|
View: 1680|Reply: 7
|
[Dunia]
Perogol wanita OKU diikat, diseret keliling kampung
[Copy link]
|
|
|

Antara penduduk kampung yang terlibat mengambil tindakan menghukum suspek secara kejam.
JAKARTA – Suasana di sebuah kampung di Kecamatan Tompobulu, Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan gempar apabila seorang lelaki yang didakwa merogol wanita kurang upaya (OKU) maut selepas 'dihakimi' ratusan penduduk, pada Rabu.
Insiden itu tular selepas beberapa rakaman video memaparkan suspek lelaki, dikenali sebagai A, 47 tahun diikat pada sebuah motosikal sebelum diseret mengelilingi kampung oleh orang ramai.
Menurut maklumat awal, lelaki terbabit dipercayai menjadi sasaran kemarahan penduduk selepas dikatakan menganiaya dan merogol seorang wanita OKU di sebuah kampung dalam daerah berkenaan.
Beberapa foto yang diterima pihak media tempatan turut menunjukkan keadaan fizikal suspek yang parah, termasuk alat kelamin yang didakwa telah dipotong, serta kesan koyakan dan luka tajam pada beberapa bahagian tubuh.
Satu lagi gambar memaparkan wanita yang dipercayai mangsa.
Dia mengalami kecederaan dan telah menerima rawatan daripada pasukan perubatan.
Ketua Polis Daerah Gowa, AKBP Muhammad Aldy Sulaeman mengesahkan kejadian dan menyatakan pihaknya segera ke lokasi sebaik menerima laporan.
“Memang terdapat beberapa video tular berkaitan insiden penganiayaan terhadap seorang individu.
"Kami telah berkoordinasi dengan Balai Polis Tompobulu. Berdasarkan maklumat yang kami terima, keadaan di lokasi kini terkawal,” katanya dalam kenyataan malam Rabu.
Aldy mengesahkan suspek maut selepas dipukul dan diseret oleh penduduk, namun pihak polis masih menyiasat dakwaan bahawa suspek benar-benar terlibat dalam kejadian rogol tersebut.
“Maklumat awal menyebut mangsa dipukul kerana disyaki merogol seorang wanita tetapi kami masih meneruskan siasatan bagi menentukan kronologi sebenar,” jelasnya.
Beliau turut memaklumkan bahawa kejadian melibatkan penduduk dari beberapa kampung termasuk Desa Rappolemba, Desa Rappoala dan Kelurahan Cikoro’.
Sebagai tindakan awal, pasukan Siasatan Jenayah Polres Gowa telah dikerahkan untuk menjalankan siasatan lanjut, dibantu beberapa unit lain bagi mengelakkan insiden susulan.
“Anggota yang digerakkan termasuk pasukan perubatan untuk proses bedah siasat, Unit Samapta, Unit Siasatan Jenayah, Unit Risikan, serta Unit Bimbingan Masyarakat. Kami juga telah berhubung dengan pasukan forensik Polda Sulsel,” katanya.
Polis menegaskan tindakan zalim atau mengambil undang-undang di tangan sendiri adalah satu kesalahan dan siasatan terhadap insiden pembunuhan suspek akan diteruskan mengikut peruntukan undang-undang. - Agensi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus
risau nanti si perogol akan dipuja dan dilantik jadi ketua masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
harap jadi kat Malaysia jugak
potong totey perogol dan pedophile, groomer semua ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
oku perempuan memang tak selamat. Ade je yang cari peluang nak bersedap-sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tadi terbaca tajuk kat IG, mangsa rogol adalah wanita difabel. Puas akak pikir "difabel" tu apa? Rupa2nya OKU - "disabled". Indon nih kata bahasa terpaling asli di seluruh alam semesta, sekali sama jah main cedok bahasa Inggeris malah lebih kronik. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Oklah tu, boleh gak puji Indondesh ni. Sbb kat malaysia terbalik, yg dirogol selalunya disalahkan. Pastu ummah biasanya akan meniup seruan utk maafkan perogol, "kita taktau hari kita nanti camne, sekurang2nya diorg kat dalam nanti mesti bertaubat, kita?" |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo mmg betul dia yg merogol aq ok je ngan keputusan penduduk kampung ni... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|