CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 321|Reply: 2

Seluruh Terengganu dilanda banjir

[Copy link]
Post time 28-11-2025 03:38 PM | Show all posts |Read mode





KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin buruk apabila semua lapan daerah terjejas, dengan Kuala Nerus menjadi daerah terbaharu dinaiki air.


Setakat jam 12 tengah hari ini, seramai 4,602 mangsa daripada 1,308 keluarga dipindahkan ke 66 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di seluruh negeri.


Kemaman kekal mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 1,511 orang membabitkan 407 mangsa dipindahkan ke 14 PPS, diikuti Marang dengan 1,335 mangsa daripada 371 keluarga di sembilan PPS.


Setiu merekodkan 973 orang daripada 291 keluarga yang kini berlindung di 23 PPS, disusuli Dungun seramai 332 orang daripada 80 keluarga di lapan PPS.


Kuala Terengganu merekodkan 240 mangsa dengan 103 keluarga dipindahkan di dua PPS, manakala Hulu Terengganu mencatatkan 140 mangsa dan Besut, 71 mangsa.







Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, Kuala Nerus mula terjejas pagi tadi, menjadikan keseluruhan lapan daerah dilanda banjir.


Cuaca masih tidak menentu dengan hujan berterusan sejak malam tadi menambah kebimbangan terhadap kemungkinan jumlah mangsa terus meningkat.


Sebahagian besar kawasan terjejas membabitkan kampung rendah berhampiran sungai yang melimpah akibat taburan hujan berterusan sejak dua hari lalu.


Pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil risiko meredah laluan dinaiki air dan segera berpindah jika diarah petugas keselamatan.


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi penyelamat lain giat menjalankan pemantauan dan pemindahan di kawasan terjejas.


Sumber : BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2025 04:18 PM | Show all posts
musim hujan skrg niii hati2
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2025 05:42 PM | Show all posts
kena buat rumah tinggi macam zaman dulu balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045033 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list