CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4351|Reply: 66

Nasib Da’i Syed 23 Januari depan, peguam bangkit isu rela mangsa

[Copy link]
Post time 1-12-2025 06:12 PM | Show all posts |Read mode





SHAH ALAM – Keputusan rayuan pendakwah selebriti, Da’i Syed berhubung sabitan dan hukuman rogol terhadap seorang wanita berusia 23 tahun akan diketahui pada 23 Januari depan.


Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid menetapkan tarikh itu bagi meneliti keseluruhan hujahan bertulis dan lisan kedua-dua pihak, termasuk permohonan pihak pendakwaan untuk pemberatan hukuman terhadap Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 30.


Pada 30 Ogos tahun lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas mendapati dia bersalah merogol mangsa di sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini, lima tahun lalu.


Dai’ Syed sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Ogos tahun lalu
selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.


Pada prosiding rayuan hari ini, peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff mewakili Dai’ Syed menimbulkan isu kerelaan mangsa sama ada hubungan tersebut dilakukan secara sukarela atau dipengaruhi keadaan kesihatan mental mangsa.


Katanya, pendakwaan telah mencampuradukkan keadaan mental dengan isu keizinan sehingga menyebabkan naratif kes menjadi tidak konsisten.


“Jika pendakwa bergantung pada isu keizinan sahaja, isu keadaan mental atau ketakutan tidak akan dihujahkan panjang. Banyak keterangan dimasukkan seolah-olah mahu mengikat semua elemen sekali gus.


“Namun, sekiranya mangsa benar-benar tidak berupaya memahami, pendakwa seharusnya terus menggunakan peruntukan E dan bukan isu keizinan,” katanya.


Peruntukan E merujuk kepada keadaan di mana mangsa memberi kerelaan tetapi tidak memahami sifat atau akibat perbuatan tersebut.


Mohamed Baharudeen menegaskan, tindakan pendakwaan menghujahkan pelbagai asas serentak memberi prejudis kepada tertuduh selain menyebabkan salah arah (misdirection) kepada hakim perbicaraan.


Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Munirah Abdul Rahman menegaskan, isu berkenaan sama ada hubungan seks dilakukan secara rela atau sebaliknya adalah tidak perlu dibuktikan kerana semua elemen pertuduhan dan telah diputuskan serta dibuktikan di Mahkamah Sesyen sebelum ini.


Jelasnya, Hakim Mahkamah Sesyen ketika itu adalah tidak terkhilaf dengan pembelaan perayu adalah bersifat penafian semata-mata.


“Isu utama sama ada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes ini. Pembelaan tertuduh adalah persetubuhan atas kerelaan sendiri mangsa dan dinyatakan hubungan seks dimulai mangsa sendiri. Namun ia tidak disokong apa jua keterangan secara lisan atau dokumen.


“Hujahan keseluruhan perayu adalah tidak bermerit dan wajar tidak dipertimbangkan oleh mahkamah ini,” katanya.


Malah katanya, pada peringkat pendakwaan elemen pertuduhan terhadap tertuduh adalah tanpa kerelaan mangsa ini termasuk hujahan kepada Mahkamah Tinggi bagi penangguhan hukuman sebelum ini.


“Seperti mana dalam kes ini, mangsa mengikuti tertuduh ke rumahnya tidak boleh secara automatik dikatakan mangsa rela melakukannya,” katanya.


Justeru, pendakwaan sebagai responden juga menyatakan hukuman diberikan sebelum ini agak rendah berbanding kes-kes lain iaitu hanya 10 tahun sahaja (penjara).


“Responden berharap perayu diletakkan dibawah pengawasan polis selama tiga tahun dan diberikan kaunseling sepanjang pemenjaraan,” jelasnya.


Kosmo! pada 20 September lalu melaporkan Mahkamah Tinggi di sini membenarkan Da’i Syed dilepaskan sementara selepas dipenjara 21 hari bagi penggantungan pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya di didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.


Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.


Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.  


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2025 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau perasan
Bila ada jeeee benda nak alih perhatian

Kuar la Dai Syed, Zara, Adik Zayn
Dulu Ebit dgn sapa ustat ke apa namanya

Diorg ni actor jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanye mahkamah nak act. Orang tu ke hulu ke hilir mcm terpaling innocent...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
‘Peguam Syed menimbulkan isu kerelaan mangsa sama ada hubungan tersebut dilakukan secara sukarela atau dipengaruhi keadaan kesihatan mental mangsa’

Jadi jelas hubungan tu berlaku. Dia pun dah sabit kesalahan. Cuma isu mangsa rela atau tak kan. Bini syed ni faham ke dok ke buat x faham
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
anarina replied at 1-12-2025 06:29 PM
Kalau perasan
Bila ada jeeee benda nak alih perhatian


Alih perhatian dr apa chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
anarina replied at 1-12-2025 06:29 PM
Kalau perasan
Bila ada jeeee benda nak alih perhatian


kesiannya ada pendapat camni..takde teralih lansung perhatian org kat dia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2025 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dh ada bukti pun, cuma nak pusing isu kerelaan la pulak. hemm, semoga ada hukuman utk si keparat ni. kalau kalau terlepas dibiarkan mungkin makin ramai mangsanya nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh betul tgk muka dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2025 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagai tembikai dicincang kapak
dua ekor nih sepadan sungguh
Muka tebal kulit bahbii najis mughalazah
Mohon jangan cerai ye
Supaya terselamat lelaki dan perempuan baik2 dari najis dua ekor ni
Muka tak malu sungguh ye

Moga kifarah bertimpa2 ke 2 ekor ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak kedua deme boy kan, sepasang anaknya. Allah bagi dua2 harap si syed ni insaf taubat nasuha la kesian anak2. Iols maleh nak kesiankan bini dah dia yg pilih laki tu utk membiak, anak2 la tak boleh pilih parent. Semoga anak dorang baik2 jela
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 04:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli.

Full stop.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
I x phm camne, Dai’ Syed sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Ogos tahun lalu
selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.  

Dah jatuh hukuman, tp dia bleh lepas jalani idop siap cret kt bini. Sempat plak bersalin 1 lg .  Awat lepas walau dh jatuh hukum ?

So ni prosiding rayuan. Hrp ke dalam la 20 thn
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 06:30 AM | Show all posts
Datin Seri Umi Aida aka acik dukun berikan sepatah dua kata....



agak2 acik dukun tahu tak rahsia ini?



“Jaga Amanah Ini Sebaiknya..”- Datin Umie Aida Titip Pesanan Buat Dai Syed & Hana Yang Selamat Bertunang!

Zaman bertunang adalah fasa perkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Semalam, pendakwah bebas, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful rupa-rupanya telah selamat bertunang dengan pengacara stesen televisyen Al Hijrah, Hana Ismail.


Berita gembira itu dikongsikan oleh pelakon Datin Seri Umie Aida yang juga hadir sebagai tetamu di majlis tersebut dalam hantaran akaun Instagram miliknya.


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 06:42 AM | Show all posts
geng2 tunggang Agama????



Mok Cun boleh lah buat drama....Pendakwa Agama di tuduh rogol dot dot dot siapa yang salah ?

Watak pendakwa agama : sapa yang sesuai. harus muda, encem , berbulu , bergaya ......
watak yang di rogol : boleh pelakon baru lah, part tak banyak ....
watak isteri pendakwa agama : kalau bagus nya dapat neelofaaaa atau isteri sorga Attah keledek pun orite,

watak mak pendakwa : mok cun
watak mak isteri pendakwa : acik dukun
watak kawan2 isteri pendakwa : Betty kuda, Nowa, Heliza & sister.....geng2 usrah betty kuda.

watak pendakwa agama.....bg mat tak leh fikir sapa yang sesuai. korang cuba suggest.





Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 06:51 AM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 07:01 AM | Show all posts













This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2025 07:04 AM | Show all posts












#retisOhretis


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebat je dia ni... bini pun perogol pun selera eh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 09:01 AM | Show all posts
anarina replied at 1-12-2025 06:29 PM
Kalau perasan
Bila ada jeeee benda nak alih perhatian

serbuan spa gay dan dibebaskan pun nak alih perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak ke dalam balik??? Lama betul dia bebas ke sana sini. Aku kesian dekat anak2 dia je. Bini dia ni buat apa nak kesian. Bukannya budak oku atau muda lagi. Dia tetap nak ke wukong ni. Mungkin dalam diam perangai hana ni sama je macam laki dia. Wukong versi betina. Orang normal takde nak buat anak lagi dengan laki perogol.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.069309 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list