CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1037|Reply: 4

[Tempatan] Ringgit dijangka makin kukuh tahun depan

[Copy link]
Post time 8-12-2025 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sinar Harian
08 Disember 2025 09:30am



Ringgit mengalami pengukuhan sejak suku ketiga 2025 dengan mencatat paras tertinggi tahun ini berbanding dolar AS pada 5 Disember 2025.



PENGUKUHAN ringgit sejak suku ketiga 2025 menimbulkan persoalan mengenai ketahanan dan trajektori mata wang negara dalam persekitaran global yang masih tidak menentu.

Pada 5 Disember 2025, ringgit mencatat RM4.1150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras tertinggi tahun ini dan muncul antara mata wang paling kukuh di Asia.

Melihat kepada data makro, aliran modal serta dinamika global, pengukuhan ringgit bukan fenomena tunggal tetapi hasil interaksi kompleks antara faktor domestik dan luaran.

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Pengajian Kewangan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Profesor Madya Dr Norliza Che Yahya berkata, antara pendorong utama pengukuhan ringgit adalah asas ekonomi Malaysia yang kukuh, penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve AS dan peningkatan keyakinan pelabur menerusi aliran masuk modal asing.

"Ringgit turut mendapat manfaat apabila dolar AS melemah sejajar dengan jangkaan kadar dasar faedah di AS akan lebih 'longgar' dengan potensi pemotongan kadar yang menurunkan permintaan global terhadap dolar.

"Ini dijangka dapat terus meningkatkan permintaan terhadap mata wang pasaran yang sedang pesat membangun seperti ringgit.


"Keyakinan global terhadap bon Malaysia turut meningkat menjadikan Malaysia hab pelaburan lebih menarik berbanding beberapa ekonomi serantau yang berisiko tinggi secara politik atau fiskal," katanya kepada Sinar Harian.

Buktinya, pada tahun ini, pelabur asing telah membeli hampir RM16.52 bilion bon Malaysia, sekali gus menyokong permintaan dan kestabilan ringgit yang kini muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia dengan kenaikan sekitar lapan peratus, menandakan sembilan sesi kenaikan berturut-turut yang juga didorong sentimen pelabur yang positif dan memberangsangkan.

Menurut Norliza, dari sudut jangka pendek, ringgit banyak disokong momentum aliran masuk modal asing ke pasaran bon serta kelemahan dolar AS yang boleh berubah jika sentimen global bertukar arah.

Namun asas domestik seperti inflasi yang kekal terkawal, OPR yang stabil, pertumbuhan ekonomi kukuh serta peningkatan pelaburan menunjukkan potensi kestabilan yang lebih berpanjangan.


"Ini bermaksud pengukuhan ringgit bukan sekadar lonjakan sementara tetapi berpeluang menjadi trend lebih mampan selagi dasar fiskal dan monetari terus kukuh serta pelaburan asing ke negara ini berterusan," katanya.

Risiko

Beliau turut mengingatkan, kebergantungan yang tinggi kepada modal asing juga membawa risiko kerana perubahan sentimen global.

"Ketika ini, beberapa pengurus aset antarabangsa utama telah menyatakan keyakinan mereka terhadap prospek pasaran bon Malaysia.



"Data Bloomberg juga menunjukkan lebih kurang AS1.3 bilion dana asing telah dimasukkan ke dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia pada November 2025.

"Ini menunjukkan bahawa pasaran bon Malaysia telah menjadi antara yang berprestasi tinggi tahun ini dan dijangka akan kekal di prestasi sama," ujarnya.

Ditanya apa risiko utama dari geopolitik, ekonomi global atau turun naik harga komoditi yang boleh menjejaskan ringgit menjelang hujung tahun, Norliza berkata, antara risiko utama yang boleh menjejaskan ringgit termasuk kemungkinan perubahan dasar monetari di AS jika Federal Reserve kembali ‘ketat’ dan menaikkan kadar faedah, dolar AS berpotensi mengukuh semula sekali gus menekan ringgit.

Pengukuhan ringgit ketika ini bersandarkan asas domestik yang makin kukuh serta keyakinan pelabur asing terhadap prospek pelaburan di Malaysia.
Pengukuhan ringgit ketika ini bersandarkan asas domestik yang makin kukuh serta keyakinan pelabur asing terhadap prospek pelaburan di Malaysia.
Stabil

Norliza bagaimanapun optimis, ringgit berpotensi terus mengukuh pada awal tahun depan sekiranya aliran masuk modal asing kekal positif, ekonomi domestik terus stabil dan dolar AS melemah berikutan jangkaan dasar Federal yang lebih ‘longgar’.

"Saya juga melihat secara positif ringgit mampu kekal dalam fasa kukuh disokong struktur ekonomi Malaysia yang stabil serta pengurusan fiskal dan monetari yang lebih berhati-hati sekali gus membuka ruang kepada kestabilan jangka sederhana," katanya.

Dalam pada itu, mengambil kesempatan daripada situasi ringgit yang stabil, rakyat disarankan mengambil langkah kewangan bijak untuk memanfaatkan keadaan ini terutamanya dari segi simpanan dan pelaburan.

"Pertama, meningkatkan simpanan dalam mata wang tempatan (ringgit) atau instrumen pelaburan domestik seperti deposit tetap dan dana unit amanah tempatan adalah wajar kerana nilai tukaran yang stabil mengurangkan risiko pertukaran mata wang, sekali gus memberikan pulangan yang lebih terjamin.

"Kedua, pelaburan dalam aset tempatan seperti hartanah atau pasaran saham Malaysia akan jadi lebih menarik apabila ringgit stabil kerana kestabilan mata wang memberi keyakinan terhadap nilai pelaburan dan risiko turun naik kadar tukaran berkurang," ujarnya.

Kesimpulannya, pengukuhan ringgit ketika ini bersandarkan asas domestik yang makin kukuh serta keyakinan pelabur asing terhadap prospek pelaburan di Malaysia.

Namun seperti semua pergerakan mata wang negara membangun, ringgit tetap sensitif kepada faktor global, terutamanya dasar monetari di AS dan aliran modal asing.

"Walaupun outlook kekal positif untuk jangka pendek hingga sederhana, penting untuk kita terus memantau indikator global dan domestik secara holistik," kata beliau.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2025 04:52 AM | Show all posts

Rindu era Najib!! Era Najib mesti tidak ada kes macam ni. Bapak Transformasi Nasional (BASI) negara! Tiada pahlawan seperti ini sejak era Hang Tuah yang berani nak mampos seperti Najib @ BASI ini. Konsep Cash Is King yang diterap BASI inilah menjadikan rakyat Malaysia semua kaya-raya serta mewah ringgit kukuh lagi mengutuh sehinggakan ramai terus hantar surat pencen duduk rumah goyang kaki makan Super Ring sambil ber TikTok. Najib pemurah lagi mengasihani itu lah penangan BASI Pahlawan Bugis gemilang lagi terbilang-bilang tak mati dikeji, tak hidup kerana dipuji. Beruntunglah kita dapat pahlawan sepertinya yang pernah main golf dengan Obama demi menyelamatkan negara tercinta ini. Tuan-tuan, janganlah ingkari BASI nanti terima padah dan musibah banjir. Tengok Selangor cukup ler selalu takde air sebab melawan cakap BASI! Wang 1MDB, sebenarnya BASI nak simpan dalam akaun BankKerap untuk rakyat bertani tapi sayangnya dah masuk bank lain pulok. Sebagai mantan PM mustahil lah BASI nak check akaun sendiri... bilion je bukan trillion. Itu lah Melayu, ramai yang cemburu dengan kehebatan BASI mulut pink. Kejam sungguh kan para pemfitnah BASI termasuk lah hakim, loyar magistrate korang memang failed dah cam FELDA! Mana tidaknya sumpah laknat satu kampung boleh dengar sia-sia pasang speaker Harian Metro, CNN datang memang tak patut, tak patut. Ingatlah pesan keramat BASI, bayar cukai jangan melawan jadi pengkhianat sangat gais! Tak ingat ke duit BR1M idea BASI? Itu lah cash is king. Tuan-Tuan, BASI juga berpesan sedekahkan le apa yang korang ada. Bayarlah cukai termasuk hutang 1MDB sekali dah alang-alang demi maruah agama dan bangsa huntung-huntung BASI dapat layanan VIP, tahanan di rumah layan Netflix sambil ketik-ketik phone main FB. Itupun jika ada yg masih sayang negara lah dan ada otak akal. Itulah kehebatan pemimpin berjiwa rakyat yang tiada tolak bandingan yang bakal dapat gelaran Tun.
Beruntunglah negara yang pernah dapat pemimpin seperti BASI ini tuan-tuan.

(Kata-kata si Cai payment tengah hold)
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2025 06:39 AM | Show all posts
If you're dealing with infidelity or need digital access for personal clarity, I highly recommend contacting this cybersecurity expert. He helped me monitor my husband's phone discreetly—without physical access—and the evidence was crucial during my divorce.
His services include social media monitoring, call logs, SMS tracking, GPS location, WhatsApp and Viber access, iCloud support, school server access, and even credit score improvement—all at affordable rates. He also helps recover cryptocurrency from platforms that block withdrawals. No legitimate trading site should demand extra deposits to release your funds.
Email: hacksecrete [at] gmail [dot] com
Call/Text/WhatsApp: +17742029445
Let him know I referred you—he’s truly trustworthy and professional.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2025 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dijangka, akan, bakal, diramalkan, berangkali, mungkin, sedang, berpotensi etc
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2025 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus anwar ibrahim... At least mahu bayar hutanggg yang banyak sudah kurang currency rate.... Imagine if dolar $1= RM5
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.061678 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list