Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210960   



GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan bahawa projek terowong dasar laut Pulau Pinang tidak terbengkalai, sebaliknya masih bergerak aktif melalui fasa penelitian teknikal dan penyempurnaan reka bentuk.


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sejak cadangan awalnya pada 2011, kerajaan negeri tidak pernah mengumumkan sebarang pembatalan terhadap projek di bawah Pelan Pengangkutan Induk Pulau Pinang (PTMP) tersebut.


Beliau berkata, usaha penyempurnaan reka bentuk dan penelitian teknikal terus dilakukan secara berterusan.


Menurutnya, perkembangan terkini projek turut dibentangkan oleh syarikat berkaitan dalam Mesyuarat Exco minggu lalu bagi meneliti langkah terbaik menyelesaikan beberapa isu teknikal yang masih berbangkit.
“Antara isu utama yang sedang diperhalusi termasuk keperluan memastikan cadangan pembinaan jambatan pengganti tidak menjejaskan operasi Pelabuhan Pulau Pinang serta faktor ketinggian struktur berikutan kedudukannya yang berhampiran Pangkalan Udara TUDM Butterworth.


“Semua isu teknikal ini masih dalam peringkat untuk diperhalusi. Mengikut perjanjian, kerja-kerja kajian juga belum selesai dan mereka tidak akan meneruskan sehingga semua pihak berpuas hati dengan reka bentuk jajaran, susunan kewangan serta aspek-aspek lain,” katanya menjawab soalan Azmi Alang (Bersatu-Teluk Ayer Tawar) berhubung status Projek Terowong Dasar Laut.


Untuk rekod, projek terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer bersama tiga jalan utama itu merupakan sebahagian daripada komponen PTMP bernilai keseluruhan RM46 bilion.  


Sumber – KOSMO! ONLINE
240 Views
8 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


kemaruk Lv.16 2#

Conqueror | Credits 40213   
Trust me bro

kelapaparut Lv.12 3#

Defender | Credits 10009   
Redundant la projek terowong bwh laut tu, jmbtn dah ade 2, feri lagi, nanti lrt lak sambung.. Baik buat lrt kat alor star, korang satu negeri jugakkan nanti

sapeka Lv.13 4#

Challenger | Credits 18974   
Serious?
Follow Us

MissYouSayang Lv.12 5#

Defender | Credits 11967   
Telowong jubo nuor kot

aint Lv.11 6#

Highlander | Credits 7408   
terowong bunian ka...

Sayakita Lv.1 7#

Beginner | Credits 13   
Penelitian? Bapak lame dari 2012 teliti..kah3

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.13 8#

Challenger | Credits 16648   
Terowong tu nanti tembus ke Alor Setar kot, senang la Cina Cina DAP nak merafak sembah patik serata rata depan Sultan Kedah

sharlenetexas Lv.19 9#

Emperor | Credits 90403   
Telowong halimunan.


All contents are displayed