|
View: 3864|Reply: 32
|
17 penjawat awam berusia antara 19 hingga 60 tahun. antara 201 individu ditahan dalam spa songsang
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR – Kegiatan sebuah pusat spa dan kesihatan yang disyaki menjadi tempat lelaki songsang berkumpul dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbongkar dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit, di sini semalam.
Operasi bermula pukul 8 malam itu dijalankan Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) susulan risikan selama dua minggu.
Wartawan Kosmo! yang menyertai operasi itu mendapati premis terbabit beroperasi di tingkat dua dan tiga sebuah bangunan rumah kedai.
Tingkat bawah premis itu telah diubah suai sebagai gimnasium manakala tingkat atas dijadikan sauna dan jakuzi.
Lebih mengejutkan, premis itu turut menyediakan bilik khas yang digelar ‘dark room’ bersama lapisan tilam nipis bewarna hitam untuk pengunjung melampiaskan nafsu.
Difahamkan, ahli pusat itu diminta untuk menanggalkan pakaian dan diberikan tuala berwarna putih sebelum dibenarkan naik ke tingkat atas.
Malah, ketika serbuan, beberapa pengunjung didapati sedang menikmati jakuzi dan sauna tanpa seurat benang sebelum menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Azani Omar berkata, hasil serbuan, seramai 201 individu telah ditahan termasuk tujuh pekerja premis.
“Tangkapan membabitkan 24 warga asing manakala selebihnya warga tempatan termasuk 17 penjawat awam berusia antara 19 hingga 60 tahun.
“Pihak polis turut merampas kondom dan beberapa barangan berkaitan aktiviti tidak bermoral,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi tersebut, semalam.
Difahamkan, antara penjawat awam yang ditahan melibatkan doktor pakar, guru, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik serta pegawai agensi penguatkuasaan.
Mohd. Azani berkata, premis itu dipercayai beroperasi setiap hari sejak lapan hingga 10 bulan lalu dan disyaki mempromosikan aktivitinya melalui media sosial.
“Pusat itu mengenakan caj RM35 bagi setiap kemasukan, dengan tambahan RM10 sebagai yuran pendaftaran untuk ahli baharu,” ujarnya.
Katanya, mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut.
Tambah Mohd. Azani, kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana persetubuhan luar tabii.
Sumber: –– KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullah hal azim, musim banjir pun berzina songsang, luar tabii??? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bangunan kedai 3 tingkat, 201 orang ditahan.
besar betul tempat ni. ramai tu sampai 200 orang masuk satu malam
ni musim hujan, ramai tak keluar. kalau hari biasa mungkin lebih ramai omg |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak caj liwat how? Siapa mangsa bila si botem pun sama membirah. Main pun dalam gelap siapa nak jadi saksi?
Operasi ni tujuan untuk intimidate ja. Bukan senang nak caj.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ayah sapa tu..uncit perut
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
17 acik gomen? Kenapa list yang aku dapat 16 ja  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg timb pendakwa raya tu lepas dia baca tuduhan seks songsang ke atas kesemua sodomi turn dia plk kena tuduh kena sodom.....nasib baik xde hakiim yg kena tangkap klau x mau jd keluarga 69 itu mhkmh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 29-11-2025 05:13 PM
B40tastePosh replied at 29-11-2025 01:40 PM
Astaghfirullah hal azim, musim banjir pun berzina songsang, luar tabii???
Apa pulok...elok jer arini panas lepas drng ditangkap.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 29-11-2025 01:40 PM
Astaghfirullah hal azim, musim banjir pun berzina songsang, luar tabii???
Nafsu seks tak kenal musim chuol |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 29-11-2025 04:15 PM
Yg timb pendakwa raya tu lepas dia baca tuduhan seks songsang ke atas kesemua sodomi turn dia plk ke ...
Baru ni kes dpp sprm pasal dadah. Tu pun katanya bini yang report.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 29-11-2025 04:57 PM
Apa pulok...elok jer arini panas lepas drng ditangkap....
Sebab dah kena tangkap kah air banjir surut.
Patutlah katil acik pookey selalu banjir  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 29-11-2025 03:54 PM
17 acik gomen? Kenapa list yang aku dapat 16 ja
1 dalam lemari uols kah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rosak kaum adam.
Kalau terlibat dengan aktiviti tidak bermoral, gomen
takde ke ambil pape tindakan?
Buang kerja?
Bahaya wei yg keje cikgu.
Silap2 ada groom budak2 sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alaa...
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tragedi towel putih
Tragedi akhir november
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Diorg yg dlm gambar tu mesti x pakai spender, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|