahkamah dilaksanakan kepada mereka.


Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, hasil semakan mendapati kedua-dua mereka melarikan diri menggunakan laluan sah sehari sebelum pertuduhan itu.


“Mereka tinggalkan negara dipercayai 13 Oktober di mana pertuduhan pada 14 Oktober. “Kita telah kenal pasti ke negara mana mereka pergi dan PDRM akan berhubung dengan rakan strategik negara itu untuk membantu mengesan penama-penama yang dikeluarkan waran tangkap ke atas mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan negara berkenaan keratan dikhuatiri akan menyukarkan lagi pencarian terhadap dua individu itu.


“(Mereka di mana) di kawasan Asia Tenggara,” tegasnya.


Kosmo! sebelum ini melaporkan polis mengesahkan dua termasuk pengasas eHATI kini dikehendaki polis selepas waran tangkap dikeluarkan terhadap mereka.


Dua individu itu sepatutnya didakwa pada 14 Oktober lalu bersama pasangan suami yang merupakan doktor kesihatan dan kecantikan serta bertugas sebagai fasilator eHati.


Sebelum ini, polis mendedahkan seramai 95 individu telah dipanggil keterangan berhubung penganjuran motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini, pada September tahun lalu.


Siasatan polis turut mendapati berlaku adegan bogel dalam acara Queen’s Night dalam penganjuran itu melibatkan empat individu yang merupakan fasilator bagi program tersebut.  




Sumber – KOSMO! ONLINE
6077 Views
44 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Samerosie Lv.14 2#

Fighter | Credits 21226   
Lari ke kawasan asia tenggara tu mana? Siam la kut kan?

pocongkiutss Lv.14 3#

Fighter | Credits 27420   
Selamba lepas..oh well..Thanos kena tangkap la sgt

prettyuglybabe Lv.18 4#

Master | Credits 68526   
sapa suruh lembab block passport dorang..
Follow Us

Kitty_catz Lv.14 5#

Fighter | Credits 24798   
Quote: Samerosie replied at 14-11-2025 07:24 AM
Lari ke kawasan asia tenggara tu mana? Siam la kut kan?

bali kut.. ritu kan depa buat camp gosok2 vijik kat bali

Kitty_catz Lv.14 6#

Fighter | Credits 24798   
tanya la mentor beliyauuu...jijan semangggg phd ikat tepi

silance Lv.8 7#

Honour | Credits 2385   
Maklomat terbocor kot sehari awal sempat lari.

ADVERTISEMENT


sapeka Lv.14 8#

Fighter | Credits 22158   
Aduh
Dah masuk mahkamah
Kes besar
Nape tak block passport
Lembap bertindak

zuuu Lv.9 9#

Adventurer | Credits 4237   
Kena masuk mahkamah sebab kes ada peserta bogel2 tu ke???atau ada kes lain?

Decaffeinated Lv.18 10#

Master | Credits 65264   
Sengaja lepas supaya boleh minta suaka. Kesalahan pun sangat lah remeh. Malaysia ni nak kata terlebih aman sampai polis takde kerja pun tak juga.


otai_g Lv.15 11#

Gladiator | Credits 32533   
Mn video dinner tu? Bukti yg acara Vogel tu wujud

lolipopmanish Lv.10 12#

Survivor | Credits 5641   
Bukan ke biasa kalau ade kes beso gini passport kena tahan??

Tinot7 Lv.22 13#

Moderator | Credits 141703   
Deme lari ikut jalan sama dgn bamjat ka?

hyie Lv.15 14#

Gladiator | Credits 39042   
barulah drama ala2 Sinetron yach sisthur

mrsamz Lv.11 15#

Highlander | Credits 7778   
kenapa berita macam ni tak ada letak nama yang didakwa mahkamah tuh?

ADVERTISEMENT


telracs Lv.22 16#

Moderator | Credits 126684   
Quote: otai_g replied at 14-11-2025 05:10 PM
Mn video dinner tu? Bukti yg acara Vogel tu wujud

@dubuk

FOTHER-MUCKER Lv.20 17#

Legenderer | Credits 143038   
Takan lah kes bogel sampai melarikan diri keluar negara.

B40tastePosh Lv.13 18#

Challenger | Credits 18016   
Bogel macam mana tu sampai cabut larikkk

sharlenetexas Lv.19 19#

Emperor | Credits 95569   
Bogel kat oversea pulakkah?


sharlenetexas Lv.19 20#

Emperor | Credits 95569   
Quote: Decaffeinated replied at 14-11-2025 05:05 PM
Sengaja lepas supaya boleh minta suaka. Kesalahan pun sangat lah remeh. Malaysia ni nak kata terlebi ...

Guna dadah tu remeh?


123Next