CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 857|Reply: 0

Tiada apa-apa dalam perjanjian ART halang kerjasama China – PMX

[Copy link]
Post time 1-12-2025 06:14 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – “Tiada apa-apa dalam perjanjian itu yang menghalang kita daripada meneruskan kerjasama dengan China,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata demikian memberi jaminan berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang tidak menghalang daripada meneruskan kerjasama dengan China.


Anwar berkata, Malaysia juga sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu kepada China termasuk kepada Perdana Menteri Li Qiang mengenai ART tersebut.


“Mereka mahukan penjelasan dan kita sudah berikan. Saya tidak fikir kita perlu memperbesarkan perkara ini.


“China kekal sebagai rakan dagang yang sangat penting. Tiada apa-apa dalam perjanjian itu yang menghalang kita daripada meneruskan kerjasama dengan China,” katanya kepada media pada pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua, QV-E di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.


Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media sebelum ini berhubung kebimbangan serius disuarakan oleh Beijing terhadap bahagian tertentu dalam ART yang ditandatangani antara AS dan Malaysia serta Kemboja.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2026 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039153 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list