Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210960   





Tidak bersetuju dengan saranan program realiti Akademi Fantasia diulang siar, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi menegaskan ada sebab tersendiri permintaan tersebut tidak harus dipenuhi.


Heliza atau nama lengkapnya Nur Heliza Helmi berkata, ini kerana kebanyakan bekas peserta pertandingan nyanyian membabitkan 13 musim itu terutama wanita sudah memakai tudung.


“Janganlah, ramai dah berhijrah. Jangan ditayang semula ya,” tulisnya dalam ruangan komen di laman sosial.


Terdahulu, di platform Threads tular cadangan seorang pengguna media sosial yang meminta stesen televisyen Astro agar menyiarkan semua 13 musim AF atas alasan rindu memori lalu.


“Kepada stesen berkenaan, tolong siarkan semula rancangan itu dari musim pertama hingga terakhir. Rindu nak tengok diari dan konsert mingguannya.


“Saya membesar menonton rancangan ini,” tulis individu tersebut yang meraih pelbagai maklum balas khalayak.


Terdahulu, pertandingan itu pernah mendominasi industri hiburan tempatan sejak diperkenalkan pada tahun 2003 dengan setiap musim mencetuskan fenomena tersendiri.


Heliza merupakan peserta AF musim lima iaitu pada 2007 seangkatan dengan Mila Jirin selaku juara selain beberapa nama lain termasuk Dafi, Noni Nadirah, Ebi Cornelis dan Aizat Amdam.


AF yang kali terakhir bersiaran pada 2017 difahamkan tidak akan disambung lagi menerusi kenyataan pihak Astro sekitar tiga tahun lalu.


Antara artis digilap di AF ialah Shahir, Akim, Stacy, Hafiz Suip, Hazama, Adira, Ara Johari, Ernie Zakri, Syamel, Marsha Milan dan Amir Masdi juga juara terakhir AF tahun 2016.


Setahun kemudian diwujudkan pula AF Megastar yang menghimpunkan seramai 24 alumni terbaik sepanjang 13 musim AF bersiaran yang dimenangi Idayu. – KOSMO! ONLINE


Sumber - KOSMO! ONLINE
2907 Views
63 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


lazim Lv.15 2#

Gladiator | Credits 38271   
Asal dulu ko msuk af.

prince_marhaen Lv.11 3#

Highlander | Credits 7686   
dulu masa ko masuk pun pakai tudung kannnn.... goyang2 joget2 kan...
skrg pun kawin ngan scammer kannn....takde beza... tetap gebangggg

dewi_rina Lv.14 4#

Fighter | Credits 26554   
Dia malu nak tengok diri dia sendiri menyanyi hauk agaknya kihkih
Follow Us

matseh Lv.9 5#

Adventurer | Credits 4807   
Semua adalah hakcipta ASTRO. ikut suka ASTRO la.
Yg boleh di buat ialah, cari lawyer, nego. Setiap minit dia keluar TV. ASTRO bayar RM1000/minit.
Tgk dia nak ke tak?

lazim Lv.15 6#

Gladiator | Credits 38271   
Quote: dewi_rina replied at 14-11-2025 04:49 PM
Dia malu nak tengok diri dia sendiri menyanyi hauk agaknya kihkih

Mungkin malu dengan baju final dia yang ala2 cicak kobeng tu

vender Lv.10 7#

Survivor | Credits 5045   
Edited by vender at 14-11-2025 08:28 PM

So semua takleh tgkla alasan kena jaga aurat korg?. Korang melalak atas pentas pakai seksi tak ingat dunia hujung2 org lain kena fikir pasal aurat ko..patutnya dah sedia tahu dari dulu. Bukan tiber nak bagi arahan dgn alasan dah insaf..

ADVERTISEMENT


sukanyanyi Lv.10 8#

Survivor | Credits 5324   
Wahai TT, ernie tak penah masuk AF.. mohon betulkan ye.. kalo syamel tu iye..

sukanyanyi Lv.10 9#

Survivor | Credits 5324   
Quote: prince_marhaen replied at 14-11-2025 04:44 PM
dulu masa ko masuk pun pakai tudung kannnn.... goyang2 joget2 kan...
skrg pun kawin ngan scammer kan ...

Konon2 nk protek kengkwn mcm milah jiren.. ntah milah kesah ke tak.. entah2 ade antara deyols suka je tayang blk sbb zaman kegumilangan mase tu kann.. nk banding dgn skrg yg dh whoareyus sgt masing2 kalo bkn sbb citer2 sampingan.

cm_vungtau Lv.12 10#

Defender | Credits 12094   
Orang bukan nak tengok kau lah

selipar_hijau Lv.13 11#

Challenger | Credits 15197   
takyah nak aurat2 sangat lahh

Incanto Lv.17 12#

Superior | Credits 52399   
kalau cari kat youtube ada je AF konsert, Diari

dua_chzy Lv.18 13#

Master | Credits 69042   
Pftttttttt

dua_chzy Lv.18 14#

Master | Credits 69042   
Edited by dua_chzy at 14-11-2025 01:51 PM

PFFTTTTTTTTTTTTTTT BERHIJRAH TAIK KENTOT KORANNGGGGGGG

alesandra Lv.16 15#

Conqueror | Credits 48320   
Edited by alesandra at 14-11-2025 09:50 PM

halahh kot berhijrah pun bukan tutup aurat betul pun.pakai ketat2 tersembul tetek segala.satu lagi menyampah jenis yg pakai serkup renang berirama ingat lawa sgt la tuu

ADVERTISEMENT


cm_vungtau Lv.12 16#

Defender | Credits 12094   
Dia ni ada bakat ke? Rasa yang undi dia pun sebab orang ganu kot. Pastu sebab pakai tudung.

orglama Lv.11 17#

Highlander | Credits 8374   
Kalau tak nak ditayangkan lagi ko beli la hak penyiaran dr astro. Ko n laki ko kan kaya

Myhappyending Lv.7 18#

Revolutioner | Credits 1445   
Selain status perkahwinan apa je yg berubah pasal u

Shuji_Okishima Lv.4 19#

Keeper | Credits 410   
Quote: lazim replied at 14-11-2025 04:28 PM
Asal dulu ko msuk af.

Oppsssssss

babyorange Lv.11 20#

Highlander | Credits 9759   
Sape paling tua dlm alumni AF? Azizi af1 ke? Atau Fitri Af2? Bpe umo drg? Da 50 ke?
1234Next