CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2910|Reply: 39

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin santuni mangsa banjir

[Copy link]
Post time 1-12-2025 06:15 PM | Show all posts |Read mode





MARANG – Situasi banjir di Terengganu terus memilih denga lebih banyak Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup berikutan cuaca semakin baik sejak semalam.


Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Zul Khairi Shamsuddin berkata, setakat pukul 10 pagi, tujuh lagi PPS telah ditutup menjadikan hanya 20 pusat masih beroperasi di seluruh negeri.


“Penutupan terbaharu membabitkan dua PPS di Marang iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Sawa dan Dewan Sivik Merchang di sini, manakala dua lagi di Dungun melibatkan Balai Raya Kampung Pelancang dan SK Tok Kah.


“Satu PPS di Kuala Terengganu juga telah ditutup melibakan SK Banggol Peradong serta dua di Setiu iaitu SK Penarik dan SK Telaga Papan,” katanya kepada Kosmo! di SK Simpang Rawai di sini hari ini.


Terdahulu, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin bersama, kekanda dan adinda baginda, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra’ berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir berada di PPS berkenaan.


Mohd. Zul Khairi berkata, APM Terengganu menjangkakan lebih banyak PPS lagi ditutup pada masa terdekat.


Sementara itu, salah seorang mangsa banjir, Zainon Said, 67, dari Kampung Padang Rawai berkata, kunjungan Tengku Muhammad Ismail memberi semangat moral kepada mereka yang masih dalam proses memulihkan rumah terjejas.


“Saya terharu apabila baginda sendiri melihat keadaan kami, bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat. Kehadiran baginda membuatkan kami rasa dihargai,” katanya.  


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2025 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai kecek Melayu tak muka belacan ni?


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 08:34 PM | Show all posts
kerusi tu sebahagian team pengiring ker
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-12-2025 12:22 PM
Pandai kecek Melayu tak muka belacan ni?

Baru nak tanya soalan yg sama..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 08:59 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-12-2025 08:22 PM
Pandai kecek Melayu tak muka belacan ni?

Interpreter kt depan tu kot
Mat Dan lagi bagus life skill dia


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sepiITUindah replied at 1-12-2025 08:34 PM
kerusi tu sebahagian team pengiring ker

Iols scroll balik tengok pic. Haah la, dok perasan macam kerusi plastik biasa je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2025 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokongan moral je ke bagi..takde hulur sekali ke.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang tu sekolah apa yang sampai bertutur dalam Bahasa Melayu tak fasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2025 11:19 PM | Show all posts
Ini ke yang tak fasih bm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 1-12-2025 09:00 PM
Iols scroll balik tengok pic. Haah la, dok perasan macam kerusi plastik biasa je.

sakit lutut kot x leh lipat kaki

gitu husnuzon

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 1-12-2025 11:13 PM
Diorang tu sekolah apa yang sampai bertutur dalam Bahasa Melayu tak fasih.

Kalau ikut documentary pasal ayahanda diaorang jadi agong dulu, Tengku ni sekolah kat Australia dari kecik. Cakap English memang Australian accent dalam documentary tu. Masa tu dia kecik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 1-12-2025 11:49 PM
sakit lutut kot x leh lipat kaki

gitu husnuzon

Muda2 lagi dah sakit lutut ye
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 09:28 AM | Show all posts
Pandai kecek Melayu tak muka belacan ni?
LOL
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 1-12-2025 11:57 PM
Kalau ikut documentary pasal ayahanda diaorang jadi agong dulu, Tengku ni sekolah kat Australia da ...

Oo sekolah kat ostolia ye. So kat umah saheh semua pakat speking la ni. Mesti xdak cakap melayu langsung.

Alangkan orang luar yang datang malaysia dok tak brapa tahun pun dah fasih cakap melayu, inikan pulak yang mak pak pure melayu tapi langsung tak reti cakap melayu. Buat malu ja.

Ada meols baca yg family malaysia menetap di luar negara tapi still anak2 fasih bahasa melayu. So meols simpulkan ni disebabkan takdak kesedaran dalam menjunjung bahasa ibunda sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 10:37 AM | Show all posts
dia ni yg x pandai ckp bhs melayu     sabo jelaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 10:50 AM | Show all posts
sultan mizan muka boleh tahan...awat anak dia mcm x berapa nak menjadi ke henseman nya..?

anak sultan selangor yg duk oversea lama mak org putih dah buleh ckp melayu x kan dia duk ostolia kejap x pandai2 lagi BM nyaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2025 10:53 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 2-12-2025 09:23 AM
Muda2 lagi dah sakit lutut ye

kebetulan hari tu nk jadi kot

chehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 12:57 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 2-12-2025 10:50 AM
sultan mizan muka boleh tahan...awat anak dia mcm x berapa nak menjadi ke henseman nya..?

anak sult ...

takkan tak pandai langsung kot?
Bunyi mat saleh kott..

Dulu awal2.. RMS Tengku Amir pon kena bahan jugak pelat bila bercakap.
Now dia dah banyak mingle dengan rakyat.. He improves a lot.. and dah nampak kewibawaan tu.. layakla jadi pemangku.

Yang Ganu ni.. tak berapa follow..
tapi dari gambar ni.. nampak theols masih awkward nak berhadapan rakyat..
kejung memasing.. body gesture.. hand placement tu..
Kena lebih bergaul dengan rakyat n rajin turun padang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 2-12-2025 09:28 AM
Oo sekolah kat ostolia ye. So kat umah saheh semua pakat speking la ni. Mesti xdak cakap melayu la ...

Dalam documentary tu pun memang family dia cakap English kat umah. Kebanyakan royalty dengan upper class Malay termasuk yang baru2 upgrade pun cakap English belaka kat umah. Kalau tengok social media anak2 Ismail Sabri ke Zahid Hamidi ke Anwar Ibrahim ke Mahathir ke semuanya cakap English kat umah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2025 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 2-12-2025 02:13 PM
Dalam documentary tu pun memang family dia cakap English kat umah. Kebanyakan royalty dengan upper ...

Anak arwah raja ashman muka kokosen elok je cakap Melayu.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2026 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.055531 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list