CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 30043|Reply: 52

[Tempatan] Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak

[Copy link]
Post time 18-11-2025 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 18-11-2025 03:29 PM

thevocket.com
November 18, 2025 - 9:49 AM





Menteri Koordinator Bidang Pangan Indonesia, Zulkifli Hasan (Zulhas), telah memberikan respons keras mengenai cadangan Malaysia yang ingin menjadikan durian sebagai buah nasional mereka.

Zulhas dengan tegas menyatakan bahawa Indonesia mempunyai asas  yang jauh lebih kukuh dan kuat untuk menuntut durian sebagai buah nasional berbanding Malaysia.



Kenyataan Zulhas ini menekankan bahawa durian adalah komoditi yang telah lama wujud dan menjadi sebahagian daripada warisan Indonesia, memberinya keabsahan yang lebih tinggi dalam isu klaim tersebut.

“Indonesia telah menghasilkan hampir 2 juta tan durian pada tahun 2024, berdasarkan data daripada BPS (Badan Pusat Statistik). Angka pengeluaran ini jauh lebih tinggi berbanding Malaysia.”



“Dengan fakta ini, saya berpendapat bahawa Durian adalah Buah Nasional Indonesia,” kata Zulhas dalam kenyataannya, yang dipetik daripada CNBC Indonesia.

Menteri Koordinator Bidang Pangan Indonesia, Zulkifli Hasan (Zulhas), menegaskan bahawa Indonesia mempunyai hujah yang jauh lebih kuat untuk menuntut durian sebagai buah nasional.


Varieti durian di Asia Tenggara


Hal ini kerana memetik data BPS 2024 yang menunjukkan pengeluaran durian Indonesia mencecah 1.96 juta tan, angka tertinggi dalam lima tahun terakhir, yang sebahagian besarnya berasal dari pusat-pusat durian di Jawa, Sumatera, Kalimantan, dan Sulawesi.

Beliau menambah, angka pengeluaran besar ini adalah jauh melebihi Malaysia, walaupun mengakui Malaysia mencatat peningkatan nilai eksport melalui varieti premium seperti Musang King.

Zulhas menekankan bahawa durian bukan sahaja merupakan komoditi, tetapi juga budaya dan sumber rezeki bagi jutaan petani.

Tambahnya, sekiranya berbicara mengenai simbol nasional, ia harus berdiri di atas data dan realiti, di mana Durian Nusantara adalah kekuatan Asia; hal ini disokong oleh data BRIN (Badan Riset dan Inovasi Nasional) yang menyatakan bahawa Indonesia memiliki 21 daripada 27 spesies durian yang dikenal pasti di dunia, dan sehingga 2024, kira-kira 114 varieti unggul baharu telah didaftarkan.


Untuk memperkuat posisi Indonesia, pemerintah akan mengambil inisiatif dengan mendorong penjenamaan “Durian Nusantara”, meningkatkan standard pengeluaran, dan memperluas potensi eksport produk olahan durian ke pasaran global.

Sebagai makluman, Malaysia kini sedang mewacanakan untuk menetapkan durian sebagai buah nasional negara itu.

Menurut laporan dari The Straits Times, Persatuan Pengeluar Durian Malaysia (DMA) telah secara rasmi mengemukakan cadangan penetapan durian sebagai buah nasional Malaysia kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.

Selain itu, DMA turut memohon agar 7 Julai diisytiharkan sebagai Hari Durian Nasional.

Eric Chan, Presiden DMA, dipetik sebagai berkata “Durian bukan sekadar buah biasa. Ia (Durian) adalah sebahagian daripada identiti nasional kita.”



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2025 01:23 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2025 01:29 PM | Show all posts
Persatuan Cadang ‘Hari Durian’ Setiap 7 Julai, Jadi ‘Buah Kebangsaan’ Malaysia
November 11, 2025 - 10:44 AM





Persatuan Pengeluar Durian (DMA), yang berperanan sebagai jambatan komunikasi antara kerajaan dan pengeluar durian, telah secara rasmi memohon kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan agar buah durian itu diiktiraf sebagai buah kebangsaan Malaysia.

Memetik portal The Straits Times, DMA juga telah mencadangkan agar 7 Julai diisytiharkan sebagai Hari Durian Kebangsaan.

“Durian bukan sekadar buah biasa. Ia sebahagian daripada identiti negara kita.

“Setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, pasti mempunyai kisah tentang durian sama ada kenangan atau tradisi. Inilah satu-satunya perkara yang menyatukan kita semua,” kata Presiden DMA, Eric Chan.

Status petunjuk geografi (GI) bagi durian Musang King, yang dikeluarkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), baru-baru ini telah dilanjutkan selama 10 tahun lagi hingga Mac 2034.

Langkah ini mengukuhkan kedudukannya sebagai produk kebangsaan yang dilindungi, sekali gus menghalang negara lain daripada menuntut atau menggunakan nama tersebut.

“Pembaharuan GI ini ibarat cop pasport untuk Musang King.

“Ia membuktikan bahawa durian ini benar-benar berasal dari Malaysia. Ia sesuatu yang boleh kita banggakan, dan menunjukkan bahawa para petani serta pengeluar kita telah berjaya membina jenama bertaraf global berasaskan akar tempatan,” kata Encik Chan.

Tambah beliau, industri ini menyumbang berjuta-juta ringgit kepada eksport pertanian Malaysia serta menyokong ribuan petani, pekebun kecil dan pengeluar.

Hari Durian pada kemuncak musim durian di Malaysia

Cadangan untuk Hari Durian Kebangsaan itu dijangka berlangsung serentak dengan kemuncak musim durian. Encik Chan membayangkan pelbagai acara seperti festival, lawatan ke ladang, pameran serta aktiviti yang meraikan bukan sahaja buah itu sendiri, tetapi juga insan di sebaliknya.


“Ia akan menjadi hari untuk semua  daripada pekerja dusun hingga ke peminat durian — bagi meraikan keistimewaan durian kita. Dan sudah tentu, untuk menikmati keenakannya juga,” katanya.

Memetik laporan The Straits Times lagi, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Nor Sam Alwi, mengesahkan bahawa jabatan tersebut telah menerima permohonan rasmi daripada DMA, yang dikemukakan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 8 September lalu.

Beliau berkata, sebarang keputusan untuk menamakan sesuatu buah sebagai buah kebangsaan memerlukan kajian menyeluruh serta pertimbangan teliti oleh pelbagai agensi kerajaan.

“Faktor seperti impak sosioekonomi, nilai eksport, warisan budaya, penerimaan masyarakat serta kepentingan buah tersebut terhadap industri pertanian negara akan diambil kira.

“Kementerian kini sedang meneliti perkara ini bersama jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan sebarang keputusan dibuat dengan berhati-hati dan menyeluruh,” katanya kepada The Star.

Pada masa ini, beliau menjelaskan bahawa belum ada sebarang pengisytiharan rasmi kerajaan yang menetapkan durian sebagai buah kebangsaan, dan bulan Julai juga belum diumumkan secara rasmi sebagai Hari Durian Kebangsaan.

“Sekiranya cadangan ini diluluskan pada masa hadapan, sebarang pengumuman rasmi akan dibuat oleh kementerian selepas mendapat kelulusan kerajaan,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesia tak vangga ka buah kebangsaan ialah papaya? Best apa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 03:44 PM | Show all posts
tak indon kalau tak bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-11-2025 03:30 PM
Mesia tak vangga ka buah kebangsaan ialah papaya? Best apa..

Sis.. Klu indon tau kt nk klem papaya.. Nnti dia pun nk klem...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2025 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 18-11-2025 03:48 PM
Sis.. Klu indon tau kt nk klem papaya.. Nnti dia pun nk klem...

Alahai.. dah bertahun takde sapa nak klem papaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-11-2025 04:03 PM
Alahai.. dah bertahun takde sapa nak klem papaya tu

Indon ni kalau MALAYSIA nk claim mmg terus meracau mcm pontianak nak caras. Indon ni Ibarat mcm penyondol, sundal, gitu la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2025 04:10 PM | Show all posts
Durian ni terlampau commercial sangat sampai semua negara asean nak pilih dia jd buah kebangsaan...pilihlah buah lain, pulasan ke, rambai atau buah kundang dengan tagline pilihan ibu mengandung
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 04:11 PM | Show all posts
krustykrab replied at 18-11-2025 04:09 PM
Indon ni kalau MALAYSIA nk claim mmg terus meracau mcm pontianak nak caras. Indon ni Ibarat mcm pe ...

kan.. apa2 kita nak buat, dia pun nak juga. mcm adik beradik bergaduh berebut barang
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 04:44 PM | Show all posts
maka berebutlah indonesia dan malaysia siapa yg lebih layak
last2 china isytihar dulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 04:52 PM | Show all posts
bg je lah durian dgn indon, kesian negara miskin takda benda nak dibangga. lg pun overrated sgt durian tuh. bg akak buah cempedak lebih sesuai diangkat darjatnya sbg buah kebangsaan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 05:31 PM | Show all posts
Pilih lah buah pele (sebut cara kelate) sebagai buah nasional. Kalau berebut gak adakan pertandingan buah siapa lebih bermutu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 06:03 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 18-11-2025 06:11 PM
Decaffeinated replied at 18-11-2025 05:31 PM
Pilih lah buah pele (sebut cara kelate) sebagai buah nasional. Kalau berebut gak adakan pertandingan ...

Mengapa X pilih "BUAH DADA" sebagai buah kebangsaan MalayDesh .... apalagi yang size besar dan montok ....

Bukankah Buah dada gadis melayu adalah yang TERINDAH di dunia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 18-11-2025 04:09 PM
Indon ni kalau MALAYSIA nk claim mmg terus meracau mcm pontianak nak caras. Indon ni Ibarat mcm pe ...

Dasatnya cara hang describe
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 18-11-2025 06:03 PM
Mengapa X pilih "BUAH DADA" sebagai buah kebangsaan MalayDesh .... apalagi yang size besar dan mont ...

Buah Dada Jawa berbalut Kebaya Sarung Nangka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2025 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Red prawn tu udang merah, musang king tu raja musang. Black thorn x de ke?ala yg duri hitam tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 19-11-2025 08:20 AM

La indon ni kau nak buat buah durian jadi buah nasional lantak kau lah dah kenapa nak jeles lak negara lain nak angkat.  Durian kau apa je yg femes. Tak pernah lagi dengar org mintak durian indon.  Kat oberseas pun banyak durian siam dgn musang king.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 18-11-2025 04:52 PM
bg je lah durian dgn indon, kesian negara miskin takda benda nak dibangga. lg pun overrated sgt duri ...

Chuols haritu kita pi kuantan belilah satu buah cempedak kecik sbb tok laki x pernah makan, nangka madu tu selalu lah.  Sekali dia pi semai bijik menjadi ni sibuk nka tanam dkm rumah.  Buah nangka dia semai dah tanam kat luar ni baru belajar berbuah.  Siap balut buang nangka dia hari2 check takut org curi hahaha

Btw buah nangka ni camne nak tau kalau dah ready?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 08:58 AM | Show all posts
krustykrab replied at 18-11-2025 04:09 PM
Indon ni kalau MALAYSIA nk claim mmg terus meracau mcm pontianak nak caras. Indon ni Ibarat mcm pe ...

apa nk pelik dengan Isrohell asia ni, sedangkan manusia pun depa bunuh sbb nak claim tanah, inikan buahhhhh

kat leluhur depa kat malaysia ni sibuk claim asam pedasssss lahhh tak dak identiti betholl
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 08:59 AM | Show all posts
bagi jelah jawa indon nak claim durian ni...depa dah claim tanah melayu satu sumatera tu lepas bunuh 7 kesultanan melayu dalam satu malam pun tethap miskin papa kedana...malaysia tak de apa yg rugi

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 09:23 AM | Show all posts
indon ni dari rakyat smpai menteri sme pemikiran kecuali Sahroni sbb Sahroni ckp rakyat tolol wkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwk

-aku sokong Ahmad Sahroni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS di INGLEWOOD
taliaV85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS
Views : 3553 Replies : 225
Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gigi Anak Erra Fazira Sebagai ‘Jongang’ Tampil Mohon Maaf - “FB Saya Kena Hack…”
ZORRO5555Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gi
Views : 3945 Replies : 91
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 44890 Replies : 835
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 335645 Replies : 3364
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1761 Replies : 1116
Update:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google
YgBenarUpdate:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairu
Views : 3034 Replies : 95
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 1047 Replies : 115
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 715 Replies : 2
Jangan Pinjam Duit, Menipu, Scam, Fitnah Orang yang Ada Saka dan Pendamping
B40tastePoshJangan Pinjam Duit, Menipu, Scam, Fitnah
Views : 34713 Replies : 42
Education & Further Studies Fair
CariReporterEducation & Further Studies Fair
Views : 19823 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.088571 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list